Pages

Nuffnang

Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

MEE UDANG

Assalamualaikum...

Sekejap je masa berlalu, hari ni dh 15 Saaban, lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan, tentu ramai yg mengambil peluang utk berpuasa sunat pada bulan yg barokah ini..dan sape2 yg tak habis lagi ganti puasa tu, cepat2 ganti ok ! Ni menu semasa berbuka semalam, Dah byk kali buat  sbb fav suami dan anak2..:)


MEE UDANG
BY :  Sofea@after6am

Mee kuning ( celur dan toskan)
350 udang sederhana besar
2 biji bawang besar ( kisar )
4 ulas bawang putih ( ketuk)
3 sb cili kisar
3 sb sos tomato
3 sb sos tiram
1 pokok sawi
1/4 biji kobis
1 biji tomato ( belah 6)
2 biji kentang ( rebus & blend)
Air secukupnya
garam & gula
1 kiub ayam
Minyak utk menumis


Bahan Tabur:
Hirisan daun sup & daun bawang.
Bawang goreng
Cili merah
Tauhu
kentang rebus
limau kasturi @ limau kasturi

Cara-cara:

1. Panaskan minyak tumis bawang putih dan bawang besar yg telah dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, kiub ayam, sos tomato dan tiram. Bila mendidih masukkan kentang yg telah diblend utk memekatkan kuah.
4. Akhir sekali masukkan udang dan sayur2an. Tambahkan garam & gula secukup rasa. Kecilkan api dan biarkan kuah mereneh sebentar. 
5. Cara Menghidang : Isikan mee yg telah dicelur ke dlm mangkuk, sendukkan kuah  dan taburkan hirisan daun sup daun bawang, cili merah , tauhu, limau nipis dll. Selamat Mencuba !



Tuesday, June 5, 2012

MEE KUAH TOMATO

Assalamualaikum

Menu lunch hari ni,  Mee Kuah Tomato..ulang tayang sbb dh byk kali buat.  Boleh ganti dgn mihun @ kay teow.  Mee fav suami dan anak2..

MEE KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih~ cincang halus
udang@ayam @daging
 2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji kentang (saiz besar) rebus & lecek halus
2 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mee dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air, masukkan kentang yg dilecek halus dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan udang,daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.
5. Masukkan mee ke dlm mangkuk dan tuangkan kuah. Taburkan bawang gorang, daun sup, daun bawang, tauhu goreng dan sedikit hirisan cili merah.



Tuesday, May 8, 2012

MEE HAILAM AFTER6AM

Assalamualaikum..
Menu ringkas je hari ni, request dari anak2 nak mkn mee hailam. Dah byk kali buat dan resepi pun dh ada di sini & sinun. Pe2 pun akak copy paste semula di sini...Kalau teringin nak mkn mee hailam leh try buat dan semoga menepati selera anda..:)

MEE HAILAM AFTER 6AM
Bahan-bahan: ( 5 org mkn)
1 bks mee kuning-rendam sekejap dlm air panas & toskan
udang sederhana besar
isi ayam-potong nipis
2 sb lada hitam-tumbuk
2 ulas bwg merah-tumbuk
3 ulas bwg putih-tumbuk
1 kiub pati ayam 
4 sb sos tiram
1 sk kicap pekat mee
1 sb tepung jagung-bancuh dgn sedikit air
garam 

sayur2an-ikut le nak letak byk mn
bunga kobis
kailan
carrot
lada capcicum-hijau
1/2 btg saleri
tomato
5-6 biji cili padi-ketuk

Bahan tabur:
Bawang goreng
cili merah
daun sup/daun bawang

cara:
1. Bersihkan udang, ambil kepalanya-rebus dgn 2 cawan air+garam hingga   mendidih. Tapis ambil ainya utk jadikan stok.
2. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam, carrot dan stok udang tadi.
3. Bila mendidih masukkan sos tiram, kiub ayam & kicap pekat.
4. kemudian masukkan udang dan semua sayur2an. kacau hingga mendidih dan masukkan mee. Tambahkan air panas jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan siap utk dihidang!

