Pages

Nuffnang

Showing posts with label SAYUR. Show all posts
Showing posts with label SAYUR. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

MASAK LEMAK CILI API PUCUK PAKU

Assalamualaikum..

Masak ala2 kg hari ni ..
Plan nak buat kerabu pucuk paku tapi kekurangan bahan,
So jadi la masak lemak cili api..


MASAK LEMAK CILI API PUCUK PAKU
By : Sofea@after6am

Bahan2:

2 ikat pucuk paku
udang @ ikan bilis
6 biji cili padi
3 ulas bawang putih'
2 ulas bawang putih
sebatang serai ~ dititik
sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
santan secukupnya
garam

cara:

1.  Potong pucuk paku kemudian celur sebentar dalam air mendidih yg bercampur sedikit garam. toskan.
2. Kisar @ tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
3.  Masukkan santan, serai, bahan2 yg dikisar tadi ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih sambil dikacau selalu supaya x pecah minyak.
4. Akhir sekali masukkan udang, pucuk paku dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar.
5.  Siap utk hidangan seisi keluarga.


Ini la rupa pucuk paku ye anak2..:)

Sunday, June 17, 2012

LONTONG JOHOR

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu, masak apa utk keluarga hari ni? Hari ni akak masak lontong, dh lama jugak x buat lontong ni..last masak lontong semasa raya tahun lepas ..uiik lama bebeno!!  kalau buat selalu pun x best gak kan, sekali sekala mkn baru siyok...( Ayat org malas masak..! ) Copy paste resepi dari Dapur Che Mat  ( mmg sah pemalas main copy paste je..! ) :-)


LONTONG JOHOR
SUMBER : DAPUR TANPA SEMPADAN

BAHAN KUAH LODEH :-)
1/4 biji kobis bulat, dihiris, cuci dan toskan
15 tangkai kacang buncis, hiris serong
2 keping tauhu keras, dadu besar
70 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, didadu
1/2 biji sengkuang, hiris memanjang
1 biji lobak merah saiz sederhana, hiris memanjang
1 cekak soo hoon, kerat
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1.5 liter santan cair
400 ml pati santan
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Nasi impit secukupnya
Serunding kelapa
Sambal tumis
Telur rebus, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KUAH LODEH :-Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum, tambah 1/3 camca teh serbuk kunyit dan tumis sekejap lagi. Masukkan tempe, sengkuang dan lobak merah, kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Tambah fucuk, kobis dan kacang buncis, gaul rata, biar sayur lembut. Masukkan soo hoon, tauhu dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LONTONG JOHOR :- Letak secukupnya nasi impit dalam bekas sesuai, tuang kuah lodeh secukupnya bersama isi2nya sekali. Letak telur, serunding dan sambal tumis. Hidangkan segera. 
     X jadi Lontong Johor, jadi lonotng Penang sbb x letak telur rebus dan serunding, just mkn dgn sambal udang!

Wednesday, June 6, 2012

GULAI LEMAK LABU AIR DENGAN UDANG

Assalamualaikum

Pagi tadi hujan lebat, so malas nak keluar gi beli ikan..masak apa yg ada dalam peti ais,  maka terjadilah lauk2 yg simple utk lunch hari ni..Labu air ni selalunya akak masak tumis air + suun, tapi hari ni buat gulai lemak dgn udang. Jom tengok resepi, mana tau korang nak try buat, sedap dimakan dgn nasi panas2, lagi sedap kalau ada ikan masin & sambal belacan...!


GULAI LEMAK LABU AIR DGN UDANG
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

1 biji labu air ~ buamg kulit dan potong ikut suka
300 gm udang  @ ikan bilis
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 sb serbuk kari daging ~ bancuh dgn sedikit air
1/2 sk serbuk kunyit
santan secukupnya
garam
minyak utk menumis

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bwg putih + bwg merah hingga kekuningan dan masukkan rempah & serbuk kunyit.
2. Kacau selalu hingga pecah minyak. Kemudian masukkan labu  dan udang. Tambah 1/2 cwn air jika terlalu kering.
3. Bila labu agak lembut sedikit masukkan santan dan garam.
4. Setelah mendidih bolehlah diangkat dan dihidang utk seisi keluarga.


