Pages

Nuffnang

Friday, January 7, 2011

DARI PENANG TERBANG KE JAWA..

....Salam Jumaat, sekejap je dh seminggu kita berada di thn 2011..Alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di hari ini..semoga kesempatan yg ada kita gunakan sebaik mungkin...Hari ni anak2 sekolah balik awal..so kena la masak cepat skit..setelah berkungfu di dapur tadi maka siap lah lunch utk hari ni...org2 rumah ni x kisah masak ape pun, semua bedal..asalkan ada makanan..hari ni x  masak nasi tapi akak masak mee jawa.

MEE JAWA
ResepiChef Hanieliza
Sumber: sofea@after6am

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan akarnya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris) (guna 1 biji )
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
3 batang serai *
Sedikit halia *
sedikit lengkuas *
100 gm udang kering *
2 s/b cili kisar -( akak tambah 3 sb lagi)
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
(blend halus bahan bertanda *)

 
Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.





Buku yg menjadi rujukan akak kalau nak masak mee, mihun & kay teow..mmg menepati selera ..Tq Chef ! 

 
 

4 comments:

  1. dr trg ke penang, terus ke jawa... mee jawa 3 mangkuk pls :)

    ReplyDelete
  2. x pe kita hantar 3 mangkuk besar, sbb rumah k.nor ramai..tunggu kat tangga ye! ;)

    ReplyDelete
  3. salam sofea..cikmanggis buat kunjungan balas ni..wah sedap ni..makanan kegemaran Cm ni jika dapat makan dgn lada jeruk sedapp

    ReplyDelete
  4. Dari Miri dah sampai ke Jawa nak join Sofea & gang2 lain... semangkuk please....hehe

    ReplyDelete