Pages

Nuffnang

Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

DAGING MASAK HITAM

Assalamualaikum

Menu lunch hari ni, selalu sgt masak lauk ikan & ayam, kali ni tukar selera pulak,  lama jugak x beli daging kebetulan belek2 Majalah Saji jumpa satu resepi yg simple tapi bila dh siap masak dan makan rasa ala2 daging kat kedai nasi kandar..memang sedap dan akak share resepi kat sini utk sape2 yg nak cuba buat!


DAGING MASAK HITAM
SUMBER :  MAJALAH SAJI MEI 2012
BY : Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN :
500 gm daging ~ hiris nipis
1 helai daun pandan ~ simpul
3 sb cili kering kisar
6 sb kicap pekat
1/2  cwn air asam jawa
3 sb cili mesin
Minyak utk menumis
air secukupnya
Gula dan garam
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

BAHAN REMPAH :
1 Btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sk serbuk jintan manis*
1 sk serbuk jintan putih*
1 sk serbuk ketumbar*
1/2 sk serbuk lada hitam*
 ~ Bahan bertanda * bancuh dgn sedikit air.

BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 in halia

CARA :
1. Pansakan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelada dan daun pandan hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, cili mesin dan rempah2 yg telah dibancuh tadi, kacau selalu hingga pecah minyak.
3.  Masukkan daging, kicap pekat dan air, masak hingga daging empuk.
4. Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa. Kacau sekali sekala sehingga kuah hampir kering dan taburkan bawang besar, cili merah & cili hijau. Siap utk dihidang.



Thursday, November 17, 2011

DAGING MASAK KICAP PEDAS

Assalamualaikum..Daging korban masih ada lagi, nak masak apa erk? So ronda2 cari resepi & terjumpa lah satu resepi yg berkenan di hati sbb nampak sedap dan bahan2nya mmg dh ada kat dapur. Suami & anak2 suka daging di masak style gini, ada rasa2 kicap dan sedikit pedas. Resepi dari dapur Ummi Kuantan, dan pernah juga dicuba oleh kak Nor Secubit Garam, sedapkan kan K.Nor ! Terima kasih kepada penyumbang resepi yg enak ini...;)


DAGING MASAK KICAP PEDAS
SUMBER : ummizaihadi-homesweethome
BY :  Sofea@after6am

Bahan: ( 5- 6 orang)
  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk dan Tumis:-
  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...

Friday, November 11, 2011

SUP TULANG + DAGING KORBAN

Assalamualaikum..Hari ni 11/11/11..kembali bersiaran setelah sekian lama jg menyepi  tanpa berita, bukan apa lepas raya tuan rumah demam, batuk selsema, sakit satu badan..nak kata buat kerja teruk x de lah jugak, kerja macam biasa je..surirumah katakan..apa kerja yg kita x buat..semua kita kena buat...may be Allah nak nak suruh rehat kot..tu pasal Dia bagi kita sakit...sakit2 pun masak tetap kena masak..dh habis masak makan ubat terus tidur, sakit2 mcm ni mmg tak selera nak mkn..ok lah ni menu lunch kelmarin..buat sup tulang + daging korban.




SUP TULANG + DAGING KORBAN
BY: Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:
Tulang dan daging secukupnya
1 paket kecil pempah sup ( akak guna rempah sup Mak Siti)
1 ketul sup bunjut ( Adabi)
1/2 in lengkuas ~ ketuk
1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang & 2 buah pelaga
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air secukupnya
garam dan gula

BAHAN MESIN:
1 Biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 in halia

SAYUR2AN:
1/2 batang carrot
3 biji kentang
1 batang celery
daun sup & daun bawang

Cara:
1. Sebab akak masak guna pressure cooker so masukkan semua bahan2 di atas kecuali sayur2an dan rebus hingga daging empuk.
2. Bila daging dh empuk, masukkan kentang dan carrot. Rebus seperti biasa x perlu tutup dgn penutup pressure cooker. rebus hingga kentang dan carrot empuk. kemudian masukkan celery.
3. Bagi yg tak ada pressure cooker bolehlah rebus daging dgn api sederhana supaya daging cepat empuk.
4. Semasa menghidang masukkan sup dalam mangkuk dan taburkan hirisan daun sup/ daun bawang & bawang goreng.