Monday, November 14, 2011

MEE REBUS AFTER 6AM

Assalamualaikum..Menu semalam, ada banyak cara utk masak mee rebus, dan ini adalah cara dan bahan2 yg selalu akak gunakan utk buat mee rebus..lebih pekat dan manis kuahnya kalau kita gunakan ubi keledek  berbanding ubi kentang, udang kering tu akak goreng tanpa minyak (sangai) kemudian blend..ini menambahkan lagi harum kuah mee tersebut.




RESEPI MEE REBUS AFTER 6AM
BY: Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:
1/2 kg daging~ hiris nipis dan rebus, air rebusan jgn dibuang
1/2 kg keledek oren @ kentang~ potong dan rebus hingga empuk, blend.
cili kering mesin ~ ikut pedas
1 genggam udang kering~ basuh, tos & goreng tanpa minyak , blend.
1/2 cawan kacang tanah~goreng tanpa minyak, buang kulit, blend
1 labu bawang besar ~ blend
4 ulas bawang putih ~ blend
4 ulas bawang merah~ mayang
3 ulas bawang putih ~ mayang
air asam jawa
garam dan gula
air secukupnya
minyak utk menumis

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
1 kg mee kuning ~ celur
50 sen taugeh~ buang akar,  celur
5 biji telur ~ rebus
2 biji kentang ~ rebus
2 keping tauhu~ goreng
daun sup & daun bawang
cili merah & cili hijau
limau nipis @ kasturi
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih yg telah dimayang hingga kekuningan, masukkan campuran bwg besar , bwg putih yg diblend dan cili kering kisar, kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan daging , daging dan ubi keledek yg telah diblend dan tambahkan air mengikut pekat mana kita nak kuah tu. Masukkan gula , garam dan air asam jawa. kacau dan biarkan hingga mendidih. kemudian masukkan kacang tanah yg telah diblend halus.
3. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
4. Hidangan: Masukkan mee dalam mangkuk , taburkan bahan2 sampingan dan tuangkan kuah, sedia utk dinikmati bersama seisi keluarga.


Thursday, October 13, 2011

MEE KUAH TOMATO

Assalamualaikum..Menu org kurang sihat, x selera nak mkn nasi tapi rasa nak mee..Mee kuah tomato, ala2 mee sup dan ada rasa masam2 tomato..x nak guna mee boleh ganti dgn mihun @ kay teow.

MEE KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih~ cincang halus
udang@ayam @daging
 2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji kentang (saiz besar) rebus & lecek halus
2 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mee dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air, masukkan kentang yg dilecek halus dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan udang,daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.

Thursday, September 8, 2011

MEE REBUS MUAR

Assalamualaikum..Lepas raya ni, malas segala2...nak masak pun malas..bila la nak mai mood rajin, hb p kerja, anak yg 2 org dh balik hostel..tinggal seorang je kat rumah..tu yg jadi malas nak masak, kuih raya byk lagi, x terusik pun...sbb malas nak mkn & x terasa nak mkn..Ni menu berbuka puasa 6 dua hari lepas..tengok! nak update blog pun malas....:)  Mee rebus ni utk kuahnya akak guna Perencah Mee Rebus Muar product dari AgroMas..kan dh kata mmg malas kan! masak pun guna perencah segera..! Kalau ada yg teringin nak makan mee rebus boleh cuba resepi kat sini.




Wednesday, August 10, 2011

MEE HAILAM AFTER 6AM

Assalamualaikum...Sekejapnya masa berlalu, sedar x sedar dh masuk hari ke 10 kita berpuasa...Ni pula menu berbuka semalam, Mee hailam..sesuai sgt utk berbuka sbb kurang pedas..bulan puasa ni x leh sgt mkn pedas2 nanti susah pula nak bertarawih..asyik ulang alik ke tandas...tapi sesetengah org jugak, ada yg x kisah pun bila mkn pedas..lagi pedas lagi ummp katanya...ikut perut masing2 lah ye..Resepi sebelum ni akak masukkan isi ayam,  di sini, kali ni tukar ke daging pula..

