Pages

Nuffnang

Tuesday, February 22, 2011

BREAD PUDDING - VERSI 2

Buat ptg semlm, kesukaan hb & anak2..byk gak kumpul resepi bread pudding ni..bahan2 & cara membuatnya lebih kurang sama, tapi sosnya ada yg guna tepung kastard dan ada yg guna tepung gandum..kali ni cuba resepi sos yg guna tepung gandum..sosnya agak cair sedikit tapi sedap dan kena dgn selera. sumber resepi x tau dari mana sbb main salin je dan lupa nak tulis siapa punya resepi so, jika resepi ni adalah resepi anda harap beritahu ye ..!



BREAD PUDDING

Bahan-bahan:
Roti secukupnya
2 cawan susu cair
2 sb mentega
gula ~ ikut manis
3 biji telur
esen vanila
kismis

cara:
1. Panaskan susu & mentega- kacau hingga mentega cair- x perlu mendidih- tutup api - biar suam.
2. Pukul telur bersama gula dan vanila dan masukkan susu tadi - no: 1
3. Susun roti  dalam bekas yg telah digris dgn mentega dan tabur kismis disetiap lapisan roti yg disusun.
4. Tuang adunan susu tadi. Biarkan selama 10 min sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 180'c selama 20-30 min @ sehingga masak.

Bahan2 sos:
1 cawan fresh milk@ susu cair
1 sb mentega
gula ~ ikut manis
esen vanila
1 sb tepung gandum
secubit garam

Satukan semua bahan, panaskan sambil dikacau selalu hingga mendidih.
sos kelihatan agak cair semasa panas, jgn tambah tepung sbb akan pekat jika dh sejuk. Selamat Mencuba!



sos tepung gandum, kalau nak sos tepung kastard boleh rujuk sini

3 comments:

  1. sedapnyer kak... dah terliur kat anak tekak nih! kiter suker puding roti yg ada kuah cenggini...

    ReplyDelete
  2. akak, nk skit..hari ni nk tukar ngan kek lemon kuda belang lak hehehe tapau lbh skit tau nieza suka puding ni..ekekeke

    ReplyDelete