Pages

Nuffnang

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

AYAM MASAK KICAP PEDAS

Assalamualaikum..Dah siap masak ke?  Salah satu menu lunch akak sekeluarga hari ni ialah Ayam  Masak Kicap Pedas, bahan2 sama seperti Daging Masak Kicap Pedas cuma diganti dgn ayam. Thanks K. Ummi dgn resepi yg sedap ini...


AYAM MASAK KICAP PEDAS
SUMBER : ummizaihadi-homesweethome
BY :  Sofea@after6am

Bahan: ( 5- 6 orang)

  • 1/2 Ekor ayam - potong & bersihkan, gaul garam kunyit goreng jgn terlalu garing
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk dan Tumis:-
  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan ayam, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar ayammesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan tambahkan sedikit air jika perlu.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila ayam telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau  sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...
     
     
     Jemput makan..!

Monday, October 24, 2011

ASAM PEDAS AYAM

Assalamualaikum..Menu lunch hari ni, Asam Pedas Ayam. Sebab ada 2, 3 kuntum bunga kantan yg baru diambil kat pokok tepi rumah, so ronda2 cari resepi nak masak apa la dgn bunga kantan ni..daun kesum pun nampak subur je selepas letak baja..la ni musim hujan, makin suburlah pokok yg di tanam..bukan pokok je subur, rumput2 pun sama naik, gemuk2 je rumput2 tu kan..kalau la leh mkn..hehe ok..Ni la hasilnya selepas skodeng dapur Ana Wahid ,   K.Nor  pun pernah try resepi ni..T.kasih kepada penyumbang resepi ! :)



ASAM PEDAS AYAM
SOUCE : Ana Wahid
By ; Sofea@after6am

Bahan2nya:-
bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
* 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia
6-8 ketul ayam - di bersihkan
segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air
1 sudu besar halba ~ x letak
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus
1 batang serai - diketuk
daun kesum - ikut suka banyaknya
1 biji tomato - di belah empat
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
1 kuntum bunga kantan ~ belah 4 ~ sendiri tambah

Cara-caranya:-
1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidang dan dimakan.


Friday, October 21, 2011

AYAM CILI BERGAJUS

Assalamualaikum..Salah satu menu lunch hari ni, ayam kalau masak gini mkn dgn nasi putih panas2 mmg siyok, dh habis licin dinner nanti masak lain pula. Resepi yg senang dan mudah disediakan...


AYAM CILI BERGAJUS

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ di potong kecil
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
halia~ hiris nipis memanjang
2 sb cili kering kisar
2 sb sos cili
2 st madu
garam
2 biji cili kering ~ potong 1/2 in~ goreng
50 gm gajus ~ panggang @ goreng 
daun bawang
minyak 

Cara:
1. Bersihkan ayam lumur garam kunyit, goreng hingga masak & angkat.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan masukkan cili kisar.
3. kemudian masukkan garam dan cili sos~ masukkan sedikit air jika perlu.
4. Masukkan ayam, gajus , cili kering yg telah di goreng tadi dan madu. Kacau dan akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.
5. Siap utk dihidang.

Wednesday, July 13, 2011

AYAM PAPRIK

Assalamualaikum...Menu simple je hari ni, sbb nak habiskan sayur2 dlm peti ais maka jadilah ayam masak paprik..senang je buat..main campak2 dlm kuali dah siap! suka sgt  masakan style ni sbb byk sayur-sayuran, masuk je apa sayur yg ada..lagi pun yg nak mkn hari ni tukang masak &  si kecik tu aje..cik abang x de, outstation. Masak awal hari ni sbb jap lagi nak sekolah sign report card..




AYAM PAPRIK 
BY : Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:
300  isi ayam~ dipotong kecil
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
3 biji cili padi ~ diketuk
1 btg serai ~ diketuk
2 sb pes cili
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan
1/2 btg carrot
3 biji jagung muda
bunga kobis
kacang panjang
1 biji cili merah
1 helai daun limau purut
garam & gula
minyak utk menumis


Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam jgn terlalu garing ~ angkat
2. Lebihan minyak goreng ayam tadi tumiskan bwg putih dan serai.
3. Masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak , tambahkan 1/4 cawan air dan masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. kacau hingga mendidih
4. Masukkan ayam dan semua sayur-sayuran yg telah dipotong tadi. Masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Kacau hingga ayam dan sayur2 bersalut dgn kuah, sayur jgn dibiarkan terlalu lembik, biar ada rasa rangup2.siap utk dihidang.


