Assalamualaikum...Ni menu iftar hari pertama berpuasa, orang lain dah habis tayang akak baru nak update..biasalah kan bz mengalahkan perdana menteri..kita orang berbuka biasanya tak makan nasi , so kenalah masak mee @ mihun dan sedikit kuih @ puding. Nasi makan time sahur...senangkan! x delah susah2 nak fikir bab2 lauk, untuk mkn sahur biasanya dimasak selepas balik solat tarawih. Alhamdulillah, suami dan anak yg tinggal sorang tu x banyak kerenah bab mkn, masak je apa pun gerenti habis. ok lah, ni menu 1 ramadhan..Nak masak apa pula hari ni x tau lagiii......!
MEE GORENG BASAH
BY: Sofea@after6am
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mee kuning ~ basuh & toskan
3 ulas bawang putih~ tumbuk
3 ulas bawang merah~ tumbuk
3 sb cili kering kisar
daging~ hiris nipis, rebus hingga empok & simpan air rebusan
udang sederhana besar
2 keping fish cake~ hiris nipis
2 pokok sawi pak choy
taugeh ~ buang akar
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb kicap ABC
garam & gula
minyak utk menumis
hiasan: tauhu goreng, daun sup & daun bawang, tomato, cili merah & bawang goreng
cara:
1. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kisar. kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan air rebusan daging, daging, udang dan fish cake.
4. Bila mendidih masukkan sawi , taugeh dan mee. Kacau rata dan bolehlah padamkan api.
5. Semasa menghidang taburkan bahan2 hiasan di atasnya.
...Mee ni kalau dimasak utk berbuka puasa, masak dahulu semua bahan dan biarkan dalam kuali, dh sampai waktu berbuka baru masukkan mee, tambah air panas jika ingin mee yg basah, kacau sebentar dan bolehlah dihidang. Jika dimasukkan mee terlalu awal mee akan kembang dan x sedap!
nampak menarik
ReplyDelete