Pages

Nuffnang

Showing posts with label cupcakes. Show all posts
Showing posts with label cupcakes. Show all posts

Friday, April 19, 2013

HANTARAN PERTUNANGAN LAGI...!

Assalamualaikum....

Salam Jumaat yg mulia, penghulu segala hari..
Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi
and follow blog yg tak seberapa ini...
Seorang lagi anak saudara  bertunang...!
kalau di sini anak saudara sebelah suami
kali ini tanggal 13 April 2013..
anak saudara sebelah akak pula iaitu
Sakinah Bt. Yahaya  telah melansungkan pertunangan..
Inilah yg telah disediakan sebagai hantaran dan jamuan utk
para tetamu...

Cupcakes dgn tema biru pink...

Resepi boleh rujuk di sini..

Apam polkadot ~ Resepi di sini


Fruit Tart ~ Resepi di sini

Apam Mentega ~ Resepi di sini

Tuesday, April 16, 2013

CUPCAKES HANTARAN PERTUNANGAN

Assalamualaikum...

Bertemu kembali...
Kali ini dgn resepi coklat cupcake dgn buttercream
utk hantaran pertunangan
anak saudara Nor Fairuz bt Yussof..
dgn tema putih kuning..


KEK CAWAN COKLAT
SUMBER : BUKU KEK CAWAN LYNN HASSAN
BY : Sofea@after6am

110 gm mentega
100 gm gula kastor ~ akak letak 80 gm
2 biji telur
110 gm tepung naik sendiri
4 sudu makan serbuk koko
4 sudu makan susu segar

Cara:
1. Ayak tepung dgn serbuk koko , ketepikan.
2. Putar mentega dgn gula sampai sebati, kemudian masukkan telur satu persatu, pukul sampai kembang.
3. Masukkan campuran tepung tadi selang seli dgn susu segar.
4. Masukkan ke dlm papercup @ souffle dan bakar pada suhu 170'c selama 23 minit.

RESEPI BUTTERCREAM
150 gm krimwell
50 gm mentega
200 gm gula icing (ayak)~ @ akak letak 120gm
esen vanila

Cara:
1. Putar krimwell sampai ringan, masukkan mentega dan putar lagi.
2. kemudian masukkan gula icing dan vanila.
3. Putar hingga semua sebati dan gebu.


Friday, November 2, 2012

CHOCOLATE CUPCAKES WITH BUTTERCREAM

Assalamualaikum

Bajet cupcakes.
Sesuai utk sebarang majlis,  Birthday, wedding ,door gift, etc.
@ utk makan2 seisi keluarga.


CHOCOLATE CUPCAKES WITH BUTTERCREAM
SUMBER : DARI BUKU KEK CAWAN Lynn Hassan
 
Bahan-bahan utk kek:
 
1/2 cawan mentega
250 gm gula kastor ~ akak letak 200gm
300gm tepung naik sendiri
1/2 cawn serbuk koko
11/2 cawan susu segar
1 st esen vanila
2 biji telur

Cara:
1. Ayakkan tepung naik sendiri bersama serbuk koko.
    Kemudian campurkan semua bahan ke dalam mixer kecuali telur.
2. Pukul dgn kelajuan perlahan selama 5 minit. Tukar kelajuan tinggi san putar lg selama 2 minit.
    Akhir sekali masukkan telur  dan putar dgn kelajuan tinggi.
3. Gaul sebati dgn spatula dan boleh lah masukkan adunan ke dalam paper cup. Bakar pada suhu 180'c
    selama 20 minit @ sehingga masak. Hiaskan dgn buttercream.

Buttercream:
150 gm krimwell

50 gm mentega
200 gm gula icing ( ayak) ~ kurangkan jika x suka manis.
1 st vanila.
pewarna

Cara:
1. Putar krimwell sampai ringan, kemudian masukkan mentega,serta vanila dan putar lagi.
2. Masukkan gula icing dan putar hingga ringan & gebu. ( cara akak, gula icing tu masukkan sikit2 dan rasa, kalau dh cukup manis x perlu habiskan gula)
3. Letak beberapa titik pewarna makanan dan kacau rata. Siap utk deko di atas kek.


Tuesday, July 3, 2012

RED VELVET

Assalamualaikum..

Kalau last year utk jualan hari KOKO sekolah anak saudara akak buat Vanila Cupcakes With Buttercream, tahun ni akak buat Si Baldu Merah ni pula..kek yg agak popular buat masa ini, dan ramai yg telah mencubanya..

