NASI SERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram
2 cawan beras ~ k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill
Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.
.....Dh masak nasi serai tu kena la gu dgn lauk yg sesuai, antaranya....!
kari sotong
Ayam Bakar Berempah
Salad
amboiiii... baru baik demam bukan main lg meriah menu ya... dah la ada kari sutun, siap ayam bakar lg! ish3... demam nak dpt adik baru ke nih.. hihihihi
ReplyDeleteAdik baru? hahahahahahahahahahahaha
ReplyDeleteSalam kak sofea, panggil akak ke?..hmmm sedapnya nasi serai dan lauk pauk akak hari ni...sungguh mengoda lak nengok mlm2 ni terus rasa lapar..hehe btw saya kg kat Nibong tebal kak tapi keja kat bkt jambul, MIL kat sg.nibong tapak pesta..akak dok kat mana lak?nanti blk penang leh la jumpa kan..:)
ReplyDelete