Pages

Nuffnang

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

KARI IKAN + BUNGA KANTAN

Assalamualaikum...

Menu simple je hari ni..kari ikan tenggiri, Alhamdulillah dah siap masak, tapi x leh lunch lg...tunggu anak balik sekolah makan sama2..jom tgk bahan2 utk buat kari ikan, mudah je kan..!


KARI IKAN + BUNGA KANTAN ~my style
by : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

 1/2 ekor ikan tenggiri @ apa2 jenis ikan
1 paket kecil rempah kari ikan ~ bancuh dgn air
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 biji cili hijau*
air asam jawa
garam
santan secukupnya
 5 biji bendi
1 biji tomato
1 kuntum bunga kantan
sedikit daun bawang

utk tumis:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2 st halba campur
minyak

cara:

1. Ikan dicuci dgn 1 biji limau nipis dan sedikit garam utk hilangkan hanyir~ bersih &  toskan.
2. Blend bahan2 yg bertanda*.
3. Panaskan minyak tumis bahan tumis hingga bawang kekuningan dan masukkan bahan blend. Kacau hingga naik bau dan masukkan rempah~ buka api sederhana dan tutup periuk, biar rempah masak dgn sempurna sambil dikacau sekali sekala hingga pecah minyak.
 4. Bila dh pecah minyak masukkan air asam jawa, santan dan garam secukup rasa. Tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ikan dan renehkan sebentar kemudian masukkan bendi, tomato dan sebelum padamkan api masukkan bunga kantan &  daun bawang.
6. Siap utk hidangan mkn tengahri @ makan mlm bersama nasi putih.


Dh siap ! kalau tak nak mkn dgn nasi, boleh cicah dgn roti...

Thursday, October 27, 2011

ASAM PEDAS REBUS

Assalamualaikum..Masak apa utk lunch hari ni?  Menu akak simple je ...ikan pari masak asam pedas rebus, senang je nak masak, campak2 je bahan dlm periuk..Asam pedas ni tanpa belacan tapi kalau sape2 nak letak belacan pun boleh, ikut selera masing lah ye..!

ASAM PEDAS REBUS
By: Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:
1 potong isi ikan pari ~ kerat 5 ketul
2 sb cili kering mesin
4 ulas bawang merah ~ tumbuk halus
1/4 st serbuk kunyit
2 keping asam keping
sebatang serai ~ dititik
bunga kantan ~ belah 4
daun kesum
6 biji kacang bendi
air secukupnya
garam

Cara:
1. Masukkan air, cili kering mesin, bawang merah yg telah ditumbuk, serbuk kunyit , asam keping, garam dan serai yg telah diditik ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum, akhir sekali masukkan bendi dan kecilkan api biar kuah mereneh. Siap utk dihidang.


Wednesday, September 21, 2011

KARI IKAN MASIN DGN NENAS (TUMIS DARAT)

Assalamualaikum...Selalu sgt mkn ayam, daging, udang ..sesekali tukar selera ke ikan masin pulak, kari @ gulai ikan masin ni mmg fav seisi keluarga..gu pula dgn sambal belacan dan ulam2, mmg bertambah2 nasi la ...tapi hari ni x de sambal belacan dan ulam, just kari ikan masin dan ikan goreng ..sbb yg nak mkn 2 org je..sayur pun x masak sbb dalam kari tu dh letak mcm2 sayur. Memandangkan resepi lebih kurang sama yg Ummi Kuantan masak so akak copy paste resepi dari blog Ummi.Thanks Ummi :)


KARI IKAN MASIN DGN NENAS (TUMIS DARAT)
SUMBER : -ummizaihadi-homesweethome-
BY : Sofea@after6am