RED VELVET CAKE
Resipi : Rima
Sumber : kak Nor , Rabiatun


Bahan:
1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk @ (1/2cwn susu segar + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan - x letak
1/2 sudu kecil baking soda - x letak

Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam di dalam 1 bekas. Ketepikan
  3. Satukan serbuk koko dan pewarna merah dalam 1 mangkuk kecil dan kacau rata hingga menjadi paste. (Boleh tambah sedikit air).
  4. Pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan dengan menggunakan mixer. Masukkan pula telur dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan esen vanila dan juga campuran koko dan pewarna merah tadi. Pukul sebati.
  6. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir sekali tepung). Ketepikan.
  7. Satukan cuka dan baking soda di dalam 1 mangkuk kecil, dan terus masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul sempurna dengan menggunakan spatula.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 6".Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak.
  9. Sejukkan di atas redai. Setelah sejuk,bolehlah potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. 
  10. Sapu Cream Cheese ke atas setiap lapisan dan lapiskan setiap layer.
  11. Salutkan kek dengan cream cheese. Simpan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan:
125g cream cheese
50g butter tanpa garam
110g gula icing
1 cwn fresh cream - dipukul hingga kaku

Cara:
  1. Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan whipped cream gaul adunan dengan menggunakan spatula 


Monday, September 19, 2011

CUPCAKES

Tempahan cupcakes dari my sister in law untuk majlis pertunangan anak kawannya..

VANILLA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ~25 PCS - M SIZE
 
KEK CAWAN COKLAT
SUMBER : BUKU KEK CAWAN LYNN HASSAN
BY : Sofea@after6am

110 gm mentega
100 gm gula kastor ~ akak letak 80 gm
2 biji telur
110 gm tepung naik sendiri
4 sudu makan serbuk koko
4 sudu makan susu segar

Cara:
1. Ayak tepung dgn serbuk koko , ketepikan.
2. Putar mentega dgn gula sampai sebati, kemudian masukkan telur satu persatu, pukul sampai kembang.
3. Masukkan campuran tepung tadi selang seli dgn susu segar.
4. Masukkan ke dlm papercup @ souffle dan bakar pada suhu 170'c selama 23 minit.

RESEPI BUTTERCREAM

150 gm krimwell
50 gm mentega
200 gm gula icing (ayak)~ @ akak letak 150gm
esen vanila

Cara:
1. Putar krimwell sampai ringan, masukkan mentega dan putar lagi.
2. kemudian masukkan gula icing dan vanila.
3. Putar hingga semua sebati dan gebu.



Tuesday, September 13, 2011

CUPCAKES LAGI...

Assalamualaikum...Bermula hari jumaat lepas mmg agak sibuk sikit, salah satunya menyiapkan cupcakes utk jualan di hari KOKO sekolah anak saudara..layan je lah gambar hasil kerastangan yg  x seberapa nii..kalau berminat utk menempah cupcakes birthday, hantaran pertunangan @ perkahwinan @ utk doorgift  contaclah akak ye..;)

VANILLA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM







Monday, April 11, 2011

VANILA CUPCAKES WITH BLUEBERRY TOPPING

Utk minum petang..asyik buat utk tempahan je..kali ni buat sikit je utk minum petang bersama En Hb dan anak2..Actually nak habiskan bahan2 buat kek so campur2 semua jadi la kek niii...!

CUPCAKES ~ 6

Assalamualaikum..kurang sihat sikit hari ni, batuk dan badan pun rasa mcm nak demam, kepala rasa berat ..harap2 x teruk la.. ubat dah makan, mula la rasa ngantuk nak cari bantal je niii....ni projek semalam, 6 pcs cupcakes order dari anak saudara utk birthday kawannyer..


VANILA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING ~ L SIZE
GREEN & YELLOW THEME

Friday, March 25, 2011

CUPCAKES ~5 & FANCY COOKIES

Hari ni menyiapkan order Cupcakes & Fancy Cookies dari kawan my sister in law ~ semoga beliau berpuas hati.

Vanila Cupcakes With Buttercream Icing~ S size



Chocolate Cupcakes With Buttercream Icing~ M size


 Terima kasih daun keladi, nanti order la lagi..!

Sunday, March 20, 2011

CUPCAKES ~4

25 pcs cupcakes M size in red & white theme.



~Selamat Berbahagia Nyak Farah Amina & Wan Muhd Fadhli~Semoga Ikatan Berkekalan Hingga Akhir Hayat~

Tuesday, March 15, 2011

CUPCAKES ~3

Assalamualaikum..baru sempat nak update blog, bz skit cuti sekolah ni..sbb kena siapklan order dari my sister in law utk akad nikah anak perempuannya pada 12 hb March 2011.Alhamdulillah, sempat juga menyiapkan order2 tersebut dan berharap my sis berpuas hati ..Pada anak saudara Nyak Farah Amina bersama pasangannya Wan Muhd Fadhli yg melansungkan perkahwinan 13 hb march 2011..Semoga majlis diberkati Allah dan ikatan berkekalan hingga ke akhir hayat..

Thanks to Pn.Faridah Shariff Hussain with 150 pcs doorgift cupcakes L size

Wednesday, February 16, 2011

CUPCAKES 2 ~BIRTHDAY GIFT

Hari ni buat cupcakes utk bday my daughter's best friend..moist choc cake with buttercream.. sape2 yg nak rasa tu leh la order ye..:)