Monday, March 28, 2011

KERABU PUCUK PAKU & TAUGEH

Assalamualaikum..selamat pagi isnin, sekejap je masa berberlalu..sedar2 dh di penghujung bulan mac..suka mkn kerabu tak? akak suka tapi tunggu hari cuti baru boleh buat sbb ramai yg ada kat rumah..makan ramai2 baru best, actually ni menu semalam..kerabu pucuk paku + taugeh + daun kesum + bunga kantan. Dan lagi satu tu, rendang pedas landak..tak habis2 m.cik ni masak landak..biasa la family kecil mcm ni ..nak mkn pun 2,3 mulut je..jgn ada yg muntah ijau lak bila x habis2 menayang masakan daging landak..hadoiii, bila nak habis itu daging...ada lagi satu bahagian dok tidur dlm freezer.


KERABU PUCUK PAKU & TAUGEH

Bahan-bahan:

2 ikat pucuk paku
50 sen Taugeh- buang akar
Udang @ kerang -rebus dgn sedikit garam.
Daun kesum, & bunga kantan –hiris halus
Cili kering@ cili boh + cili padi + belacan –tumbuk

2 ulas bawang merah & sedikit halia-hiris nipis
5  sb kerisik
Sedikit air asam jawa ,garam & gula

Cara:
1. Potong pucuk paku dan celur sebentar..jgn sampai lembik. angkat dan toskan . Begitu juga dgn taugeh.
2. Dalam satu bekas, gaul cili yg telah di tumbuk tadi + kerisik +bawang merah & halia +air asam jawa+garam
gula secukup rasa.
 3
. kemudian masukkan kerang @ udang,  pucuk paku, taugeh, daun kesum & bunga kantan.
4. Gaul semua dan siap utk dihidang.

 Rendang pedas daging landak ~ resepi boleh rujuk di sini

Monday, March 21, 2011

RENDANG PEDAS DAGING LANDAK

Assalamualaikum..ni resepi semalam ye..! Pernah mkn landak tak? sedap betul dagingnya, kita orang beli kat P.cik yg jual pelanduk hari tu..boleh tahan juga la harganya..tapi x pe, bukan senang nak dapat..hanya org2 yg mahir je dpt tangkap sang landak ni..seekor landak yg jadi rezeki kami sekeluarga tu ada lah lebih kurang 4 kg. Tapi x masak semua..bahagi2 dagingnya..masak sikit2, lepas ni leh try menu lain pula.



RENDANG PEDAS DAGING LANDAK

Bahan-bahan:-

1/2 kilo daging landak @ lembu, kambing , Ayam
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 in lengkuas*
1 in halia*
cili kering mesin (ikut pedas)
1/2 st serbuk jintan manis
garam & gula secukup rasa
1 helai daun limau purut
cili  merah & cili hijau -potong memanjang
1/2 labu bwg besar - hiris bulat
minyak utk menumis.

Cara:-
1. Cuci daging dgn limau kasturi & garam. Bersih dan toskan.
2. kisar bahan-bahan yg bertanda*
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kering mesin serta serbuk jintan manis dan kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan tambahkan 3/4 cwn air. kacau dan tunggu hingga daging empok. ~ akak guna pressure cooker~ lepas masukkan daging tutup periuk dan biarkan berdesir selama 10 minit. Jgn terlalu lama sbb daging landak cepat lembut. Buka penutup periuk dan renihkan hingga kuah pekat.
5.Sebelum angkat masukkan cili hijau & cili merah, daun limau purut serta bwg besar.

 ~ Ni la rupa landak yg telah siap disembelih, hati landak tu yg mahal sbb sesuai utk mengubati sakit asma @ lelah. Nasib baik la org yg jual tunjuk cara2 nak potong daging landak tu..kena potong kecil2 , x leh main belasah potong macam potong ayam..! ~

Monday, January 24, 2011

GULAI NANGKA DGN TULANG

Menu semalam...x sempat nak update..balik je dari pasar tani terus ke dapur..sbb nak lunch kat rumah baru my SIL..masak sorang sikit dan bawa p sana (potluck)..ni la yg sempat masak dengan bantuan en hubby dan seorang pembantu tanpa gaji (anak akak yg sulung tuu... hehe)  best juga sekali sekala dpt mkn ramai2..