Bahan:-
8 - 10 keping ikan talang yang dikerat2 ~ akak guna ikan duri
(*rendam 1/2 jam untuk kurangkan sikit rasa masin)
1 paket rempah kari ikan
2 cawan air
3 cawan santan pekat
5 keping nenas potong bulat nipis dan kerat 2
(*boleh juga potong serong nipis2)
1 sudu kecil halba
garam (kalau perlu - seimbangkan rasa ikan masin dulu)
Sendiri tambah :
1 biji terung 
2 biji ubi kentang
1/2 btg carrot
1 biji cili hijau

Untuk tumis darat:-
3 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris kecil
1 tangkai daun kari
1/4 cawan minyak masak

Cara memasak:-
Bancuh rempah bersama air dan masak atas dapur dengan ikan. Masukkan halba. Masak lebihkurang 10 - 15 minit hingga rempah kari benar2 masak. Masukkan santan dan nenas. Biar nenas agak lembut, tutup api. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis, kacau agak kekuningan dan layu. Tuangkan kesemuanya ke dalam periuk kari ikan tadi. Kacau rata, tutup periuk...Emmm..bila cedok, memang naik bau, buka selera... !

Monday, June 20, 2011

IKAN KELI GORENG & BENDI GORENG BELACAN

Assalamualaikum...Masak awal hari ni sbb ada byk kerja lagi yg nak diselesaikan..menu yg cukup2 ringkas sbb tinggal 2 beranak je..En hb pula outstation, jumaat baru balik...Actually, keli goreng ni mmg fav seisi keluarga..selalunya kat rumah ni ikan keli hanya digoreng dan cicah sambal kicap...sorang 2,3 ekor pun boleh habis meratah...

IKAN KELI GORENG & SAMBAL KICAP

BENDI GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
10 biji bendi
2 ulas bawang puih ~ cincang halus
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
sedikit ikan bilis @ udang kering
3 sb cili kering mesin + belacan
2 sb air asam jawa
garam dan gula
cili merah ~ hiris nipis.

cara:
1. Bersihkan bendi, dan potong serong .
2. Panskan minyak tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan masukkan cili mesin.
3. kacau hingga cili masak dan masukkan air asam jawa dan ikan bilis.
4. kemudian masukkan bendi , kacau hingga bendi bersalut dgn cili tadi. Masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Sebelum diangkat masukkan cili merah . Siap utk dihidangkan.

Tuesday, June 14, 2011

TENGGIRI GORENG BERCILI

Assalamualaikum...Jom tgk menu lunch akak hari ni, simple je kan..! walaupun dh tinggal 3 beranak je dlm rumah ni, masak tetap masak..sesetengah org kata x payah masak lah, 3 mulut je nak makn..gi beli lauk kedai lagi senang..x payah susah2 nak masak..beli bungkus, x pun mkn kat kedai je..lepas mkn, basuh tangan balik rumah..pinggan pun x payah basuh..ishh mana best beli lauk kedai , kadang2 x kena selera kita..dan kadang2 ada yg kata mak masak lagi sedap!..tu pasal la hari2 kena masak..TAPI kalau dh x dapat nak elak @ emergancy  terpaksa jugak beli lauk kedai, tapi tak la selalu...ok selamat memasak semua, dapat pahala tau masak utk suami dan anak2...dan kalau ada lebih tu boleh sedekah jiran2..lagi byk pahala..! :)


TENGGIRI GORENG BERCILI
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan:
3 ketul isi ikan tenggiri
serbuk kunyit
garam
1 sb tepung jagung
1 btg serai ~ ketuk
1 biji bawang besar ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
3-4 sb pes cili
3 sb sos tomato
garam & gula
Daun bawang.

cara:
1. Bersihkan ikan, lumur dgn garam, kunyit dan tepung jagung. Goreng hingga masak dan angkat.
2. Panaskan minyak  tumis serai , bawang besar  hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Tambahkan air mengikut kepekatan yg dikehendaki.
4. Setelah mendidih masukkan ikan dan kacau hingga semua bersalut dgn cili . Angkat dan taburkan daun bawang. Siap utk di hidang.

