Pages

Nuffnang

Friday, April 15, 2011

MIHUN KUAH TOMATO

Assalamualaikum..Terlebih dahulu ucapan terima kasih pada kawan2 yg sudi singgah ke blog ini dan mendoakan agar akak segera sembuh dari demam dan batuk yg akak hadapi sejak isnin lalu..nak kata sihat sepenuhnya x jugak sbb kadang2 rasa nak demam semula, batuk pn agak teruk jg..perit rasa tekak ni...Dan sebelum terlupa nak minta maaf byk2 pada Azlita, Madiha, Nieza & Noorsafone kerana x sempat nak ambil award & poskad yg korang berikan..Insyaallah, ada masa nanti akak akan gantungkan, jangan marah ok..Berbalik pada menu hari ni, seperti biasa resepi campak2 je..resepi org sakit pun ye jugak sbb bila demam mulut pahit, rasa nak mkn yg masam2 je..so terciptalah resepi mihun kuah tomato, layan gambar dulu lah ye..esok2 akak letak resepi..dh nak tidur laaa...

MIHUN KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1/2 bungkus mihun
3 ulas bawang putih~ cincang halus
4 ekor sotong @ udang@ayam @daging
1 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mihun dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan sotong serta batang sawi. Tambah 1 cawan air dan biarkan mendidih dan sotong lembut. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.
Penyediaan hidangan: Masukkan mihun ke dlm mangkuk dan tuangkan kuah. Taburkan bawang gorang, daun sup, daun bawang, tauhu goreng dan sedikit hirisan cili merah.

 
Makan time kuah panas2 baru best..sape2 yg demam tu leh terus kebah.. Nieza  yg x sihat tu leh cuba ye, Insyaallah cepat baik..!

9 comments:

  1. Assalammualaikum kak sofea...harap akak juga cepat baik yer...nieza pun demam dan batuk juga...tekak sakit nk telan mkn pun tak boleh...sabar jer lah...poskad tu bila2 pun boleh ambil kak yg penting akak cepat baik yer..:)

    sedap pula tgk bihun tomato akak ni..sedap dpt hirup kuah ni..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kak pia dah sembuh. kira ok le dah boleh makan bihun cam gitu. Ni kena try cepat ni. nampak cam sedap je.

    ReplyDelete
  3. Okay... menunggu resepi.. hihi.. kdg2 mibun ni xtau sgt nk masak apa.
    moga cepat sembuh.. nnti tun angkut sup tulang kak nor kasi akak.. hirup panas2 sure rasa lega sikit tekak =)

    ReplyDelete
  4. akak..nak semangkuk..
    sedappnya tengok pepagi ni....terliur tau...

    ReplyDelete
  5. Nieza..demam gak ni, sian dia...jom hirup kuah bagi cepat berpeluh..lagi masam lagi best..i like!

    Sam..tq dan selamat mencuba..x sedap jgn marahhh!:)

    Tun..alaaa bestnya kalau dpat hirup sup tulang dari dapur k.nor tu..cepat la bawa semangkuk.:)

    Mas..ishhh cover la skit, air liur meleleh tuuu..:))

    ReplyDelete
  6. Hi Sofea, Your this mihoon kuah tomato first time I see or read about.
    It sure looks delicious.
    I think two bowls will do me fine. Ada lagi? Ha ha ha.

    May I again copy this pic.....outang you teh tarek lambong tinggi, ya.
    I have a folder of all my beautiful lady blogger friends, semua pun like you aa black belt in cooking...their food pics.
    Ni la nak nanti bila naik angin, will blog about food....only problem is, I eat to live, not live to eat, ha ha.

    Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  7. Salam kunjungan.. singgahla ke blog saya ;)


    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  8. weee~~ copy! copy! nnti nk wat nih =)

    ReplyDelete
  9. as-salam
    nampak berselera mee mihun kuah tomato tu....boleh cuba suatu hari nanti..:)

    ReplyDelete