Pages

Nuffnang

Saturday, January 7, 2012

AMERICAN CHEESE CAKE

Assalamualaikum..I'm back! baru berkesempatan mengupdate blog..pe2 pun masih belum terlewat nak wish Happy New Year 2012 buat semua pengunjung2 blog ni..Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya..pejam celik, pejam celik usia kita semakin meningkat..mcm tu juga lah dgn blog, dah setahun rupanye...Happy 1st Anniversary After6am..Muda lagi kan ! masih setahun jagung..Setakat ni After6am telah mempunyai seramai 228 followers.. Jutaan terima kasih diucapkan di atas sokongan anda. Ok lah, x nak taip panjang2 ..Jom tgk kek utk birthday my hubby ..terlewat celebrate, actually bulan disember, sebab nak tunggu semua berkumpul, tu pasal la lewat sikit! 

American Cheese Cake
Souce : Majalah saji
Bysofea@after6am 

BAHAN DASAR/ BAWAH: (Acuan spring foam saiz 9')
250 gm biskut marie (hancurkan)
100 gm mentega ( cairkan )

BAHAN KEK :
500 gm cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji telur
150 gm krim putar ( putar hingga gebu )
1 biji lemon (ambil jusnya)

Cara-cara:

Utk dasar: Gaul biskut dan mentega cair dan mampatkan dlm acuan kek ( guna acuan spring foam) . Sejukkkan dlm peti sejuk hingga keras. 
 
Utk adunan kek:
  1. Putar cream cheese dgn gula kastor hingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul setiap kali telur dimasukkan.
  3. Masukkan jus lemon,kacau rata.
  4. Kemudian masukkan krim putar yang telah dipukul hingga gebu terlebih dahulu.
  5. Tuangkan adunan dlam acuan yg telah diletakkan dasar tadi.
  6. Bakar selama 1 1/2 jam -suhu 150'c secara steam bath. Bila dh masak jgn terus keluarkan, biarkan kek sejuk dlm oven dgn cara merenggangkan pintu oven.
    **  kaedah memasak secara steam bath,so  acuan yg digunakan perlulah dibalut dgn aluminium foil utk mengelakkan air meresap ke dlm kek **

8 comments:

  1. wah pia, after6am dah setahun! dah pandai berjalan ek.. dah berapa batang gg tumbuh? hehehehe...

    tahniah buat after6am dan pia yg dah berjaya menjadi sorang blogger GMM yg makin hari makin hebat.. semoga terus mantop ya... :)

    ReplyDelete
  2. ehh lupa.. happy belated birthday buat en suami pia ya... semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya.. amin.....

    ReplyDelete
  3. Amiin..tq k.nor atas ingatan dan sokongan..:)

    ReplyDelete
  4. Salam Sofea..cantik cheese cake dan Happy blog anniversary...sebaya ya kita...dari segi blog..dari segi umur akak kategori veteran

    ReplyDelete
  5. salam sofea..selamat ulang tahun pertama semoga semakin bertmbah ilmu yg sama2 kita kongsi..tahniah ya...

    ReplyDelete
  6. happy anniversary after6am!! cantiknyer kek anniversary.. eh, kek bday rupa2nya. hihi..

    ReplyDelete
  7. salam sofea....hepi besday utk suami n blog after6am yer....semoga Allah permudahkan segala urusan....Aminnnn

    ReplyDelete
  8. happy anniversary kak....sedapnya cheese cake..saya tengah minat dgn cheese cake sekarang ni..dulu tak suka...hehehe

    ReplyDelete