Thursday, December 22, 2011

TAUGEH GORENG IKAN MASIN

Assalamualaikum..Semalam mkn tauhu, hari ni taugeh pula.. Pernah mkn x sayur taugeh yg digoreng dgn ikan masin ?  Nampak simple tapi mmg sedap dimakan panas2 , sayur apa2 pun kalau time nak makan baru goreng, tengok pun dh berselera..sayur kalau sejuk mcm x best je nak makan , betul tak?  Idea masak sayur taugeh mcm ni selepas mkn kat Singapore Chicken Rice (SCR) di Kuching ..Nasi ayam kat situ dihidang dgn Taugeh goreng ikan masin..nak tau sedap ke tak korang cuba lah sendiri ye!

TAUGEH GORENG IKAN MASIN
BY : Sofea@after6am

50 sen taugeh ~ rajin2kan diri buangkan akar taugeh tu..
Isi ikan talang masin ~ potong kiub dan goreng
1 biji tauhu ~ Goreng dan potong nipis
2 ulas bawang putih ~ Ketuk
sedikit daun kucai
cili merah dan cili hijau ~ potong serong
sedikit lada sulah

garam @ sos ikan jika perlu
2 sb minyak utk menumis

CARA:
1. Bersihkan taugeh, daun kucai & cili yg telah di potong tadi kemudian toskan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga  kekuningan dan masukkan taugeh, daun kucai dan cili.
3. Kacau2kan sebentar masukkan ikan masin dan tauhu. Rasakan dahulu jika kurang masin boleh tambahkan garam @ sos ikan.
4. Masukkan sedikit air supaya sayur x terlalu kering. Siap utk dihidang.


Pokok kucai yg ditanam di dalam pasu, nak masak potong je..buat cucur udang + kucai pun best jg..

Friday, August 19, 2011

LONTONG

ASSALAMUALAIKUM...Menu iftar 19 ramadhan 1432H, semalam  Ika@Siti Khadijah melontong, hari ni akak  pula..sememangnya fav seisi keluarga..malas nak buat nasi himpit &  x pernah sekali pun buat nasi himpit sndiri..just guna ketupat Mini Nona. Kalau Ika mkn lontong dgn kuah kacang & sambal bilis ..akak pula mkn dgn sambal tumis udang & serunding daging. Untuk sayur lodeh biasanya akak x ikut mana2 resepi pun..just main campak2 je..macam buat sayur lemak kuning yg biasa kita buat tu..ok lah kalau nak bahan2 utk sayur lodeh boleh rujuk di Blog Ika .



LONTONG  & sayur lodeh
Resepi Asal : Arah
Edit : Sofea@after6am 

Bahan2
  • Kobis di hiris
  • Lobak Merah di potong memanjang
  • Kacang Panjang di potong pendek2 memanjang ~ ganti dgn kacang buncis
  • Sengkuang, dipotong memanjang
  • Tauhu di potong dadu
  • Tempe ~ potong dadu dan goreng
  • Tauhu Kering Di rendam ~ ganti dgn fucuk~ rendam hingga lembut
  • Soo Hoon ~ rendam hingga lembut
  • Beberapa ekor udang ~ ganti  3sb udang kering
  • Santan
  • Air
  • garam
  • gula>>gantikan dgn ajinomoto kalau nak masukkan pon boleh terpulang ~ x letak
  • 1 kiub pati ayam
Bahan ditumbuk
  • 5 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit
  • sebatang serai  & sedikit lengkuas ~ dititik 
  • sedikit minyak utk menumis
    Cara2
    • Basuh dan bersihkan sume bhn2 yg di hiris.
    • Tumbuk bahan2 yg ditumbuk td, terpulang nak kasar atau halus.
    • Masukkan air dlm periuk sedikit, rebus bhn2 yg di hiris td, bermula dgn sayur2 yg keras dahulu kemudian masukkan bahan tumbuk dan tunggu sehingga mendidih. ( Cara akak ~ panaskan sedikit minyak dan tumis serai , lengkuas serta bahan2 yg di tumbuk)
    • Masukkan kobis dan tauhu kering serta soo hoon tunggu dlm 2 minit, masukkan santan, lebihan air, grm n gula, sambung masak sehingga masak, pastikan jgn pecah santan>> kita suke buat kuah tak berapa nak pekat sgt :D. Siap dan boleh dimakan dgn nasi himpit bersama kuah kacang dan sambal tumis ikan bilis atau telur :-)