MEE HAILAM AFTER 6AM

Bahan-bahan:
1 bks mee kuning~rendam sekejap dlm air panas & toskan
udang sederhana besar
150 gm daging hiris nipis
2 sb lada hitam-tumbuk
2 ulas bwg merah-tumbuk
3 ulas bwg putih-tumbuk
1 kiub pati ayam 
4 sb sos tiram
1 sk kicap pekat mee
1 sb tepung jagung-bancuh dgn sedikit air
garam 

sayur2an-ikut le nak letak byk mn
kobis
kailan
carrot
lada capcicum-hijau
1/2 btg saleri
tomato

Bahan tabur:
Bawang goreng
cili merah
daun sup/daun bawang

cara:
1. Bersihkan daging, hiris nipis, rebus hingga empok dan ambil airnya
2. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging, carrot dan air rebusan daging tadi.
3. Bila mendidih masukkan sos tiram, kiub ayam & kicap pekat.
4. kemudian masukkan udang dan semua sayur2an. kacau hingga mendidih dan masukkan mee. Tambahkan air panas jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan siap utk dihidang!

Kalau masak utk berbuka, masak semua bahan (kecuali mee)  hingga mendidih, tutup api dan biarkan kuah dalam kuali, dh dekat nak berbuka baru masukkan mee ~ utk mengelakkan mee terlalu kembang.

Teh laici..Menghilangkan dahaga setelah seharian berpuasa, x kisahlah minum sejuk @ panas.

Thursday, August 4, 2011

MIHUN KUAH TOMATO

Assalamualaikum.. Menu iftar 3 Ramadhan, Eh, masak apa semalam?  Tentu menu yg istimewa kan..! akak seperti biasa la x nak mkn nasi.. rasa nak mkn yg berkuah dan ada rasa masam2 sikit..baru berselera !..so Mihun Kuah Tomato adalah pilihan yg tepat..sebelum ni  akak pernah letak resepi di sini , sape2 yg suka masakan berkuah mcm ni leh cuba buat ye..!



MIHUN KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1/2 bungkus mihun
3 ulas bawang putih~ cincang halus
isi ayam bhgn dada ~ hiris nipis
 2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
Sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
taugeh ~ buang akar & celur sebentar
1 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air secukupnya
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mihun dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air dan biarkan mendidih dan ayam empok. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan kuah reneh.



 Cara menghidang : Masukkan mihun ke dalam mangkuk, taburkan taugeh, daun sup & daun bawang, hirisan buah tomato dan bawang goreng kemudian sendukkan kuah. 

Wednesday, August 3, 2011

KAY TEOW SUP

Assalamualaikum..Dah tau nk masak apa utk berbuka nanti ?  Apa kata cuba kay teow sup..menu yg cukup ringkas dan mudah disediakan..masak je sup x kiralah sup ayam @ sup daging...kemudian celurkan kay teow, boleh juga diganti dgn mee kuning @ mihun. Sup tu masak banyak pun x pe, boleh makan dgn nasi time sahur nanti...senangkan!




Untuk yg suka pedas boleh mkn dengan sambal kicap..cili padi + kicap!

MEE GORENG BASAH

Assalamualaikum...Ni menu iftar hari pertama berpuasa, orang lain dah habis tayang akak baru  nak update..biasalah kan bz mengalahkan perdana menteri..kita orang berbuka biasanya tak makan nasi , so kenalah masak mee @ mihun dan sedikit kuih @ puding. Nasi makan time sahur...senangkan! x delah  susah2 nak fikir bab2 lauk, untuk mkn sahur biasanya dimasak selepas balik solat tarawih. Alhamdulillah, suami dan anak yg tinggal sorang tu x banyak kerenah bab mkn, masak je apa pun gerenti  habis. ok lah, ni menu 1 ramadhan..Nak masak apa pula hari ni x tau lagiii......!



