Assalamualaikum..
Menu roti lagi hari nii...
T.kasih kepada penyumbang resepi yg simple tapi sedap nii..MamaZieza & K.Nor@SecubitGaram
Kalau ada lebihan roti kat rumah tu boleh la cuba buat ye !
CRISPY ROTI POKET
resipi : K.Nor@SecubitGaram
idea resipi : MamaZieza
BY : Sofea@after6am
Bahan2 :
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
1 biji telur
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~ k.nor guna white breadcrumbs
sos cili
minyak untuk menggoreng
Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY ~ k.nor guna daging ayam
1/2 batang lobak merah ~ dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis ~ dihiris nipis
1/2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 biji cili merah ~ dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup ~ dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam
Cara2:
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak.
Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi.
Masukkan kedalam sebuah bekas/mangkuk besar.
Masukkan lobak merah, kobis, bawang besar, cili merah dan daun sup. Gaul.
Masukkan pula mayonis, serbuk lada hitam dan garam. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan
Canai/gelek roti dgn kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis hingga habis.
Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yg sepadan dgn saiz roti). Buat hingga habis.
Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti.
Kemudian salutkan roti td dgn breadcrumbs hingga rata.
Goreng roti dlm minyak yg dah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika menggoreng.
Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi.
Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut.
Buatlah sehingga habis.
Hidangkan atas pinggan dan picitkan sedikit sos cili utk menambah keenakkannya..
* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur. (telur juga lebih jimat, tak abis 1 bj pun)
** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack). Api biar sedang2 jer..
*** lebihan inti boleh dibuat sandwich atau dimakan dgn croissant.
salam kak pia, Liza dah lama simpan resepi ni tp tak tau la bila nk buat....hihihii
ReplyDeleteliza, cepat la buat..sedap taw ;)
Deletealahai sedapnya...crispy tu yg membuat terbayang2 kerangupannya..
ReplyDeleteSedappp nya kak pia..aritu dah try..tp tak ter snap gamba sebab masing2 dah kebulur..hihi..
ReplyDeletekak,dah try apam mentega..sgt sedap! ^_^ terima kasih ye kak
nakkkkk....
ReplyDelete