Monday, June 20, 2011

IKAN KELI GORENG & BENDI GORENG BELACAN

Assalamualaikum...Masak awal hari ni sbb ada byk kerja lagi yg nak diselesaikan..menu yg cukup2 ringkas sbb tinggal 2 beranak je..En hb pula outstation, jumaat baru balik...Actually, keli goreng ni mmg fav seisi keluarga..selalunya kat rumah ni ikan keli hanya digoreng dan cicah sambal kicap...sorang 2,3 ekor pun boleh habis meratah...

IKAN KELI GORENG & SAMBAL KICAP

BENDI GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
10 biji bendi
2 ulas bawang puih ~ cincang halus
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
sedikit ikan bilis @ udang kering
3 sb cili kering mesin + belacan
2 sb air asam jawa
garam dan gula
cili merah ~ hiris nipis.

cara:
1. Bersihkan bendi, dan potong serong .
2. Panskan minyak tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan masukkan cili mesin.
3. kacau hingga cili masak dan masukkan air asam jawa dan ikan bilis.
4. kemudian masukkan bendi , kacau hingga bendi bersalut dgn cili tadi. Masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Sebelum diangkat masukkan cili merah . Siap utk dihidangkan.

Friday, June 17, 2011

UDANG BERSOS PLUM

Assalamualaikum..korang dh lunch ke? masak apa hari niii...menu akak biasa2 je..Udang bersos plum ni dh byk kali buat, mmg sedap! nak resepi leh tgk sini


Dah ada lauk mesti ada sayur , sayur baik utk kesihatan, penuh dgn vitamin..syukur Alhamdulillah anak2 suka mkn sayur..!

     SAYUR CAMPUR..Salah satu sayur fav seisi keluarga...

Monday, May 23, 2011

GULAI PISANG DGN UDANG

Assalamualaikum...pe kabar semua? hadoooiii lama betul x update blog...bukan apa bz skit akhir2 niii.....byk keja nak kena buat...bz2 pun bukan sampai x masak tau...kita hari2 masak, cuma nak ambil gambar, nak edit pastu nak post rasa malas betul...percaya x hari ni baru buka blog hehe mmg pemalas kan..!! tapii bila ada masa terluang kita akan usahakan utk update...sori ye kalau singgah asyik2 resepi yg sama x tukar2...x nak buang masa lg so tgk la menu lunch hari ni...simple je, Gulai pisang dgn udang sbb nak habiskan stok pisang yg diambil dari pokok belakang rumah...setandan pisang tapi ambil sesikat je..yg lain sedekah jiran2.




GULAI PISANG DENGAN UDANG (tumis darat style)

Bahan-bahan

5 biji pisang muda ( akak guna pisang abu)
300 gm udang sederhana besar
1 paket rempah kari daging
santan secukupnya
1/2 st lada sulah
garam

Bahan tumis darat

4 ulas bwg merah - mayang
4 ulas bwg putih - mayang

1 in  halia - hiris nipis

2 tangkai daun kari
minyak

cara:

1. Pisang dibuang kulit dan dipotong serong jgn terlalu nipis atau tebal~ agak2 sendiri lah ye
2. Masukkan air dlam periuk + rempah kari dan masukkan pisang. Tutup periuk dan masak hingga pisang lembut, tambahkan air jika pisang masih x lembut.
3. Tuangkan santan , masukkan udang, lada sulah dan garam secukup rasa.
4. kacau hingga mendidih dan ketepikan.
5.Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bahan2 tumis darat hingga kekunigan dan tuangkan dalam gulai tadi. Siap utk dihidangkan!
 ni la pokok dan buah pisang abu yg kat belakang rumah tu..