MEE GORENG BASAH
BY: Sofea@after6am

 BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mee kuning ~ basuh & toskan
3 ulas bawang putih~ tumbuk
3 ulas bawang merah~ tumbuk
3 sb cili kering kisar
daging~ hiris nipis, rebus hingga empok & simpan air rebusan
udang sederhana besar
2 keping fish cake~  hiris nipis
2 pokok sawi pak choy
taugeh ~ buang akar
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb kicap ABC
garam & gula
minyak utk menumis
hiasan: tauhu goreng, daun sup & daun bawang, tomato, cili merah & bawang goreng

cara:
1. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kisar. kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan air rebusan daging, daging, udang dan fish cake.
4. Bila mendidih masukkan sawi , taugeh dan mee. Kacau rata dan bolehlah padamkan api.
5. Semasa menghidang taburkan bahan2 hiasan di atasnya.

...Mee ni kalau dimasak utk berbuka puasa, masak dahulu semua bahan dan biarkan dalam kuali, dh sampai waktu berbuka baru masukkan mee,  tambah air panas jika ingin mee yg basah, kacau sebentar dan bolehlah dihidang. Jika dimasukkan mee terlalu awal mee akan kembang dan x sedap!

Tuesday, July 19, 2011

MEE KARI

Assalamualaikum...Cepatnya masa berlalu, sedar x sedar dh nak masuk bulan ramadhan, dh habis ganti puasa? sbb bulan saaban ni lah ramai yg bergelut nak ganti puasa..sape2 yg dh habis ganti tu, Alhamdulillah boleh juga buat puasa sunat di bulan2 yg mulia ini..Ni menu akak semasa berbuka semalam..dah masak mee x perlu la nak masak nasi lagi sbb dalam mee tu semua dah ada..sayur, ayam, telur dll. Salah satu hidangan yg sesuai utk berbuka di bulan ramadhan nanti...



MEE KARI
sumber: Chef Hanieliza
By : Sofea@after6am

Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tauhu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.


Thursday, June 23, 2011

MIHUN TOMYAM

Assalamualaikum...Hari ni x masak nasi, tapi buat tomyam pastu celur mihun...jadi lah mihun tomyam...masak sikit je utk 2 org mkn...dh habis pun dimakan lunch tadi..sesekali tukar selera pulak..x best gak hari2 mkn nasi...! Kalau nak gantikan mihun dgn mee  @ kay teow pun boleh.




MIHUN TOMYAM
BY : Sofea@after6am


Bahan-bahan:
mihun, mee @ kay teow ~ celur dan toskan
1/2 ekor ayam
1 btg serai ~ ketuk
2 kiub tom yam
1/2 btg carrot
1/2 btg saleri
bunga kobis
jagung muda
1 biji tomato
3 biji cili padi ~ ketuk
1 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar
1 sk sos ikan
air secukupnya



Cara:
1. Rebus ayam dgn serai hingga mendidih dan masukkkan kiub tomyam.
2. Bila ayam dh empuk masukkan semua sayur2an dan sos ikan.
3.  Perlahankan api dan renehkan hingga sayur2an tadi masak.
4. Akhir sekali sebelum angkat taburkan daun ketumbar.
5. Siap utk dihidang bersama mihun yg telah dicelur tadi.


Saturday, May 7, 2011

MEE REBUS UDANG

Assalamualaikum...menu hari ni..Mee Rebus Udang, resepi sama mcm kat sini cuma lebihkan kentang untuk pekatkan kuahnya..

MEE REBUS UDANG
sumber: sofea@after6am 


Bahan-bahan:-

Mee kuning ( celur dan toskan)
350 g udang  saiz besar @ sederhana besar
2 biji bawang besar  (kisar)
3 ulas bawang putih ( ketuk)
3 sb cili kisar ( nak pedas tambah lagi)
2 sb udang kering (rendam dan tumbuk halus)
4 biji kentang ( rebus & blend ) 
3 sb sos tomato
1 pokok sawi
garam & gula
air secukupnya
minyak utk menumis 

Bahan tabur : 
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu goreng

Taugeh (celur sebentar)
cili merah
limau nipis @ kasturi

Cara-cara:-
1. Panaskan minyak ,tumis bwg putih dan bawang besar  hingga naik bau.
2. Masukkan cili mesin dan udang kering,masak hingga pecah minyak.
3. kemudian masukkan air,  sos tomato  dan kentang  yg  tlh  
     diblend tadi. Masak hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan udang  & sawi.Tambahkan garam & gula secukup rasa.