Sedap ni ..mkn dgn nasi panas2...!

Wednesday, June 15, 2011

AYAM MASAK MERAH

Assalamualaikum...Lauk fav seisi keluarga, amat sesuai kalau mkn dgn nasi minyak @ nasi tomato ..tapi hari ni malas nak masak nasi2 tu just mkn dgn nasi putih je..Resepi ambil kat dapur Masam Manis Azlita Aziz..Tq Ita..C n p resepi kat sini utk rujukan bila nak masak lagi..sedap tau ayam masak merah nii..sape yg nak cuba silakan..!



AYAM MASAK MERAH
sumber: Pak Engku & Azlita Aziz@MasamManis
by : Sofea@after6am

1 ekor ayam - potong 12
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inc halia - kisar
200 gm cili kering yang telah di kisar
3 batang serai - kisar
2 inc lengkuas - kisar
rempah tumis - 4 sekawan
1/4 tin susu cair
5 sudu makan minyak masak
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan tomato puri ~ guna sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam - ita tambah ~ x letak
5 sb Kacang peas ~ sendiri tambah

Basuh ayam bersih, gaulkan dgn garam dan kunyit dan goreng setengah masak. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis rempah tumis bersama bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan tunggu hingga kekuningan barulah masukkan lada kering.
masak hingga naik minyak, barulah masukkan sos cili, tomato puri dan susu cair. ita tambahkan kiub ayam. kacau hingga kuahnyer menjadi pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka dan biarlah ianyer secukup rasa.
Barulah masukkan ayam dan gaulkan hingga sekata antara kuah dan ayam. Siap untuk dihidangkan.

Friday, June 10, 2011

AYAM CILI BERGAJUS

Assalamualaikum...bertemu kembali selepas sekian lama menyepi..mcm biasalah kan alasan spt sebelum2 ni..bz bz bz..maklum je lah cuti sekolah..byk kenduri, pas tu bawa anak2 mkn angin dan yg terbaru buat persiapan anak utk ke Matrik. Semalam dah selamat hantar kakak utk sambung study di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. La ni kat rumah dh tinggal 2 orang budak yg suka bergaduh, hari ahad ni hantar si abang pula ke hostel so tinggallah si adik sorang bergaduh dgn mama dia pula...tak pe lah kan kalau x de kawan nak bergaduh nanti sunyi pl...Ahli dlm rumah ni kian berkurangan tapi masak tetap kena masak..Jom tengok resepi akak hari niii...:)



AYAM CILI BERGAJUS

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ di potong kecil
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
halia~ hiris nipis memanjang
2 sb cili kering kisar
2 sb sos cili
2 st madu
garam
2 biji cili kering ~ potong 1/2 in~ goreng
50 gm gajus ~ panggang @ goreng 
daun bawang
minyak 

Cara:
1. Bersihkan ayam lumur garam kunyit, goreng hingga masak & angkat.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan masukkan cili kisar.
3. kemudian masukkan garam dan cili sos~ masukkan sedikit air jika perlu.
4. Masukkan ayam, gajus , cili kering yg telah di goreng tadi dan madu. Kacau dan akhir sekali masukkan daun bawang.
5. Siap utk dihidang.


Thursday, April 7, 2011

NASI TOMATO DAUN KARI & THE GENG (2)

Assalamualaikum...menu lunch hari ni , nasi tomato daun kari, dalca, ayam goreng & kerabu tomato. Selalu masak nasi tomato semasa menumis letak 1 helai daun pandan yg disimpul tapi kali ni akak gantikan dgn daun kari..biasa la dok kg, daun kari boleh petik free je kat halaman rumah...seperti biasa masak2 lauk ni akak main campak2 je..x de sukat2..lain la kalau buat kek & biskut kena la ikut sukatan yg betul..kang x jadi..sape nak resepi akak letak bahan2 je..byk mana nak letak ikut suka sendirilah ye..!

