Assalamualaikum...
Menu simple je hari ni..kari ikan tenggiri, Alhamdulillah dah siap masak, tapi x leh lunch lg...tunggu anak balik sekolah makan sama2..jom tgk bahan2 utk buat kari ikan, mudah je kan..!
KARI IKAN + BUNGA KANTAN ~my style
by : Sofea@after6am
Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan tenggiri @ apa2 jenis ikan
1 paket kecil rempah kari ikan ~ bancuh dgn air
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 biji cili hijau*
air asam jawa
garam
santan secukupnya
5 biji bendi
1 biji tomato
1 kuntum bunga kantan
sedikit daun bawang
utk tumis:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2 st halba campur
minyak
cara:
1. Ikan dicuci dgn 1 biji limau nipis dan sedikit garam utk hilangkan hanyir~ bersih & toskan.
2. Blend bahan2 yg bertanda*.
3. Panaskan minyak tumis bahan tumis hingga bawang kekuningan dan masukkan bahan blend. Kacau hingga naik bau dan masukkan rempah~ buka api sederhana dan tutup periuk, biar rempah masak dgn sempurna sambil dikacau sekali sekala hingga pecah minyak.
4. Bila dh pecah minyak masukkan air asam jawa, santan dan garam secukup rasa. Tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ikan dan renehkan sebentar kemudian masukkan bendi, tomato dan sebelum padamkan api masukkan bunga kantan & daun bawang.
6. Siap utk hidangan mkn tengahri @ makan mlm bersama nasi putih.
Dh siap ! kalau tak nak mkn dgn nasi, boleh cicah dgn roti...
kak sofea...
ReplyDeletegeng la kita hari nie....
mas pun masak kari ikan, tapi ikan siakap....
cicah ngan roti pun bestkan...
Mas, mcm berjanji lak kita ye :)
Deletesedap ni... sy suka kari ikan berbanding kari ayam.. hehee..
ReplyDeletemst wangi bau kari ni kan, sbb ada bunga kantan...Liza mmg suka dgn masakan yg ada bunga kantan ni...
ReplyDeleteamboi sedapnyaa nampak gulai cheq.. boleh cuba ni buh bunga kantan.. thanks for the idea Sofea.. :)
ReplyDelete