Wednesday, May 11, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI DGN TIMUN.

Assalamualaikum..Ada dua cara utk masak asam pedas..cara tumis dan lagi satu cara rebus, kalau tumis banyak bahan yg perlu disiapkan, utk rebus pula mmg mudah, masukkan air dalam periuk, cili kisar , asam keping, garam dan rebus hingga mendidih kemudian masukkan ikan..x kisah lah kan, setengah org suka yg tumis, setengah suka yg rebus..kali ni akak masak style tumis, dh lama x makan ikan pari, kebetulan jumpa terus beli, asam pedas ni kena masak awal biar rasa asam dan garamnya..selain masak asam pedas @ kari, ikan pari ni kalau bakar mmg sedap..cicah air asam, letak cili api byk2 biar pedas berguling2 baru best..!! issshh lain kali kita bako, kita bako ikan pari pula.......;-D



ASAM PEDAS IKAN PARI DGN TIMUN
By : Sofea@after6am

300 gm ikan pari @ lain2 ikan
1 batang serai ~ titik
1 kuntum bunga kantan
daun kesum
air asam jawa
timun @ bendi ~ timun kerat 2'' kemudian belah 6 dan buang bhgn biji~kulit x perlu buang.
garam dan gula
minyak utk menumis

bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia, lengkuas dan kunyit hidup
sedikit belacan
cili kering~ rendam dalam air panas.

cara:
1. Panaskan minyak tumis serai dan bahan kisar, masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan dan timun @ bendi, daun kesum & bunga kantan. Bila dah mendidih, kecilkan api biarkan reneh.

Wednesday, April 20, 2011

BAWAL MASAK PEDAS

Assalamualaikum & Selamat petang, Ni lauk lunch tadi,selain sup sayur petola yg kat bawah tu, senang jugak nak masak ni, bahan2 yg digunakan pun x le banyak sgt...Buat My King yg selalu skodeng kat opis apa yg bini dia masak hari ni...jgn susah hati ada lagi ikan bawal tu utk dinner nanti..:)


BAWAL MASAK PEDAS
BY:  Sofea@after6am

1 ekor ikan bawal @ lain2 ikan yg boleh dimkn
garam*
serbuk kunyit*
1 sb tepung jagung*
minyak
~ ikan yg telah dicuci lumurkan dgn bahan betanda* ~ goreng hingga garing dan angkat.

Bahan sos:
2 ulas bawang putih~cincang halus
1 btg serai ~titik
3 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
asam jawa sebesar ibu jari~ bancuh dgn 3/4 cawan air
garam & gula
1 biji bawang besar ~potong bulat

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih &  serai hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau hingga cili betul2 masak. Kemudian masukkan air asam jawa, sos tomato dan sos tiram. Biarkan mendidih dan masukkan garam dan gula.
3. Bila kuah dh pekat masukkan ikan yg telah digoreng tadi serta bawang besar, balik2kan ikan dan boleh la dihidangkan. Sesuai utk seisi keluarga mkn tengahari @ mkn malam.


Thursday, March 24, 2011

KARI IKAN

 Assalamualaikum... dah siap masak semua? Dah lama x buat kari , hari ni tetiba teringin lak nak mkn kari..buat 2 ketul isi ikan je, cukup lah utk 4 mulut yg ada. Selalu masak hari ni habiskan hari ni juga, tu pasal suka masak sikit..esok menu lain pula..