Nasi tomato daun kari

Bahan-bahan:
3 cawan beras (bersih & toskan)
1 cawan fresh milk @ 1/2 cwn susu cair
air secukupnya
1/2 kiub pati ayam
garam & gula 
tomato pure @ Sos tomato
kismis

utk tumis:
3 sb butter/marjerin/minyak sapi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
2 tangkai daun kari

cara:
1. Panaskan butter, masukkan bahan tumis , kacau hingga wangi.
2. Tuangkan tomato puree, beras , susu dan air secukupnya.
3. Masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kismis.
4. Cara 1-3 akak masak guna dapur biasa, selepas masukkan kismis, kacau sebentar dan alihkan ke rice cooker.
5. Setelah siap masak bolehlah dihidang dgn lauk2 yg sesuai.

KERABU TOMATO

Bahan-bahan:
3 biji tomato~ hiris nipis
3 biji cili padi~ tumbuk
1/2 biji bawang besar~ hiris nipis
1 sb kerisik
perahan air limau nipis
garam & gula secukup rasa.
sedikit belacan ~optional

Cara:  Masukkan semua bahan di atas dlm mangkuk dan gaul. Siap!

Ayam Goreng Bawang ~ resepi dari blog K.Paty. Tqvm K.Paty, mmg sedap mkn panas2..:)

Dalca


Tuesday, March 22, 2011

AYAM BLACK PAPER

Assalamualaikum...menu ringkas je hari ni..setelah 2 hari membaham landak..tukar ke binatang lain pulak..Ayam Black Paper yg main belasah je bahan2nya tapi Wanie kata sedappp...! mkn nasi sampai 2 pinggan..tapi sayur peria mmg dia x mkn..pahit, tapi bagi akak  my fav sayur taw ..!



AYAM BLACK PAPER
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ goreng ayam 1/2 masak
2 ulas bawang putih
sedikit halia
 2 biji cili padi ~ diketuk
4-5 sb sos lada hitam
air secukupnya
1 biji cili merah & cili hijau ~ potong memanjang
1/2 labu bwg besar~ potong bulat
sedikit daun sup & daun bawang
garam ~ jika perlu

Cara:
1. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Perlahankan api dan tuangkan sos lada hitam, cili padi dan sedikit air.
3. kacau hingga mendidih , kemudian masukkan ayam .
4. Bila kuah agak pekat , masukkan hirisan cili merah & hijau, bawang besar, daun sup & daun bawang.
5. siap utk dihidang dgn nasi putih.

P/s ~ Akak guna Sarawak Black Paper Sauce brand Pawada~ mmg sedap , x perlu tambah garam @ gula lagi dlm masakan.

Menu sampingan~ sayur peria dgn udang.

Monday, February 21, 2011

NASI TOMATO & THE GENG

Salam semua....masak apa hari ini..pastinya menyediakan sesuatu yg istimewa utk keluarga tersayang kan..? menu akak sekeluarga hari ni biasa2 je ..nasi tomato & the geng yg tak berapa lengkap..sbb x de dalca @ kari daging/ayam.. malas nak buat..hehe  tapi kira ok lah..! ada ayam masak merah, sayur kacang buncis & kerabu timun. Alhamdulillah..


NASI TOMATO
resepi: Chef Hanieliza
sumber: Sofea@after6am
 
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan~akak masak 4 cawan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker.
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Boleh dihidangkan bersama ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.
  
AYAM MASAK MERAH
Resepi: Chef Hanieliza

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan, letak garam kunyit & goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
 

Tuesday, February 8, 2011

AYAM BERSOS PLUM

Salam ...harap semua sihat2 lah ye , cuma akak je kurang sihat sikit..biasa lah bila time bulan purnama ni..masak pun biasa2 je..Ramai yg dah cuba masakan dgn sos plum ..teringan gak nak cuba..mmg susah  nak cari sos plum ni, kat kedai2 runcit mmg x de...so hari tu p Tesco rembat 2 botol brand Life..kalau yg brand tulis cina tu byk la..tapi takut la ambo nak beli...resepi dari blog Dayang & K.Nor@secubitgaram.