Cara menghidang: Isikan mee ke dlm mangkuk, sendukkan kuah dan bahan tabur. Hidangkan panas2..Selamat mencuba..!

Jemput Makan..!

Friday, April 22, 2011

MIHUN GORENG SEAFOOD

Assalamualaikum...kalau korang nak tahu, ni la mihun fav my hubby..mihun yg semestinya pedas, kaler merah cili, kalau hitam sbb letak kicap dia x suka..Mihun ni mcm mihun goreng biasa juga cuma lebihkan udang dan sotong..udang tu kalau dapat yg sederhana besar lagi syok makan..sape x suka udang kan!..bila nampak udang & sotong bertaburan dalan mihun tu lagi la berselera nak mkn...!resepi nanti ye sbb nak hntr anak p sekolah ugama jap..!

MIHUN GORENG SEAFOOD
BY: Sofea@after6am

Bahan-bahan:
Mihun ~ rendam dlm air panas hingga lembut dan toskan.
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sb udang kering~rendam sebentar dlm air panas
3-4 sb cili kering kisar
200 gm udang
200 gm sotong
2 pokok sawi~asingkan btg & daun sawi
Taugeh~ buang akar
3 sb sos tomato
garam & gula
Minyak

Cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan batang sawi, udang dan sotong. Kemudian masukkan sos tomato , garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan mihun, daun sawi dan taugeh. Kacau hingga semuanya masak , angkat dan bolehlah dihidangkan utk seisi keluarga @ jika ada tetamu yg datang ke rumah.


Tuesday, April 19, 2011

MEE KUAH TOMATO

Assalamualaikum...kalau minggu lepas masak Mihun Kuah Tomato, hari ni try dgn mee pula, resepi lebih kurang mcm kat sini, hari2 makan nasi pun x best gak kan!..sekali sekala nk juga tukar selera..syukur Alhamdulillah dapat hb & anak2 yg  x cerewet bab makan..x kisah masak apa pun janji boleh makan...:)



MEE KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih~ cincang halus
udang@ayam @daging
 2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji kentang (saiz besar) rebus & lecek halus
2 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mee dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air, masukkan kentang yg dilecek halus dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan udang,daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.

Penyediaan hidangan: Masukkan mee ke dlm mangkuk dan tuangkan kuah. Taburkan bawang gorang, daun sup, daun bawang, taugeh dan sedikit hirisan cili merah.


Lepas makan, nyamankan tekak anda dgn segelas lemonade..!

Friday, April 15, 2011

MIHUN KUAH TOMATO

Assalamualaikum..Terlebih dahulu ucapan terima kasih pada kawan2 yg sudi singgah ke blog ini dan mendoakan agar akak segera sembuh dari demam dan batuk yg akak hadapi sejak isnin lalu..nak kata sihat sepenuhnya x jugak sbb kadang2 rasa nak demam semula, batuk pn agak teruk jg..perit rasa tekak ni...Dan sebelum terlupa nak minta maaf byk2 pada Azlita, Madiha, Nieza & Noorsafone kerana x sempat nak ambil award & poskad yg korang berikan..Insyaallah, ada masa nanti akak akan gantungkan, jangan marah ok..Berbalik pada menu hari ni, seperti biasa resepi campak2 je..resepi org sakit pun ye jugak sbb bila demam mulut pahit, rasa nak mkn yg masam2 je..so terciptalah resepi mihun kuah tomato, layan gambar dulu lah ye..esok2 akak letak resepi..dh nak tidur laaa...

MIHUN KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1/2 bungkus mihun
3 ulas bawang putih~ cincang halus
4 ekor sotong @ udang@ayam @daging
1 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mihun dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan sotong serta batang sawi. Tambah 1 cawan air dan biarkan mendidih dan sotong lembut. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.
Penyediaan hidangan: Masukkan mihun ke dlm mangkuk dan tuangkan kuah. Taburkan bawang gorang, daun sup, daun bawang, tauhu goreng dan sedikit hirisan cili merah.

 
Makan time kuah panas2 baru best..sape2 yg demam tu leh terus kebah.. Nieza  yg x sihat tu leh cuba ye, Insyaallah cepat baik..!