Wednesday, April 20, 2011

SUP SAYUR PETOLA

Assalamualaikum....sayur yg teramat mudah nak buat, campak2 je dalam periuk dah siap! suka sgt sayur ni, kuah tu  kasi banyak, sambil mkn sambil hirup kuah..selain petola, sesuai juga utk labu air, sawi, kobis...apa daun sekentut??...x tau boleh ke tak daun tu buat sup sayur...cuba la dulu jadi ke x..:-)




SUP SAYUR PETOLA
BY:  Sofea@after6am

1 biji petola
2 ulas bawang putih~ cincang halus
udang dan sotong~letak la byk mana pun
1/4 batang carrot~ hiris nipis & buat bentuk love :)
1 bungkus kecil su un ~ rendam hingga lembut
cili merah
air secukupnya
garam & gula

Cara:
1.Buang kulit petola dan potong la ikut suka..kalau malas nak potong pun x pa tapi pandai2 lah korang jawab dgn en hb masa menghidang nanti...
2. Panaskan sedikit minyak tumis bawang putih hingga kuning, masukkan petola, carrot dan sedikit air.
3. Bila mendidih masukkan udang , sotong, su un, garam & gula. Tambahkan air lagi jika nak kuah banyak.
4. Akhir sekali masukkan cili merah dan siapppp!

Thursday, March 24, 2011

KARI IKAN

 Assalamualaikum... dah siap masak semua? Dah lama x buat kari , hari ni tetiba teringin lak nak mkn kari..buat 2 ketul isi ikan je, cukup lah utk 4 mulut yg ada. Selalu masak hari ni habiskan hari ni juga, tu pasal suka masak sikit..esok menu lain pula..



KARI IKAN~my style
by : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

2 ketul isi ikan tenggiri @ apa2 jenis ikan
5 sb rempah kari ikan ~ bancuh dgn air
1/2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 biji cili hijau*
air asam jawa
garam
santan secukupnya
 5 biji bendi
1 biji tomato
sedikit daun bawang

utk tumis:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
1/2 st halba campur
minyak

cara:
1. Ikan dicuci dgn 1 biji limau nipis dan sedikit garam utk hilangkan hanyir~ toskan.
2. Blend bahan2 yg bertanda*.
3. Panaskan minyak tumis bahan tumis hingga bawang kekuningan dan masukkan bahan blend. Kacau hingga naik bau dan masukkan rempah~ buka api sederhana dan tutup periuk, biar rempah masak dgn sempurna sambil dikacau sekali sekala hingga pecah minyak~ rempah kalau dimasak lama lagi sedap kari tersebut~ petua my mom.
4. Bila dh pecah minyak masukkan air asam jawa, santan dan garam secukup rasa. Tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ikan dan renehkan sebentar kemudian masukkan bendi, tomato dan sebelum padankan api masukkan daun bawang.

Goreng Bendi + telur + udang + sos black paper

Tuesday, March 22, 2011

AYAM BLACK PAPER

Assalamualaikum...menu ringkas je hari ni..setelah 2 hari membaham landak..tukar ke binatang lain pulak..Ayam Black Paper yg main belasah je bahan2nya tapi Wanie kata sedappp...! mkn nasi sampai 2 pinggan..tapi sayur peria mmg dia x mkn..pahit, tapi bagi akak  my fav sayur taw ..!