DAGING MERAH BERSOS PLUM
resipi: Dayang Jack
sumber: K.Nor@secubitgaram
sumber: sofea@after6am


Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
250-300 g daging (direbus dan dihiris nipis)~ Akak ganti dgn 1/2 ekor ayam..potong kecil & goreng 1/2 masak
1 labu bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan cili giling
1 sudu makan sos plum
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 biji cili merah (dihiris)
2-3 biji cili padi (diketuk)
sedikit kicap manis jika suka
garam dan gula secukup rasa
1-2 helai daun limau purut jika suka

Cara-cara :


Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos plum, sos cili, kicap, cili padi, cili merah, dan daun limau purut. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
Masukkan daging, bawang besar, garam dan gula (jika perlu). Kacau sebati hingga kuahnya pekat.
Setelah masak, hidangkan dgn nasi panas.
*** masukkan sedikit pewarna merah semasa merebus daging supaya kelihatan lebih menari
k.

 Rugi kalau x cuba resepi ni...sedappppp!

Friday, January 21, 2011

RENDANG AYAM DAUN KARI & SALERI

Salam semua...Alhamdulillah dah selasai masak.. x makan pun lagi..hari ni masak biasa2 je..nasi putih, ikan keli goreng cicah sambal kicap dan rendang ayam daun kari & saleri...akak mmg suka saleri ni..setengah org sebut batang sup...masukkan dalam apa2 masakan pun sedap,biasanya akak akan masukkan dlm sup, tom yam, ikan @ ayam masak kicap, mee kuah & sayur campur.Rangup je rasa bila makan so jgn masuk terlalu awal nanti saleri tu lembik kurang sedap !




RENDANG AYAM DAUN KARI & SALERI
Resepi: Sofea@after6am


·  Bahan-bahan:-
·  (A)
·   1/2 ekor ayam
·   garam 
·   serbuk kunyit


(B)
4 sb cili kering kisar
1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
2 btg serai
sedikit lengkuas & halia
setangkai daun kari
1 batang saleri 
2 sb sos tomato
1/4 caw fresh milk
garam & gula 

cara:
  1. Bersihkan ayam, lumur dgn garam dan kunyit. Goreng jgn terlalu garing,angkat dan ketepikan.
  2. Bwg besar, bwg putih, serai, lengkuas dan halia di kisar halus.
  3. Panaskan minyak tumis daun kari & bahan kisar tadi hingga wangi. Masukkan cili kering & masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan susu, ayam, sos tomato dan garam gula secukup rasa. Tambahkan air jika perlu.
  5. Masak hingga kuah agak pekat sedikit dan masukkan batang saleri yg dipotong serong. 
  6. Sesuai utk hidangan mkn tghari @ mlm.   
                                                                                                                                 

Thursday, January 6, 2011

HATI YANG KAU SAKITI...

Dah mcm tajuk lagu ler pulak..kesiannyer pada hati yg disakiti hari niii...semua tu untuk lunch hari ni la..sori ye ayam2..jika hatimu kucuri..kalau pagi tadi badak, t/hari ayam..malam ni binatang apa pula la m.cik ni nak korbankan...;)

 
HATI AYAM MASAK JINTAN
sumber : sofea@after6am

bahan-bahan:

300 gm hati ayam @ lembu
1 labu bwg besar
4 ulas bwg putih
1 in halia
2 sb cili kering kisar
1 st serbuk jintan manis
1 st serbuk jintan putih
1/2 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam
3 sb kicap manis
garam, gula secukupnya
minyak utk menumis
hiasan: cili merah, cili hijau, daun sup/daun bwg & bwg besar potong bulat.

cara-cara:

1. Bersihkan hati ayam dgn garam & limau nipis utk hilangkan hanyir.
2. Rebus hati dgn sedikit garam hingga masak, angkat & toskan.
3. Kisar halus bwg besar, bwg putih & halia. panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi.
4. Masukkan cili kering kisar , masak hingga pecah minyak. tambahkan air jika perlu.
5. Masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar, lada hitam dan kicap. kemudian masukkan hati telah direbus tadi. letakkan garam dan gula secukup rasa.
6. Jika suka berkuah tambahkan sedikit air. Masak hingga kuah pekat sedikit. sebelum angkat masukkan hirisan cili dan bawang besar serta taburkan hirisan daun sup & daun bawang.