GULAI NANGKA DENGAN TULANG (Tumis Darat style)
Resepi: Sofea@after6am


Bahan-bahan:
Rm 2.00 nangka muda
1 kilo tulang 
1 1/2 peket rempah kari daging
santan secukupnya
garam 


bahan tumis darat:
4 ulas bwg merah - mayang
4 ulas bwg putih - mayang
1 in  halia - hiris nipis
2 tangkai daun kari


Cara:
1. Bersihkan tulang, masukkan dlm periuk + air + rempah dan rebus hingga daging yg ada kat
     tulang tu empuk..(akak guna pressure cooker- cepat dimasak, cepat dimakan! )
2. Masukkan nangka. Tambah kan air dan rebus hingga nangka lembut.
3. Tuangkan santan dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih dan angkat.
4. Tumis bawang, halia dan daun kari hingga garing & tuangkan ke dlm gulai tadi.


 ratah pun best niiii.........!
kerabu mangga

Saturday, January 22, 2011

KARI DAGING PELANDUK

Assalamualaikum dan selamat petang...tengah buat pe tu..pasti semua tgh berehat, maklum la baru lepas lunch..menu akak sekeluarga hari  ni agak special sikit, "sikit je x byk"...special kat kari tu je sbb daging pelanduk mmg susah nak dapat...tu pun order dgn mmber en hubby yg suka memburu...fikir punya fikir nak masa apa ye dgn sang pelanduk niii ? senang cerita masak kari lah...digandingkan dgn nasi serai dan kerabu taugeh..!



KARI DAGING PELANDUK

Bahan-bahan:
1 ekor pelanduk @ ayam @  daging lain pun boleh juga, jgn lak menangis kalau x de pelanduk.
2 1/2 peket kecil rempah kari daging- bancuh dgn sedikit air
4 sb kerisik- kalau rajin buat sndiri- lagi sedap!
1 biji tomato- potong 6
4 biji kentang-potong 2 @ 4
1/2 btg carrot
santan secukupnya
garam 

Bahan blend:
1 labu bwg besar
4 ulas bwg putih
1 in halia

bahan tumis:
4 ulas bwg merah-mayang
4 ulas bwg putih- mayang
1 in halia-hiris nipis
2 tangkai daun kari
sedikit kayu manis & bunga lawang.
2 tangkai daun kari
minyak

cara:
1. Potong dan bersihkan daging pelanduk dengan garam dan limau nipis. Biarkan 20 minit
     sebelum dibilas.
2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumis hingga harum dan masukkan bahan yg diblend.
     kacau2 sebentar dan masukkan rempah kari. Masak hingga pecah minyak.
3. kemudian masukkan daging dan sedikit air. Masak  sehingga daging lembut.
4. Masukkan santan, kentang & carrot dan masak hingga kentang empuk.
5. Akhir sekali masukkan buah tomato dan garam secukup rasa.

 Ni la rupa pelanduk ..x tunjuk nanti kata tipu pulak..;)

 Nasi serai..resepi boleh rujuk di sini

 kerabu taugeh

KERABU TAUGEH

Bahan-bahan:

Taugeh Rm1.00- buang ekor
Udang @ kerang -rebus dgn sedikit garam.
Daun kunyit,daun pegaga,bunga kantan –hiris halus
Cili kering@ cili boh + cili padi + belacan –tumbuk
5 sb kerisik
Sedikit air asam jawa ,garam & gula
 

Cara:
1.Taugeh basuh bersih dan celur sebentar..jgn sampai lembik. angkat dan toskan .
2. Dalam satu bekas, gaul cili yg telah di tumbuk tadi + kerisik +air asam jawa+garam

    & gula secukup rasa 
3. kemudian masukkan kerang atau udang, taugeh dan daun2 ulam yg telah dihiris halus.
4. Gaul semua dan siap utk dihidang.