Pages

Nuffnang

Wednesday, April 3, 2013

BLUBERRY CHEESE TART


Assalamualaikum...
Selamat bertemu kembali..
Setelah sekian lama menyepi..
Terlebih dahulu mohon ampun & maaf
kepada pengunjung2 blog yg kadang2 timbul
kadang2 tenggelam ni sbb dh lama x update..
Ok..jom tgk apa resepi kita untuk hari ini...
T.kasih kepada penyumbang resepi cheese tart yg sungguh sedap! 
Lagi satu resepi yg pernah akak cuba dan x kurang sedapnya boleh tgk di SINI..:)


BLUEBERRY CHEESE TART
Sumber : Sofea@after6am
Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. 
  5.  Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

 Sape2 yg nak cuba buat tart yg sedap ni boleh tgk cara2 & dan tips di SINI
@ Boleh je order dgn akak...hehe

4 comments:

  1. Assalamualaikum..cantik kemas je....yg pasti sedap

    ReplyDelete
  2. Assalam Sofea,
    wah lama juga menyepi ..harap sihat2 selalu..
    wah hari tu nampak Nor Terengganu buat guna recipe ni juga..pasti sedap kan..lain kali nak cuba lah juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ayu..
      Alhamdulillah sihat walafiat
      Try la buat Ayu, insyaallah sedap!

      Delete