AYAM BLACK PAPER
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ goreng ayam 1/2 masak
2 ulas bawang putih
sedikit halia
 2 biji cili padi ~ diketuk
4-5 sb sos lada hitam
air secukupnya
1 biji cili merah & cili hijau ~ potong memanjang
1/2 labu bwg besar~ potong bulat
sedikit daun sup & daun bawang
garam ~ jika perlu

Cara:
1. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Perlahankan api dan tuangkan sos lada hitam, cili padi dan sedikit air.
3. kacau hingga mendidih , kemudian masukkan ayam .
4. Bila kuah agak pekat , masukkan hirisan cili merah & hijau, bawang besar, daun sup & daun bawang.
5. siap utk dihidang dgn nasi putih.

P/s ~ Akak guna Sarawak Black Paper Sauce brand Pawada~ mmg sedap , x perlu tambah garam @ gula lagi dlm masakan.

Menu sampingan~ sayur peria dgn udang.

Wednesday, March 9, 2011

SAMBALTUMIS SOTONG & SAYUR PERIA

Assalamualaikum..tentu semua dh siap masak kan? menu akak hari simple je..sambal tumis sotong, sayur peria dgn udang & ikan goreng cicah air asam. Sbb masak main campak2 je so x payah resepi lah ye..:)

Sambal Tumis Sotong
Sayur Peria Dgn Udang
*Petua untuk hilangkan rasa pahit peria- rendam peria yg telah di hiris dalam air garam selama 1/2 jam, bilas bersih dan bolehlah dimasak.

Sunday, March 6, 2011

UDANG BERSOS PLUM

Assalamualaikum..kebetulan sama lak menu dgn K.Nor , tapi k.nor masak udang + sotong bersos plum..akak masak udang je.sebelum ni pernah masak ayam bersos plum. Menu lain sayur campur dan tenggiri masak kicap.



UDANG BERSOS PLUM
resipi : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ k.nor tak letak
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
5bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
 
 Tenggiri Masak Kicap
Sayur campur

Thursday, March 3, 2011

LONTONG

Byk hari dh x update blog, lately bz skit..korang masak ape hari ni?..akak masak lontong..dh lama x masak lontong..jemu makan nasi biasa, sekali sekala tukar2 selera ler pulak...sape2 yg teringin nak mkn lontong boleh tgk resepi kat sini. Terima kasih K. Hanieliza..



Nasi himpit di makan bersama kuah lodeh yg merupakan campuran sayur-sayuran spt kobis, carrot, kacang panjang, sengkuang, terung, cili merah, cili hijau, fucuk, suun, tauhu dan tempe. Hidangkan bersama sambal sotong @ udang , serunding ayam @ daging dan sambal kacang.

Monday, February 21, 2011

NASI TOMATO & THE GENG

Salam semua....masak apa hari ini..pastinya menyediakan sesuatu yg istimewa utk keluarga tersayang kan..? menu akak sekeluarga hari ni biasa2 je ..nasi tomato & the geng yg tak berapa lengkap..sbb x de dalca @ kari daging/ayam.. malas nak buat..hehe  tapi kira ok lah..! ada ayam masak merah, sayur kacang buncis & kerabu timun. Alhamdulillah..


NASI TOMATO
resepi: Chef Hanieliza
sumber: Sofea@after6am
 
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan~akak masak 4 cawan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker.
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Boleh dihidangkan bersama ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.
  
AYAM MASAK MERAH
Resepi: Chef Hanieliza

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan, letak garam kunyit & goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
 

Sunday, January 9, 2011

JANTUNGKU DIROBEK.........

Salam semua...ni la Lunch akak sekeluarga tadi..menu ala-ala kampung...!

                                         Ulam jantung pisang & sambal belacan
                                                  sotong goreng kunyit & daun kari
                                               Masak lemak kuning sayur chayote + daging
Ni la rupa sayur chayote..korang tau x nama sayur nii..akak x tau..lepas search kat google baru tau..sedap sayur ni, bila masak lebih kurang rasa labu air.
** resepi x payah lah ye..sbb masak biasa2 je..!