Pages

Nuffnang

Sunday, January 16, 2011

JOM BERCUTI KE ARAB...

Assalamualaikum Ya Habibi Ya Maulana...kai fahalukum? Ana Alhamdulillah bilkhairrrrr...:) tercakap arab le pulak lepas makan roti arab niiii..hehehe....lama dah x buat roti ni, sbb x masak nasi hari ni tu psal la kena buat sesuatu yg boleh mengenyangkan..mmg kenyang beb! kena 2 biji pun dah cukup...Resepi dan cara buat akak pernah letak kat sini.


MasyaAllahhhh...sedapnyer bila cicah dgn sambal pedas daging..!

Alhamdulillah dengan rezeki  yg Allah kurniakan hari ni..


ROTI ARAB

Bahan-bahan ( 16 biji )

  • BAHAN A :
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • BAHAN B :
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng
  • Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

Cara-cara

  1. Penyediaan yis (bahan A): masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. Tutup dan biarkan sebentar. Yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Tepung gandum + gula + garam + marjerin , gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. Kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2. Uli hingga jadi doh.
  4. Doh harus lah lembut dari doh roti canai. Tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain. Tak mengapa jika adunan melekat ditangan,  jgn tambah tepung.
  5. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. Selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul. Buat bulat2.
  7. Ambil sebiji dan canai. jgn terlalu nipis. agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung. canai hingga habis.
  8. Bila selesai semuanya boleh digoreng. Semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung. Api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. Alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging...SELAMAT MENCUBA..!

6 comments:

  1. perhhh..kembung betoi roti arab tu.....cantikk..

    ReplyDelete
  2. ana juga mau mkn ini roti arabla....anta ada simpan sama ana lagi ka?..hehe arab celup mai dah ni...akak dah tido ke?...btw gebus nengok roti arab ni..:)

    ReplyDelete
  3. fuh mmg best la pekena roti ni ngan sambal daging...nak tanya la kak, yis tu tak banyak sangat ke kak untuk 500gm tepung tu?kuat tak rasa dia..nak try la, hubby suka makan camni.

    ReplyDelete
  4. TO Mas...kalau kena cara masa menggoreng tu mesti jadi kembung..api jgn terlalu kuat.

    ReplyDelete
  5. Nieza...alamak, sudah kehabisan lahhh! lain kali aje lah...hehehe

    ReplyDelete
  6. Izah...Yis tu kalau izah nak kurangkan leh letak 4 sk @ guna guna 1 peket yis mauripan pun x pe..x rasa yis pun masa mkn...cuba lah ye! ;)

    ReplyDelete