KARI IKAN~my style
by : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

2 ketul isi ikan tenggiri @ apa2 jenis ikan
5 sb rempah kari ikan ~ bancuh dgn air
1/2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 biji cili hijau*
air asam jawa
garam
santan secukupnya
 5 biji bendi
1 biji tomato
sedikit daun bawang

utk tumis:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
1/2 st halba campur
minyak

cara:
1. Ikan dicuci dgn 1 biji limau nipis dan sedikit garam utk hilangkan hanyir~ toskan.
2. Blend bahan2 yg bertanda*.
3. Panaskan minyak tumis bahan tumis hingga bawang kekuningan dan masukkan bahan blend. Kacau hingga naik bau dan masukkan rempah~ buka api sederhana dan tutup periuk, biar rempah masak dgn sempurna sambil dikacau sekali sekala hingga pecah minyak~ rempah kalau dimasak lama lagi sedap kari tersebut~ petua my mom.
4. Bila dh pecah minyak masukkan air asam jawa, santan dan garam secukup rasa. Tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ikan dan renehkan sebentar kemudian masukkan bendi, tomato dan sebelum padankan api masukkan daun bawang.

Goreng Bendi + telur + udang + sos black paper

Sunday, March 6, 2011

UDANG BERSOS PLUM

Assalamualaikum..kebetulan sama lak menu dgn K.Nor , tapi k.nor masak udang + sotong bersos plum..akak masak udang je.sebelum ni pernah masak ayam bersos plum. Menu lain sayur campur dan tenggiri masak kicap.



UDANG BERSOS PLUM
resipi : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ k.nor tak letak
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
5bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
 
 Tenggiri Masak Kicap
Sayur campur

Wednesday, February 9, 2011

KERABU IKAN TONGKOL

Kalau kerabu tauge, timun, pucuk paku tu..pernah la mkn..tapi kerabu ikan x pernah rasa lagi..so kalau nak tau mcmana  rasa kena la buat..tgk kat blog Yani  sedap lak...hari ni beli ikan tongkol dan try buat..sedap la..mkn lak dgn nasi panas2..rasa limau kasturi dan pedas2 cili padi mmg menyelerakan...t.kasih kepada penyumbang resepi..!

KERABU IKAN TONGKOL
Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
  • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • secubit garam ikut selera anda
  • air perahan limau kasturi/ limau nipis
  • sedikit gula ( ni sy tambah)
Cara-cara
  1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
  2. lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
  3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
  4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
  5. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
  6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
  7. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Wednesday, February 2, 2011

KARI IKAN MASIN DGN NANAS

Selalu sgt masak ikan fresh, sesekali teringin jugak nak rasa kari ikan masin dgn nanas. kena pula dgn sambal belacan dan ulam2..x nak cerita panjang lah..nak mkn dah niiii....:) sebelum tu nak bagi pesanan, jgn selalu amalkan mkn ikan masin nanti darah naik susah mau turun..


KARI IKAN MASIN DGN NANAS

Bahan-bahan:-
Beberapa keping  tulang & isi ikan masin ~akak guna ikan talang masin
½ biji nanas – buang kulit dan potong sederhana tebal
1 peket  rempah kari ikan kering  - Akak guna Adabi
3 cawan santan
½  btg carrot
1 biji  terung  panjang @ bulat
3 biji kentang  -potong 2
1 biji cili hijau – potong 2 memanjang
2 tangkai daun kari
Minyak utk menumis
Garam – jika perlu

Bahan  tumbuk :-
3 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 in halia

Cara :

  1. Panaskan minyak  tumis bahan tumbuk  + daun kari hingga  naik bau.
  2. Masukkan rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air- kacau hingga pecah minyak.
  3.  Masukkan  1/4  cawan  air, kacau dan masukkan nenas. Bila mendidih masukkan ikan masin &   kentang.
  4. Perlahan kan api, tutup periuk dan renehkan  hingga kentang empuk.
  5. Tuangkan santan , masukkan carrot  & terung.  Sebelum angkat masukkan cili hijau .




