Assalamualaikum
Sesi menghabiskan inti & sos popia basah semalam, ptg ni buat popia goreng pula, tapi kulit popia tu akak beli yg dh siap. Pernah letak resepi di sini (My Resipi.)
POPIA GORENG
BY : Sofea/kfiza@Myresipi
(A) kulit popia secukupnya
(B) Inti :
50 Sen taugeh
1/2 biji sengkuang (sagat)
1 btg lobak merah (sagat)
2 sb udang kering
2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
2 ulas bawang putih
1/2 st serbuk kunyit
garam & lada sulah
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan tauhu, udang kering & serbuk kunyit.
2. Kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah disagat tadi.
3. Akhir sekali masukkan taugeh, garam & lada sulah secukup rasa.
4. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
5. Bentangkan kulit popia, letak inti dan gulung kemas. Untuk melekatkan hujungnya sapu dgn putih telur.
6. Gulung sehingga habis dan bolehlah digoreng hingga kekuningan.
7. Enak dimakan panas2, dicicah dgn sos cili @ boleh juga disapukan sos atas popia tadi dan ditabur dgn kacang/bawang goreng.
Sos :
3 sb cili kisar
2 ulas bawang putih (blend)
1 biji bawang besar (blend)
Air asam jawa
Gula kabung/ nisan
garam
Bijan (sangai)
CARA : Masukkan semua bahan sos kecuali bijan ke dalam periuk, kacau hingga mendidih dan pekat kemudian taburkan bijan. Selamat mencuba!
Salam...Alahai terliur lah pulak...ari tu lihat dlm masterchef depa pun buat popia..hehe teringat nak makan.
ReplyDeletekak..nak beli popia 5 ringgit..hutang dulu eh..
ReplyDeletesalam Sofea..
ReplyDeletesedapnya popia ada cicah sos yg bekenan sangat tang kacang tu nak beli jugak lah 10 hengget nak kalahkan Anna tu heee
aduhhh sedapnye popia tu...xtahan tgk yg buh sambal n kacang tu..nk 3 singgit bleh x...hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum Sofea,
ReplyDeletepopia memang kegemaran ramai, kegemaran kami sekeluarga juga... buatlah banyak manapun ... tak pernah tak habis! Terliur tengok popia di dapur Sofea...
W'salam... waduh popiah goreng semalam popiah basah.. terus tekak ni teringin...:))
ReplyDeletedah lama juga tak makan popiah goreng..terhingih terus la pulak..hehe
ReplyDeleteas-salam sis..
ReplyDeleteterliur dgn popia nih..
wsalam, TERIMA KASIH AMIE, SHAHRIAH, ROHAH & JUICY CAFE
ReplyDeletekerana sudi singgah dan tinggalkan komen..:)