Pages

Nuffnang

Friday, June 10, 2011

AYAM CILI BERGAJUS

Assalamualaikum...bertemu kembali selepas sekian lama menyepi..mcm biasalah kan alasan spt sebelum2 ni..bz bz bz..maklum je lah cuti sekolah..byk kenduri, pas tu bawa anak2 mkn angin dan yg terbaru buat persiapan anak utk ke Matrik. Semalam dah selamat hantar kakak utk sambung study di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. La ni kat rumah dh tinggal 2 orang budak yg suka bergaduh, hari ahad ni hantar si abang pula ke hostel so tinggallah si adik sorang bergaduh dgn mama dia pula...tak pe lah kan kalau x de kawan nak bergaduh nanti sunyi pl...Ahli dlm rumah ni kian berkurangan tapi masak tetap kena masak..Jom tengok resepi akak hari niii...:)



AYAM CILI BERGAJUS

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ di potong kecil
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
halia~ hiris nipis memanjang
2 sb cili kering kisar
2 sb sos cili
2 st madu
garam
2 biji cili kering ~ potong 1/2 in~ goreng
50 gm gajus ~ panggang @ goreng 
daun bawang
minyak 

Cara:
1. Bersihkan ayam lumur garam kunyit, goreng hingga masak & angkat.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan masukkan cili kisar.
3. kemudian masukkan garam dan cili sos~ masukkan sedikit air jika perlu.
4. Masukkan ayam, gajus , cili kering yg telah di goreng tadi dan madu. Kacau dan akhir sekali masukkan daun bawang.
5. Siap utk dihidang.


4 comments:

  1. sedapnya kunyah kacang tu kan..hehe..tahniah utk ank2 kak yer..semoga berjaya

    ReplyDelete
  2. Salam kak pija!! tahniah utk ank2 akak.. pastu nak ayam dgn gajus tu jugak nak gajus lebih2 ya :D

    ReplyDelete