Pages

Nuffnang

Monday, July 30, 2012

DADIH JAGUNG

Assalamualaikum...

Dessert yg paling senang nak buat, beli sebungkus serbuk dadih buah-buahan ( akak beli brand Happy Grass perisa jagung) kemudian masak seperti yg tertera di pek, ada berbagai2 perisa buah seperti jagung, mangga, keladi, laici etc. Satu bungkus boleh dapat byk..Dah siap buat masukkan dalam peti ais, jgn kata budak2 suka makan dadih yg dh sejuk ni, mak bapak pun join sekali menyejukkan tekak setelah seharian berpuasa...

DADIH JAGUNG
RESEPI SEPERTI YG TERTERA DI BUNGKUSAN DADIH

Didihkan 3000 ml air + 100 gm gula ( akak letak 80gm) + 1 tin susu cair.
Padamkan api, masukkan serbuk dadih dan kacau selama 5 minit.
Kemudian masukkan gula buah-buahan dan kacau rata.
Tuangkan ke dalam acuan yg sesuai.
Sejukkan dalam peti ais sebelum di makan.


Tayang satu bekas je, ada byk lagi dlm p.ais...nak ke???  :-)

Monday, July 23, 2012

ROTI JALA CICAH KARI AYAM

Assalamualaikum

Dah masuk 3 hari berpuasa baru sempat nak update blog..ni menu berbuka hari pertama berpuasa, roti jala cicah kari ayam. Dah banyak kali buat menggunakan resepi ni, terima kasih kepada penyumbang resepi, sape2 yg nak buat roti jala utk berbuka nanti leh try resepi ni, hasilnya mmg terbaik! Kari tu buat lebih, boleh mkn dgn nasi time sahur nanti..


ROTI JALA

RESEPI : Ratna @ Cik Bawang
SUMBER : Ummizaihadi

BAHAN-BAHAN :

2 Cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sk garam
beberapa titik pewarna kuning

Cara :
Maukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.
Perapkan selama 1/2 jam.
Panaskan kuali leper  non-stick dgn api sederhana.
Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala.
kirai adunan tadi atas kuali dan biarkan masak.
Angkat dan gulung & lipat ikut citarasa masing.



Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan utk berada di muka bumi ini..Syukur ke hadrat Allah  atas segala nikmat yg diberi..Insyaallah esok kita akan menyambut Ramadhan, bulan kemuliaan, bulan keampunan. Semoga ramadhan kali ini membawa perubahan ke arah yg lebih baik..Kepada pengunjung2 blog ini diucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan segala amalan kita di bulan yg mulia ini diberkati...



Thursday, July 5, 2012

MEE UDANG

Assalamualaikum...

Sekejap je masa berlalu, hari ni dh 15 Saaban, lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan, tentu ramai yg mengambil peluang utk berpuasa sunat pada bulan yg barokah ini..dan sape2 yg tak habis lagi ganti puasa tu, cepat2 ganti ok ! Ni menu semasa berbuka semalam, Dah byk kali buat  sbb fav suami dan anak2..:)


MEE UDANG
BY :  Sofea@after6am

Mee kuning ( celur dan toskan)
350 udang sederhana besar
2 biji bawang besar ( kisar )
4 ulas bawang putih ( ketuk)
3 sb cili kisar
3 sb sos tomato
3 sb sos tiram
1 pokok sawi
1/4 biji kobis
1 biji tomato ( belah 6)
2 biji kentang ( rebus & blend)
Air secukupnya
garam & gula
1 kiub ayam
Minyak utk menumis


Bahan Tabur:
Hirisan daun sup & daun bawang.
Bawang goreng
Cili merah
Tauhu
kentang rebus
limau kasturi @ limau kasturi

Cara-cara:

1. Panaskan minyak tumis bawang putih dan bawang besar yg telah dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, kiub ayam, sos tomato dan tiram. Bila mendidih masukkan kentang yg telah diblend utk memekatkan kuah.
4. Akhir sekali masukkan udang dan sayur2an. Tambahkan garam & gula secukup rasa. Kecilkan api dan biarkan kuah mereneh sebentar. 
5. Cara Menghidang : Isikan mee yg telah dicelur ke dlm mangkuk, sendukkan kuah  dan taburkan hirisan daun sup daun bawang, cili merah , tauhu, limau nipis dll. Selamat Mencuba !



Tuesday, July 3, 2012

RED VELVET

Assalamualaikum..

Kalau last year utk jualan hari KOKO sekolah anak saudara akak buat Vanila Cupcakes With Buttercream, tahun ni akak buat Si Baldu Merah ni pula..kek yg agak popular buat masa ini, dan ramai yg telah mencubanya..

RED VELVET CAKE
Resipi : Rima
Sumber : kak Nor , Rabiatun


Bahan:
1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk @ (1/2cwn susu segar + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan - x letak
1/2 sudu kecil baking soda - x letak

Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam di dalam 1 bekas. Ketepikan
  3. Satukan serbuk koko dan pewarna merah dalam 1 mangkuk kecil dan kacau rata hingga menjadi paste. (Boleh tambah sedikit air).
  4. Pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan dengan menggunakan mixer. Masukkan pula telur dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan esen vanila dan juga campuran koko dan pewarna merah tadi. Pukul sebati.
  6. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir sekali tepung). Ketepikan.
  7. Satukan cuka dan baking soda di dalam 1 mangkuk kecil, dan terus masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul sempurna dengan menggunakan spatula.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 6".Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak.
  9. Sejukkan di atas redai. Setelah sejuk,bolehlah potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. 
  10. Sapu Cream Cheese ke atas setiap lapisan dan lapiskan setiap layer.
  11. Salutkan kek dengan cream cheese. Simpan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan:
125g cream cheese
50g butter tanpa garam
110g gula icing
1 cwn fresh cream - dipukul hingga kaku

Cara:
  1. Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan whipped cream gaul adunan dengan menggunakan spatula