Pages

Nuffnang

Wednesday, September 14, 2011

APAM MENTEGA

Assalamualaikum...Sambung cerita masak2 lagi..Kalau siang masak Mee kari utk tetamu dari jauh, mlm pula mengukus 100 biji apam mentega yg ditempah oleh akak  sebelah rumah utk jamuan raya sekolah anaknya.


APAM MENTEGA

Resepi: Sofea@after6am

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 3/4  cawan gula castor 
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. Selamat Mencuba.......


 
Apam yg sungguh sedap di makan ketika panas2,  masih lembut walaupun dh sejuk! kalau x percaya cuba lah !

4 comments:

  1. mas suka sangat apam ni...
    memang sedappppp...
    tergodaaaaa la nengoknya...

    ReplyDelete
  2. alamak banyaknya. kena ambik kalkulator le pulak.

    ReplyDelete
  3. Salam kak...Wahhh manyak nyaaaaa..Nampak pun sedap dan gebusss ni

    ReplyDelete
  4. Salam sis. Kenapa bila sya buat kdg² bila buka penutup periuk stim tu, permukaan apam terus bertukar jadi mcm kering. Esp yg first badge dimasukkan lam periuk tu. Badge yg seterusnya mcm ok sikit dan badge seterus nya jd elok cantik. Harap bantu saya sis. Tk.

    ReplyDelete