Pages

Nuffnang

Friday, April 5, 2013

FRUIT TART

Assalamualaikum...

Semalam Bluberry Cheese Tart
Hari ini akak kongsi resepi Fruit Tart pula..
Untuk Tart Crust / Shell boleh ikut resepi di SINI..


CREAM CUSTARD
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

1 liter susu segar
130 gm tepung kastard
150 gm gula @ ikut manis
3 biji telur gred A
1 sk esen vanila

CARA:

1. Masukkan 1/2 liter susu ke dalam mangkuk, kemudian masukkan tepung kastard dan telur.
2. Gauk dgn whisk sehingga tepung & telur sebati. kemudian tapis. Ketepikan.
3. Lagi 1/2 liter susu masukkan dalam periuk , panaskan sebentar dan masukkan gula.
4. Kacau hingga gula larut dan masukkan adunan kastard yg telah ditapis tadi.
5. Kecilkan api dan kacau selalu hingga masak.  Part ni kena jaga2 sbb nanti hangus.
6. Angkat & biarkan sejuk. Cream ni masa panas cair sedikit tapi bila sejuk akan pekat.
7. Masukkan cream custard tadi ke dalam pipping bag dgn nozzle yg sesuai dan paip ke dlm tart crust.
8. Susun buah2 spt. strawberry, kiwi, anggur @ buah2 lain yg disukai di atasnya.



Sesuai utk semua majlis, hantaran pertunangan/ perkahwinan, Makan beradab, Birthday, Hari raya etc.

2 comments:

  1. sedapnya

    lama dah craving nak makan fruit tart ni, tapi tang nak buat shell dia yg malas tu

    ReplyDelete
  2. cantik,dan dah lama akak tak buat

    ReplyDelete