Pages

Nuffnang

Showing posts with label Biscuit. Show all posts
Showing posts with label Biscuit. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

BUTTER COOKIES

Assalamualaikum..

Hari ni 15 rejab 1433H,  sekejap je dh pertengahn bulan rejab, cepat betul masa berlalu kan!  24 jam dalam sehari bukan satu te,mpoh yg panjang dan beruntunglah org2 yg bijak menguruskan masanya..
Butter Cookies ni buat sempena hari guru tempohari, baru hari ni sempat update..:)

BUTTER COOKIES
RESEPI : Sofea@after6am


BAHAN-BAHAN:

250  gm butter
150 gm gula icing
1 biji telur
1/2 sk butter oil @ esen vanila
50 gm tepung jagung
350 gm tepung red rose ( cookies flour)

CARA :

1. Pukul butter, gula, butter oil dan telur hingga sebati. Tak perlu pukul terlalu lama spt buat kek, nanti biskut kembang.
2. kemudian masukkan tepung jagung dan cookies flour sedikit2 dan gaul hingga sebati. Tambah tepung jika adunan    lembik.
3. Masukkan adunan ke dlm piping bag dgn nozzle bintang dan paipkan mengikut bentuk yg anda sukai.
Bakar pada suhu 160'c - 20 minit @ sehingga masak.


Sesuai utk minum petang, cookies utk hari raya, door gift etc..

Thursday, September 22, 2011

CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum...Ni bukan biskut raya aidilfitri baru2 ni, yg buat raya dh habis, bekas pun dh basuh..maklumla bukan budak2 je suka mak bapak budak pun suka..buat lagi sekali untuk Wanie bawa ke jamuan raya sekolah pagi & sekolah ugama...x pe senang je buat biskut ni main campak2, gaul2 masuk dlam oven sebentar,  dah siap!  Resepi copy paste dari blog Puan Nor Azmihah , T.kasih kak :)


CORNFLAKES MADU versi K.Nor
By : Sofea@after6am

1 kotak besar cornflakes (Nestle)
6 sudu besar butter ~ letak 5 sb
6 sudu besar gula pasir ~ x letak - selalu buat mmg x pernah letak
2 sudu besar madu  ~ sbb x letak gula ganti 6 sudu madu
kekacang tu optional

Cairkan butter + madu kemudian masukkan cornflakes dan kekacang. Gaul hingga sebati. Padamkan api.
Masukkan dlm papercup dan bakar sekejap. (suhu lebih kurang 160 - 170C lebih kurang 5min)
Biarkan sejuk diredai/rack baru la dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

tips:
kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. boleh gak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..

Friday, March 25, 2011

CUPCAKES ~5 & FANCY COOKIES

Hari ni menyiapkan order Cupcakes & Fancy Cookies dari kawan my sister in law ~ semoga beliau berpuas hati.

Vanila Cupcakes With Buttercream Icing~ S size



Chocolate Cupcakes With Buttercream Icing~ M size


 Terima kasih daun keladi, nanti order la lagi..!

Thursday, March 24, 2011

FANCY COOKIES (2)

Jom menconteng...Fancy cookies Mickey & Minnnie- sesuai utk birthday gift kanak-kanak.






Monday, February 28, 2011

FANCY COOKIES

Ni pula fancy cookies yg birthday girl bawa utk ke tuisyen..ank akak ni sekolah rendah kat kg sendiri, sekolah ugama kat kg lain, tuisyen pula kat tempat lain..so ramai la kawan2nya dan terpaksa la akak buat sesuatu utk beri kpd kawan2 sempena birthday dia...nasib baik la birthday sambut sekali dlm setahun..kalau sambut 6 kali setahun mati berdiri le akak...penat2 pun akak suka..! Alhamdulillah, semua yg diplan berjalan