Pages

Nuffnang

Friday, February 4, 2011

PUDING ROTI SOS KASTARD

Ni projek dgn anak2 ptg tadi...sessi mengerjakan roti2 yg x habis dimakan..sebelum cendawan tumbuh dan sebelum masuk tong sampah lebih baik buat sesuatu...selamat dan x membazir..puding roti..sapa yg x suka..sedap je bila lalu kat tekak ni tambahan pula dgn sos kastard yg harum tu..! mmg byk kumpul resepi puding roti tapi kali ni cuba resepi dari blog Hana..Puding Roti Sos Kastard



Bahan-bahan:-

  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je ~akak ltk 2 sb
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.~akak tabur badam keping
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastard - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.

6 comments:

  1. salam kak..sedapnya nampak..selalu beli roti nak belajar buat puding ni..tak sempat lagi buat..anak2 mkn roti habiskan hehe..

    ReplyDelete
  2. akakkkkk... nape sampai mcm tuh skali posingnyer?? huwaaaa... menjejes air liuq sebaldi!

    ReplyDelete
  3. Ini pun favorite Ipoh, memang kalu buat gurantee , tapi pudding Sofea memang menggoda abis.

    ReplyDelete
  4. terliurnya tengok puding ngan sos kastad tu.....sedapp la...

    ReplyDelete
  5. salam,t.kasih pada semua (suri,hana,k.paty,mas) yg sudi singgah dan mmberi komen..! ;)

    ReplyDelete
  6. Made this pudding before...truly yummy! ;)

    Akak...pass me some pls ;)

    ReplyDelete