Pages

Nuffnang

Showing posts with label KERABU. Show all posts
Showing posts with label KERABU. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

NASI TOMATO DAUN KARI & THE GENG (2)

Assalamualaikum...menu lunch hari ni , nasi tomato daun kari, dalca, ayam goreng & kerabu tomato. Selalu masak nasi tomato semasa menumis letak 1 helai daun pandan yg disimpul tapi kali ni akak gantikan dgn daun kari..biasa la dok kg, daun kari boleh petik free je kat halaman rumah...seperti biasa masak2 lauk ni akak main campak2 je..x de sukat2..lain la kalau buat kek & biskut kena la ikut sukatan yg betul..kang x jadi..sape nak resepi akak letak bahan2 je..byk mana nak letak ikut suka sendirilah ye..!

Nasi tomato daun kari

Bahan-bahan:
3 cawan beras (bersih & toskan)
1 cawan fresh milk @ 1/2 cwn susu cair
air secukupnya
1/2 kiub pati ayam
garam & gula 
tomato pure @ Sos tomato
kismis

utk tumis:
3 sb butter/marjerin/minyak sapi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
2 tangkai daun kari

cara:
1. Panaskan butter, masukkan bahan tumis , kacau hingga wangi.
2. Tuangkan tomato puree, beras , susu dan air secukupnya.
3. Masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kismis.
4. Cara 1-3 akak masak guna dapur biasa, selepas masukkan kismis, kacau sebentar dan alihkan ke rice cooker.
5. Setelah siap masak bolehlah dihidang dgn lauk2 yg sesuai.

KERABU TOMATO

Bahan-bahan:
3 biji tomato~ hiris nipis
3 biji cili padi~ tumbuk
1/2 biji bawang besar~ hiris nipis
1 sb kerisik
perahan air limau nipis
garam & gula secukup rasa.
sedikit belacan ~optional

Cara:  Masukkan semua bahan di atas dlm mangkuk dan gaul. Siap!

Ayam Goreng Bawang ~ resepi dari blog K.Paty. Tqvm K.Paty, mmg sedap mkn panas2..:)

Dalca


Wednesday, March 30, 2011

KERABU TAUGEH & KERANG

Assalamualaikum.....nak ratah kerabu mai la rumah ! hehe x habis2 m.cik ni tayang kerabu..baru ni kerabu pucuk paku..hari ni lak kerabu taugeh..bukan apa, kerisik, bunga kantan, daun kesum ada lagi, simpan lama2 nanti rosak ..membazir pl...hari ni beli kerang & taugeh so jadilah kerabu taugeh & kerang.




KERABU TAUGEH & KERANG

Bahan-bahan:

Rm 1  Taugeh- buang akar
Udang @ kerang -rebus dgn sedikit garam.
Daun kesum, & bunga kantan –hiris halus
Cili kering@ cili boh + cili padi + belacan –tumbuk

2 ulas bawang merah & sedikit halia-hiris nipis
5  sb kerisik
Sedikit air asam jawa ,garam & gula

Cara:
1. Taugeh dicuci bersih & celur sebentar, jgn sampai lembik kemudian toskan.
2. Dalam satu bekas, gaul cili yg telah di tumbuk tadi + kerisik +bawang merah & halia +air asam jawa+garam
gula secukup rasa.
3
. kemudian masukkan kerang @ udang, taugeh, daun kesum & bunga kantan.
4. Gaul semua dan tunggu apa lagiii....hidang la nasi cepat, kalau ada ikan masin lagi besttt !!
 
 syoknya ratah..x mkn  nasi pun x pe!

Monday, March 28, 2011

KERABU PUCUK PAKU & TAUGEH

Assalamualaikum..selamat pagi isnin, sekejap je masa berberlalu..sedar2 dh di penghujung bulan mac..suka mkn kerabu tak? akak suka tapi tunggu hari cuti baru boleh buat sbb ramai yg ada kat rumah..makan ramai2 baru best, actually ni menu semalam..kerabu pucuk paku + taugeh + daun kesum + bunga kantan. Dan lagi satu tu, rendang pedas landak..tak habis2 m.cik ni masak landak..biasa la family kecil mcm ni ..nak mkn pun 2,3 mulut je..jgn ada yg muntah ijau lak bila x habis2 menayang masakan daging landak..hadoiii, bila nak habis itu daging...ada lagi satu bahagian dok tidur dlm freezer.


