Pages

Nuffnang

Showing posts with label Anak2. Show all posts
Showing posts with label Anak2. Show all posts

Monday, August 8, 2011

RONDA-RONDA CARI MENU BERBUKA

Assalamualaikum...Ni menu Iftar 6 ramadhan 1432H, tak sempat nak update, biasalah kan bila anak2 balik dari hostel, agak kelam kabut sikit..hari ni baru sempat buka blog..sabtu baru ni kakak (anak sulung) keluar dgn abahnya, service kereta, buat cermin mata dan beli barang2 utk di bawa balik ke hostel..dh keluar tu en hubby belikan sekali makanan utk berbuka, uiii bestnya hari ni x payah masak! just buat dessert je...terasa meriah bila anak2 balik utk berbuka bersama2..jom tgk apa yg telah dibeli utk berbuka pada hari tersebut...layannnz!

4 bungkus nasi beriyani untuk 5 org makan..
2 ketul kaki kambing -x tau apa nama masakan, tapi ala2 daging goreng kunyit dgn jintan di salut dgn bawang besar, daun kari dan hirsan cili merah sbg bumbu2nya .Orang2 Penang kalau nak beli kaki kambing ni boleh ke kapitan kat Chulia Street., yg famous dgn Tandoori Chicken tu..
gu nasi beriyani...dalca dan ayam masak merah.
Air Kelapa Muda...nyamannya tekak bila minum time berbuka, yg ni tak beli, kait buah kelapa depan rumah..!

Monday, July 4, 2011

HAPPY BIRTHDAY KAKAK...

Assalamualaikum...Kelmarin ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) tmpat ank sulung (kakak) belajar sebab nak hantar kek sempena birthday dia yg ke 18..nasib la belajar area Penang ..dapat la mak ngan abah hantar kek..kalau jauh tgk gambar kek je lah..kek tu buat sendiri tau, cukuplah 6 biji cupcakes utk dia dan kawan2 sebilik rasa..Pizza tu beli je..bukan x pernah buat pizza tapi biasalah dasar pemalas mcm akak ni..hehe, pe2 pun Happy Birthday to kakak, semoga tabah menghadapi liku2 hidup yg kian mencabar, mak & abah hanya mampu berdoa agar kakak beroleh kejayaan di dunia & di akhirat..




KEK CAWAN COKLAT MOCHA WITH KRIM MENTEGA COKLAT
SUMBER : DARI BUKU KEK CAWAN Lynn Hassan

BAHAN-BAHAN:

110 gm mentega @ marjerin
100 gm gula castor ~ letak 80gm
2 biji telur
110 gm tepung naik sendiri
4 sb serbuk koko
1 st perisa mocha ~ letak1/2 st coffe emulco
2 sudu makan susu segar
akak tambah sendiri ~ 1 sb susu pekat

Cara:
1. Ayak tepung naik sndiri dengan serbuk koko, ketepikan.
2. Pukul mentega dengan gula gula castor hingga sebati. Masukkan telur satu per satu dan perisa mocha. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula campuran tepung tadi selang seli dgn susu segar.
4. Timbang adunan pada kertas cawan bernombor 12 sebanyak 55gm. Bakar pada suhu 170'c selama 23 min.


KRIM MENTEGA COKLAT

BAHAN-BAHAN:

100 m coklat gelap selborne  (cair & biarkan sejuk) ~ guna dark choc Beryl's
250 gm mentega ~ akak ganti dgn krimwell
350 gm icing sugar  ~ x letak semua, ikut manis.

Cara:
1. Sediakan gula icing yg telah diayak.
2. Putar mentega hingga gebu dan masukkan gula icing. Putar lagi hingga ringan.
3. Akhir sekali masukkan coklat cair dan kacau rata. Siap utk dideko di atas kek.

Monday, May 9, 2011

MOTHER'S DAY 2011

Assalamualaikum...ni kisah petang semalam, terharu, sebak, gembira & bersyukur hingga mengalirkan air mata dengan peristiwa yg terjadi ...mana x sebaknya, x pernah2 suami dan anak2 buat benda2 mcm ni...tahun2 yg lalu kalau hari ibu anak2 just ucap je selamat hari ibu  & yg bongsu tu pulak selalu jugak buatkan kad ucapan... tapi tahun ni depa bagus punya plan...maklum la anak2 dh besar..yg kakak pl dah dapat lesen memandu siap kumpul duit dgn adik2 p beli kek...tentang kek ni abah depa pun tau bila depa beli..dan lagi satu anak yg dok hostel pun sanggup outing sbb nak sambut hari ibu...hairan jg sbb selalunya nak balik mesti dia call suruh p ambil..rupanya dh call kakak dia suruh p ambil., pas tu semua dok dalam bilik siap kunci pintu ..billa ketuk pintu tanya..kata dok buat homework...ooo ni la homework depa...jom tgk !

Kad ucapan yg paling besar, hasil seni dari hb dan anak2 tercinta...

Ni le kek sempena hari ibu semalam..terima kasih buat hb dan anak2 yg memberi kenangan manis utk tahun ini..LOVE U ALL..:)

Monday, February 28, 2011

BURGER..BURGER

Kalau semalam berhempas pulas membuat kek coklat utk birthday girl..hari ni pula, start jam 8 pagi berkuntau di dapur menyiapkan 60 biji burger utk di hantar ke sekolah...mcm tahun2 sebelumnya, tiap kali birthday buat burger utk bagi pada kawan2 ..x de benda lain ke nak bagi??...hehe, rasa puas hati lagi bagi burger... dari bagi jajan yg kadang2 budak x mkn &  buang mcm tu saja...



Sunday, February 27, 2011

WANIE IS 11

Kalau 25 Februari birthday akak, hari ni 27 Februari Birthday anak bongsu akak pula..ni la hadiah utk dia..sebiji kek coklat yg mmg kesukaan dia..Happy Birthday Wanie..semoga menjadi anak yg solehah, insan yg berjaya di dunia & akhirat, panjang umur & murah rezeki ..Amin !




HaPPy B!RthDaY WaNie...!

Tuesday, December 14, 2010

Hafiz is 16

First entry...Tanggal 9 dec yg lalu Hafiz (ank ke 2) telah menyambut birthday yg ke 16. Semoga pnjg umur, ,murah rezeki, & tabah menghadapi dugaan serta ujian dariNya. Alhamdulillah sempat juga buat moist choc.cake, cheese tart ,mee goreng & fruit cocktail. Actually bukan buat majlis pun sekadar jemput anak2 saudara je...