Pages

Nuffnang

Tuesday, June 19, 2012

CREAM PUFF

Assalamualaikum...

Hari ini menyiapkan tempahan Cream Puff....
inilah hasilnya....
UPDATE...Seperti yg dijanjikan inilah resepi Cream Puff yg selalu akak guna. Kalau nak buat byk boleh gandakan bahan2nya k..Terima kasih kepada penyumbang resepi yg sedap ini - Yani.


CREAM PUFF
SUMBER : Yani@Myresipi
By : Sofea@after6am

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g) 
Cara-cara:

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. 1
    Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. 2
    Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. 3
    Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. 4
    Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. 5
    Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. 6
    Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. 7
    Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. 8
    Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. 9
    Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12. Nozzle
    Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

TENGOK GAMBAR DULU LAH YE..RESEPI NANTI AKAK UPDATE..MALAS NAK MENAIP ;)

13 comments:

  1. comeynya cream puf macam nak makan skrg jugak heee dah lama jugak akak takbuat ni dan dan teringin tngok ni

    ReplyDelete
  2. lawanya cream puff akak ni...kelau dekat nk juga order..hehe sedapnya:)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih K.NOOR, SHAHRIAH, NIEZA & ROHAH KERANA SUDI SINGGAH DAN TINGGALKAN KOMEN..:)

    ReplyDelete
  4. laaa ingatkan ada resepi..org baru nak salin..hahahhaha...saya tak ingat la dah salin ke belum resepi kak yani ni...ate dah bertahun salin resepi tak pernah nak cuba...kekekke

    ReplyDelete
  5. salam kenal.. nice swirl of d puff... d custard pun very d yellow gitu..

    ReplyDelete
  6. Assalam sofea,
    cantiknya creampuff tu..kita memnag suka tengok hasil creative sofea, semuanya bekenan tau..recipe2 diblog sofea pun banayk yang kita suka dan masuk list..

    ReplyDelete
  7. salam kenal dan berziarah disini..cantik crempff tu..comel2 jew:)

    ReplyDelete
  8. Salam Sofea, akk tak reti lg buat puff, berangan je laaa...

    ReplyDelete
  9. salam....cantik nya cream puff...nk jgk mencuba...tkasih ats sumbangan resepi

    ReplyDelete
  10. sedapnya..nanti nak buat jugaklah untuk anak. intinya kita boleh alter guna inti lain kan?..

    jom tukar2 exchange link ^__^
    http//:sihatmacamyaya.blogspot.com

    ReplyDelete