Pages

Nuffnang

Monday, June 20, 2011

IKAN KELI GORENG & BENDI GORENG BELACAN

Assalamualaikum...Masak awal hari ni sbb ada byk kerja lagi yg nak diselesaikan..menu yg cukup2 ringkas sbb tinggal 2 beranak je..En hb pula outstation, jumaat baru balik...Actually, keli goreng ni mmg fav seisi keluarga..selalunya kat rumah ni ikan keli hanya digoreng dan cicah sambal kicap...sorang 2,3 ekor pun boleh habis meratah...

IKAN KELI GORENG & SAMBAL KICAP

BENDI GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
10 biji bendi
2 ulas bawang puih ~ cincang halus
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
sedikit ikan bilis @ udang kering
3 sb cili kering mesin + belacan
2 sb air asam jawa
garam dan gula
cili merah ~ hiris nipis.

cara:
1. Bersihkan bendi, dan potong serong .
2. Panskan minyak tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan masukkan cili mesin.
3. kacau hingga cili masak dan masukkan air asam jawa dan ikan bilis.
4. kemudian masukkan bendi , kacau hingga bendi bersalut dgn cili tadi. Masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Sebelum diangkat masukkan cili merah . Siap utk dihidangkan.

7 comments:

  1. salam kak sofea..

    masa makcik berkedai (kedai mkn) dulu mmg ada menu keli goreng ni.. ramai customer yg suka.. tp sy perhatikan.. time nak goreng tu ikan ni meletop2 sikit.. ada ke petua taknak bagi meletop masa menggoreng?

    ReplyDelete
  2. fev. keluarga ucu jugak....tapi yg x bestnye bila goreng ikan ni mesti minyak/ikan meletup2...ada petua tak mcm mn tak meletup2..

    ReplyDelete
  3. ikan keli....
    peberet mas tu..
    sedappnya...

    ReplyDelete
  4. asal tengok ikan keli goreng teringat ke fatin, masa lunch dgn dia kat anjung keli di arau dulu.. sedapnyer..

    ReplyDelete
  5. Madiha , Ucu Faridah..x tau le pula petua x nak bagi meletup ..tapi setakat ni alhamdulillah, x meletup masa menggoreng keli tu..cuma semasa cuci ikan rendam sebentar dlm air yg bercampur cuka, limau nipis & garam.lepas cuci bersih letak garam kunyit perap (boleh masukkan dlm peti ais ) time nak mkn baru goreng.xnak bagi ikan berminyak goreng dlm minyak yg panas & semasa angkat ikan letakkan atas tisu paper supaya minyak serap ke tisu.

    ReplyDelete
  6. Mas, K.nor...fav kita org sekeluarga jugak..mmg sedap ratah panas2..;)

    ReplyDelete
  7. salam kak...lamanya eina x makan ikan keli...

    ReplyDelete