Pages

Nuffnang

Thursday, November 8, 2012

APAM POLKADOT

Assalamualaikum..

Apam yg sedap dan gebu, kesukaan anak2
boleh dibuat pelbagai corak & warna
juga letak inti pelbagai rasa spt, bluberry, strawberry, coklat,
kelapa & yg ni akak letak inti kacang merah.


APAM POLKADOT
RESEPI : Lilydvalley MyResipi - APAM COMEL INTI KELAPA
SUMBER Resepi Rahsia Apam Polkadot
BYSofea@after6am 

BAHAN-BAHAN:

 275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing2
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan

CARA-CARA:
 1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.


3 comments:

  1. sedap ni apam polkadot lama dah akak tak buat nnti nak buat lah utk mkaan2 teringin tengok yg bolat2 tu

    ReplyDelete
  2. salam kak, gebu apam yg akak buat ni..cantekk..

    ReplyDelete
  3. wahhh gebu & tembamnya apam polkadot akak..teringin plak rasanya

    ReplyDelete