6)       

Tuesday, February 1, 2011

LEMAK CILI PADI TENGGIRI DGN BELIMBING BULUH

Sekarang ni musim belimbing buluh, kebetulan ada sepokok kat rumah mak, kali ni buah lebat sungguh..geram tgk! halaman rumah pula ada cili padi dan serai..ikan tenggiri dah beli..pe lagi masak lemak cili padi la hari ni...belimbing tu akak je yg mkn anak2 & En hb x nak..masammm!!  sape suka belimbing buluh boleh jadi geng akak..meh akak bagi semangkuk..! :)



LEMAK CILI PADI TENGGIRI DGN BELIMBING BULUH
Resepi : Sofea@after6am

Bahan-bahan :

3 keping isi ikan tenggiri
3 ulas bwg putih 
3 ulas bawang merah
1 in halia
2 in kunyit hidup
cili padi ~ ikut pedas msing2
1 btg serai ~ dititik
2 caw santan pekat + 1 cwn santan cair
8 biji belimbing buluh ~ belah tgh tapi jgn putus
1 biji cili hijau
1 labu bwg besar ~ potong 4
1 helai daun kunyit  
2 helai daun limau purut
garam 
minyak menggoreng ikan & menumis

Cara:

1. Bersihkan ikan dgn limau nipis dan garam ~ utk buang hanyir ikan - bilas bersih, letakkan garam kunyit dan goreng setengah masak- angkat ketepikan.
2. Tumbuk halus cili padi, bawang putih, bwg merah, halia dan kunyit hidup.
3. Panaskan 3 sb minyak tumis serai &  bahan2 tumbuk hingga naik bau ~ api yg kuat nanti hangit.
4. Kemudian masukkan santan, garam dan kacau2 selalu supaya santan x pecah minyak & berketul.
5. Bila mendidih masukkan ikan, daun limau purut,bawang besar, cili hijau dan belimbing buluh. siap utk dihidang.
~ Jika tiada belimbing buluh boleh gantikan dgn asam keping dan buah tomato.
~ masak lemak cili padi ni setengah org suka rebus terus, akak pula suka tumis dulu bahan2 yg ditumbuk. Ikut style masing2 lah ye..!



Thursday, January 27, 2011

SAMBAL CENCARU & KACANG PANJANG

Salam semua.. menu akak hari ni simple je..ikan cencaru a.k.a ikan jaket masak sambal ..sebelum ni kalau masak ikan cencaru buang semua kulit yg keras tu..tapi kali ni try masak x buang kulit.



SAMBAL CENCARU & KACANG PANJANG
Resepi: SAJI ~Mac 2002

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru
1 labu bwg besar
5 tangkai kacang panjang~ kerat 3cm/ akak guna kcg buncis
garam & gula 
1/2 cawan air asam jawa
minyak utk menumis

blend:
10 tangkai cili kering
3 ulas bwg putih        
5 ulas bwg merah      
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 btg serai

cara:
1) Ikan cencaru dipotong dan dibersihkan tanpa buang kulit. Gaul dgn garam kunyit ~ goreng hingga masak ~angkat.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
3) Masukkan air asam, garam & gula secukup rasa.
4) Bila mendidih masukkan ikan, kacau rata dan akhir sekali masukkan kacang panjang dan bwg besar yg dihiris bulat~ kalau suka berkuah boleh tambah sedikit air panas.

Wednesday, January 19, 2011

HOME MADE SARDINE

Pernah buat sardin sendiri x?..akak sebenarnya selalu gak buat sardin nii..sejak terjumpa resepi kat blog DTS tu...mcm kata Cik Mat sesiapa yg nak cuba buat mesti ada periuk tekanan @ pressure cooker ye..! mmg best bila dpt buat sardin sendiri, boleh mkn tanpa was-was..ye lah kan mcm2 yg kita dah dengar tentang sardin dlm tin tu...Dh ada resepi ni boleh la cuba2 buat..hasilnya lebih kurang mcm sardin yg kita beli juga..boleh mkn dgn tulang2 sekali..lembut!!



