Pages

Nuffnang

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, October 8, 2012

KEMBALI ON AIR...:)

Assalamualaikum Warahmatullah..

Kembali  ON AIR !!!   Setelah sekian lama tuan rumah After 6am menyepi tanpa sebarang khabar berita.. Alhamdulillah dgn kesempatan yg ada hari ni merajin2 kan diri mengupdate blog...Sejak lepas hariraya  Aidilfitri mmg agak sibuk sikit , membuat persiapan anak sulung utk melanjutkan pelajaran ke UMP,  selepas tu si bongsu lak nak UPSR,  menghadiri kenduri kendara yg boleh dikatakan tipa2 hujung minggu ada je kenduri.. selain dari tu sibuk dgn tugas2 harian, biasalah kan full time house wife..seribu satu macam kerja nak kena buat..mengalahkan menteri2 besar..Namun bersyukur dikurniakan seorang suami dan anak2 yg amat memahami...:)

Kita tinggalkan bab sibuk menyibuk ..Jom tgk gambar2 raya aidilfitri 2012 yg baru nak 'ditayangkan', hahaha dh nak raya haji hang baru nak tayang , dh lapuk la beb...ishhh x nak tengok pi main jauh2..:)

 Juadah hari raya tahun ni  ketupat nasi dan kuah lontong ..

 Ketupat daun palas , kuah kacang, serunding daging & sambal sotong ..
 
 Moist Orange Mocha Brownies..

Puding Tiramisu & Puding Coklat..

 Air Oleeeennn...

Buah hati pengarang jantung ayah bonda...Muhammad Hafiz 18, Nurhazwani 12, Nurhafizah 19..:)

Tuesday, September 6, 2011

CERITA RAYA AIDIL FITRI 2011

Assalamualaikum...Hari ni dh raya ke 8, baru sempat nak mengupdate blog..rasa malas betul lepas raya nii...akhir2 ramadhan dulu sibuk buat persiapan raya..tgh2 syok buat kuih raya dapat call anak yg sulung accident, terkejut beb! mmg lepas tu x buat kuih raya dh..simpan semua barang, tapi sempat gak siap 6 jenis biskut..Alhamdulillah x de la teruk sgt, luka kat jari kaki kena 5 jahitan..ksian tgk, nak jalan kena lompat2...Malam raya memasak soto & lontong dgn en hb sampai ke subuh..t.kasih yg x terhingga pada my hb yg  membantu menyiapkan hidangan2 tersebut...mana x nya, dh buat kuah lontong, kena masak gu2 sekali..sambal kacang & sambal tumis sotong..Untuk soto pula kena siapkan sup, bergedil dan sambal kicap. Sambil2 tu dapat juga siapkan sebiji moist coklat kek, x best lak raya kalau x buat kek..hehe raya sakan m.cik tahun nii, nasib la ada yg membantu, kalau x mmg tidur berdiri la sorang2 kat dapur..:)

Pagi hari raya, mula2 wajib ke rumah mak..mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan halalkan segala mkn & minum selama ini..Sebelum tu dh dah bermaaf-maafan dgn suami dan anak2.

Lepas solat hari raya, acara wajib juga niii...ziarah pusara ayah, tok, mak mertua, bapa mertua dan saudara2 yg telah meninggal, Semoga Allah mencucuri rahmat & tempatkan mereka bersama2 org yg beriman..Amiin.

Ni la menu hari raya tahun niii...lontong dan soto yg dimasak  oleh 2 org chef sampai x tidur ..haha

 Hidangan yg paling laku , sapa x suka coklat...jgn kata budak2 , mak bapak budak pun suka..!


My sister in law bersama anak2 dan menantu yg serba kuning...!

Makan jgn x makan......

 Kawan-kawan Wanie...

Keluarga sebelah my hb..tahun ni x ramai berbanding tahun lepas sebab ada yg x balik beraya..

 Tuan rumah bersama 2 anak dara dan seorang anak teruna dgn tema tahun ini ~ coklat~
Terima kasih pada tetamu2 yg sudi bertandang ke rumah kami, Insyaallah jumpa lagi raya tahun hadapan!
-Selamat Hari Raya Maaf Zahir & batin-