Salam dan selamat pagi..hari ni kitaorg BF kuih ni------> Cucur badak?? mengapa diberi nama sebegitu? dari mana kuih ini mendapat nama? adakah ia menyerupai badak...oh tidakkk!! jgn ditanya soalan2 yg boleh menyebabkan anda disepak hingga pekak badak..yg pastinya kuih dari nenek moyang kita ini, tak akan bertukar ke nama lain..kuih yg dibuat dari keledek dan berinti kelapa ini tetap akan dipanggil "cucur badak"...layan je, jgn byk songeh!!
CUCUR BADAK
sumber: Sofea@after6am
Bahan-bahan:
3 cawan ubi keledek-yg telah dilecek (akak guna keledek oren)
2 cawan tepung gandum
Inti:
3 cawan kelapa parut putih
2 batang serai
2 ulas bwg merah
2 sb udang kering
1 in kunyit hidup @ serbuk kunyit
2- 3 sb cili kering kisar ( ikut pedas)
1/2 st sebuk jintan manis
garam dan gula secukupnya
sedikit daun kunyit ( hiris halus)
minyak utk menumis
Cara-cara:
Untuk inti:
1. Blend serai, bawang merah, udang kering & kunyit. kemudian masukkan kelapa, kisar sebentar supaya kelapa tadi halus sedikit. (lebih sedap lagi, kalau bhn2 ni ditumbuk)
2. Tuang dlm bekas dan campurkan cili kering, sebuk jintan manis, garam & gula. Gaul hingga sebati.
3. Panaskan minyak, masukkan bahan inti tadi dan gorengkan hingga masak. Angkat taburkan daun kunyit dan sejukkan.
Kulit:
1. Bersihkan ubi, rebus dgn sedikit garam hingga empuk, kemudian tos & lecek halus.
2. masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga jadi doh. Doh akan melekat sedikit di jari, tak mengapa, jgn tambah tepung sbb nanti kuih akan keras.
3. celupkan jari dlm tepung, ambil sedikit doh letakkan inti dan bentukkan. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak & goreng hingga kekuningan. Supaya kuih masak sekata, api jgn terlalu kuat.
5 Hidangkan..sesuai ukt sarapan @ minum petang!
Jemput makan...!
heheheh....
ReplyDeletewahai kakakku, cucur badak 6 ketul. Baling sampai ke rawang tau!