KARI IKAN~my style
by : Sofea@after6am
Bahan-bahan:
2 ketul isi ikan tenggiri @ apa2 jenis ikan
5 sb rempah kari ikan ~ bancuh dgn air
1/2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 biji cili hijau*
air asam jawa
garam
santan secukupnya
5 biji bendi
1 biji tomato
sedikit daun bawang
utk tumis:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
1/2 st halba campur
minyak
cara:
1. Ikan dicuci dgn 1 biji limau nipis dan sedikit garam utk hilangkan hanyir~ toskan.
2. Blend bahan2 yg bertanda*.
3. Panaskan minyak tumis bahan tumis hingga bawang kekuningan dan masukkan bahan blend. Kacau hingga naik bau dan masukkan rempah~ buka api sederhana dan tutup periuk, biar rempah masak dgn sempurna sambil dikacau sekali sekala hingga pecah minyak~ rempah kalau dimasak lama lagi sedap kari tersebut~ petua my mom.
4. Bila dh pecah minyak masukkan air asam jawa, santan dan garam secukup rasa. Tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ikan dan renehkan sebentar kemudian masukkan bendi, tomato dan sebelum padankan api masukkan daun bawang.
Goreng Bendi + telur + udang + sos black paper
akak, mana nk cukup 2 ketul tu....haha kuah tu kalau cicah roti benggali pun sodap..:)
ReplyDeletecukup nieza..hb mlm baru mkn..anak pula 2 org je yg ada...cicah roti mmg sedap !
ReplyDeletemeh sini kari satu mangkuk..tak kira ada ke tidak,nak jugak..makan dgn sambal udang akak ni hah.
ReplyDeleteAssalamualaikum Sofea..
ReplyDeleteMcm mana Kak Lin nak masak...kat ofis ni...x makan lagi...tgk kari ni buat perut Kak Lin nyanyi lagu keroncong tau..huhuhuhu
Kari Oh kari mmg fav ku!
ok kak anim..kita tukar dgn sambal udang akak yg mengancam tu ye..;p
ReplyDeletewsalam k.lin..sila2 mai rumah kita makan kari hari niii...;)