Pages

Nuffnang

Wednesday, January 11, 2012

AYAM MASAK KICAP PEDAS

Assalamualaikum..Dah siap masak ke?  Salah satu menu lunch akak sekeluarga hari ni ialah Ayam  Masak Kicap Pedas, bahan2 sama seperti Daging Masak Kicap Pedas cuma diganti dgn ayam. Thanks K. Ummi dgn resepi yg sedap ini...


AYAM MASAK KICAP PEDAS
SUMBER : ummizaihadi-homesweethome
BY :  Sofea@after6am

Bahan: ( 5- 6 orang)

  • 1/2 Ekor ayam - potong & bersihkan, gaul garam kunyit goreng jgn terlalu garing
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk dan Tumis:-
  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan ayam, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar ayammesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan tambahkan sedikit air jika perlu.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila ayam telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau  sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...
     
     
     Jemput makan..!

5 comments:

  1. Selamat tengahari Sofea,
    lauk begini sedap makan dengan nasi panas! tambah pedas menyengat bertambahlah nasinya!

    ReplyDelete
  2. Wa bestnya. tengahri ni pun makan ayam tapi bukan le masak kicap.

    ReplyDelete
  3. colek ngan roti pun sedappp ni kak....

    ReplyDelete
  4. As'salam Sofea

    ni pun baru jap keluarkan ayam nak kasi lembut baru boleh masak. Menu ayam ni memang hari2 lah kena ada, sebab anak2 bujang kat rumah tu gemar akan ayam berbanding ikan.

    Tapi tak masak kicap nak masak lain ..hehehe

    ReplyDelete
  5. Ok. Sy dah try jgk resepi ni, mmg sedap. Kalau ayam ganti dgn daging pon sedap ni. Tqsm

    ReplyDelete