DONUT KELEDEK
Resepi : K.Nor@secubitgaram
sumber: sofea@after6am
Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek (guna keledek oren)
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ml air suam
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula ~ ( letak 2 1/2 sb gula)
3 sudu kecil yis ~ ( letak 2 1/2 sk yis)
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. (akak guna acuan donut) Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula (guna caster sugar) ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..!
sebelum dimake up...
Dh siap make-up..sedia utk dingapppp! mmg gebu
donut ni..rugi kalau x cuba...!
cantiknya donut keledek neh..nanti teringin gak nak beli keledek
ReplyDelete>>>izah, jgn buang masa cepat g beli keledek, sedp & gebu donut tu..anak2 msti suke!
ReplyDeletesiap sarapan dgn donut keledek arini ya.. mekasih bg donut tu ke k.nor .. lembut kan bila ada keledek dlm tu.. kaler pun cantik jer :)
ReplyDeletetul la knor..sejuk pun still lembut lg..mkn gitu je pun sedap..x payah makeup2..:)sekali bancuh dpt byk beb! nasib terap dgn acuan besar.
ReplyDeletesalam kak, cantik dan gebu la donut keledek tu...geram mas tengok....
ReplyDeletewsalam mas..akak pun sbb geram la terjadinya donut tu..buat tau mas! gerenti x geram lg!
ReplyDelete