HOME MADE SARDINE
RESEPI: Chef Mat Gebu@DTS
sumber: Sofea@after6am

Bahan-bahan:-
 
700 g ikan tuna (akak guna 12 ekor ikan selayang)
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

Baru lepas masak, panas2 lagi nii.....kalau rajin boleh buat masak cili @ masak kicap...kalau x nak boleh makan gitu saja..akak nak cicah dgn roti  la...jemput makan! ;)



Thursday, January 13, 2011

JOM KE MELAKA.......

Zaman sekarang ni jgn cakap x pandai @ x tau nak masak ...search je dlm internet..mcm2 resepi ada...pilih je mana yg berkenan ..resepi hari ni akak skodeng kat Dapur Tanpa Sempadan tu...dari nama resepi tu agak menarik juga.."kari asam nyonya melaka"..guna sedikit rempah kari dan cili kering  ..nak kata kari pun x..nak kata asam pedas..ada la lebih kurang asam pedas tumis..sbb letak bunga kantan & daun kesum...yg pasti dua gabungan yg mantop gitu...tq Cik mat..;)


KARI ASAM NYONYA MELAKA
Resepi : Chef Mat Gebu
sumber: sofea@after6am


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor "Japanese Mackeral", kerat sederhana besar, cuci bersih dan toskan (akak guna ikan tenggiri)
10 batang kacang bendi muda (yang kontot2)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1/2 cawan jus asam jawa
1 1/2 camca besar rempah kari, bancuh dengan sedikit air
3/4 cawan cili kisar
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan

BAHAN TUMBUK HALUS:-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 cm lengkuas
1 cm halia
3 biji buah keras
1/2 biji lada hitam biji (akak letak 1/2 sk)
1 cm belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai, bahan tumbuk halus dan tumis hingga harum, tambah cili kisar, masak hingga cili garing, masuk rempah kari dan biar hingga terbit minyak. Guna api sederhana.
  2. Tuang air secukupnya, bila mendidih, masukkan ikan, bunga kantan dan jus asam jawa. Biar mendidih, Masuk daun kesom dan bendi. Bila bendi lembut, tambah tomato. Biar masak sekejap.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula, sapa2 nak guna serbuk perasa pun boleh. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman... 
  4.  
     

Wednesday, January 5, 2011

SIAKAP STIM

  Salam semua..korang masak apa hari ni? akak masak siakap stim.. angkat je ikan tu dari pengukus terus hidang nasi...tapi sebelum tu ambik anak sekolah dulu..makan ramai2 baru best! Alhamdulillah dgn rezeki yg Allah berikan hari ni..selain siakap, bawal, ikan merah pun leh buat stim..lama juga x masak stim ni..kalau x silap masak time sahur bulan puasa tahun lepas...;)



SIAKAP MASAK STIM
sumber : sofea@after6am

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
1 btg serai - dititik
1 in halia muda-dihiris nipis
4 ulas bawang putih- dihiris nipis
1 labu bwg besar - potong bulat
5 biji cili padi- diketuk sedikit
1 biji cili merah-potong memanjang
1 batang saleri - potong serong
1 biji tomato -potong bulat
1/2 st lada sulah
1 st sos tiram
1 st tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
garam secukup rasa
1 1/2 cawan air
1 biji limau nipis
daun sup

cara-cara:

1. Bersihkan ikan dgn garam dan limau nipis utk hilangkan hanyir.
2. Letakkan ikan dlm bekas tahan panas dan masukkan air, serai, garam, sos tiram, lada sulah dan tepung jagung.gaul rata.
3. Taburkan bahan-bahan yg telah dihiris ke atas ikan. perap selama 20 min.
4. Sediakan periuk kukus, bila air mendidih masukkan ikan dan kukus selama 25 min @ sehingga ikan masak.
5. Angkat dan jika suka boleh perahkan air limau nipis serta taburkan daun sup.
6. Hidangkan panas2 bersama nasi putih. Selamat mencuba..!

Menunggu utk dikukus...