KERABU PUCUK PAKU & TAUGEH

Bahan-bahan:

2 ikat pucuk paku
50 sen Taugeh- buang akar
Udang @ kerang -rebus dgn sedikit garam.
Daun kesum, & bunga kantan –hiris halus
Cili kering@ cili boh + cili padi + belacan –tumbuk

2 ulas bawang merah & sedikit halia-hiris nipis
5  sb kerisik
Sedikit air asam jawa ,garam & gula

Cara:
1. Potong pucuk paku dan celur sebentar..jgn sampai lembik. angkat dan toskan . Begitu juga dgn taugeh.
2. Dalam satu bekas, gaul cili yg telah di tumbuk tadi + kerisik +bawang merah & halia +air asam jawa+garam
gula secukup rasa.
 3
. kemudian masukkan kerang @ udang,  pucuk paku, taugeh, daun kesum & bunga kantan.
4. Gaul semua dan siap utk dihidang.

 Rendang pedas daging landak ~ resepi boleh rujuk di sini

Monday, January 24, 2011

KERABU MANGGA

Tak cukup meratah kerabu mangga semalam, hari ni buat lagiiiii...pelahap betul m.cik niii...bukan ape, buah mangga ada lagi..tu pasal la buat lagi hari ni, my darling & ank2  suka kerabu ni..ishhh sambil menaip pun dh terasa ..sampai  meleleh air liur...;)



KERABU MANGGA
Resepi: Sofea@after6am

Bahan-bahan

2 biji mangga muda
1/2 biji betik muda
1/2 batang carrot
cili padi ~ ikut pedas
1 ulas bawang putih
5 sb kacang goreng ~ goreng tanpa minyak & buang kulit
2 sb udang kecing ~ rendam sebentar dlm air panas
1 sb sos ikan
gula secukup rasa

Cara:
1. Sagat mangga, betik dan carrot.
2. Tumbuk cili padi, udang kering dan bawang putih ~ jgn terlalu halus
3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangga yg telah disagat tadi.
4. Masukkan sos ikan dan gula secukup rasa. x perlu letak garam sbb sos ikan dh 
     masin, kemudian masukkan kacang goreng, gaul semuanya dan siap utk dihidang!

Meh nak suap...!

Saturday, January 22, 2011

KARI DAGING PELANDUK

Assalamualaikum dan selamat petang...tengah buat pe tu..pasti semua tgh berehat, maklum la baru lepas lunch..menu akak sekeluarga hari  ni agak special sikit, "sikit je x byk"...special kat kari tu je sbb daging pelanduk mmg susah nak dapat...tu pun order dgn mmber en hubby yg suka memburu...fikir punya fikir nak masa apa ye dgn sang pelanduk niii ? senang cerita masak kari lah...digandingkan dgn nasi serai dan kerabu taugeh..!



KARI DAGING PELANDUK

Bahan-bahan:
1 ekor pelanduk @ ayam @  daging lain pun boleh juga, jgn lak menangis kalau x de pelanduk.
2 1/2 peket kecil rempah kari daging- bancuh dgn sedikit air
4 sb kerisik- kalau rajin buat sndiri- lagi sedap!
1 biji tomato- potong 6
4 biji kentang-potong 2 @ 4
1/2 btg carrot
santan secukupnya
garam 

Bahan blend:
1 labu bwg besar
4 ulas bwg putih
1 in halia

bahan tumis:
4 ulas bwg merah-mayang
4 ulas bwg putih- mayang
1 in halia-hiris nipis
2 tangkai daun kari
sedikit kayu manis & bunga lawang.
2 tangkai daun kari
minyak

cara:
1. Potong dan bersihkan daging pelanduk dengan garam dan limau nipis. Biarkan 20 minit
     sebelum dibilas.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumis hingga harum dan masukkan bahan yg diblend.
     kacau2 sebentar dan masukkan rempah kari. Masak hingga pecah minyak.
3. kemudian masukkan daging dan sedikit air. Masak  sehingga daging lembut.
4. Masukkan santan, kentang & carrot dan masak hingga kentang empuk.
5. Akhir sekali masukkan buah tomato dan garam secukup rasa.

 Ni la rupa pelanduk ..x tunjuk nanti kata tipu pulak..;)

 Nasi serai..resepi boleh rujuk di sini

 kerabu taugeh

KERABU TAUGEH

Bahan-bahan:

Taugeh Rm1.00- buang ekor
Udang @ kerang -rebus dgn sedikit garam.
Daun kunyit,daun pegaga,bunga kantan –hiris halus
Cili kering@ cili boh + cili padi + belacan –tumbuk
5 sb kerisik
Sedikit air asam jawa ,garam & gula
 

Cara:
1.Taugeh basuh bersih dan celur sebentar..jgn sampai lembik. angkat dan toskan .
2. Dalam satu bekas, gaul cili yg telah di tumbuk tadi + kerisik +air asam jawa+garam

    & gula secukup rasa 
3. kemudian masukkan kerang atau udang, taugeh dan daun2 ulam yg telah dihiris halus.
4. Gaul semua dan siap utk dihidang.