Pages

Nuffnang

Tuesday, September 13, 2011

TETAMU DARI TERENGGANU & MEE KARI

Assalamualaikum...Hari sabtu 10 sept 2011, ada tetamu dari jauh datang beraya, Terima kasih  K.Ani & Suaminya Hj Suhaimi serta keluarga kerana sudi bertandang ke rumah kami..Actually k.Ani ni kawan semasa  tinggal di Quarters TNB Paka dulu..Selepas pindah ke Penang tahun 2007 ni kali pertama berjumpa semula..Kalau mai penang lagi singgah2 la rumah ye!

Tetamu sdg menikmati juadah yg dihidangkan...

Sori ye kalau x sedap..:)

Jgn malu2..kalau sedap boleh tambah lagi! :)

Menu biasa2 je..mee kari dan air laici serta biskut2 raya


MEE KARI
sumber: Chef Hanieliza
By : Sofea@after6am

Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buang akar ~ rendam dlm air panas sekejap)

Bahan Tabur
Tauhu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
bawang goreng
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam ...potong kecil
kerang ~ rebus dan ambil isi
1 paket chicken ball @ fish ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam

Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah, kacau hingga pecah minyak
2. Masukkan ayam dan santan, bila dh mendidih masukkan  isi kerang, fish cake & fish ball. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan2 tabur.

6 comments:

  1. sedapnya mee kari..
    masa raya tu puas gak mas makan mee kari..he3

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak,kak mee balik pulau tu kalau kena kuah tak jadi megrah ka?

    ReplyDelete
  3. sedap mee kari lama tak makan..:) selamat hari raya

    ReplyDelete