Pages

Nuffnang

Wednesday, August 24, 2011

MARBLE SHORTBREAD

Assalamualaikum..24 ramadhan 1432H, menambahkan lagi koleksi biskut raya..bagi sape2 yg pernah buat biskut ni senang je kan..janji mesti ada tray bercutter, biskut ni kalau nak beli mahal beb! sbb banyak guna coklat. Kalau nak buat boleh tgk step by step kat sini, resepi copy paste dari blog CMG@Dapur Tanpa Sempadan.

MARBLE SHORTBREAD
RESEPI : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan
BY: Sofea@after6am

Bahan Shortbread:-
300 g tepung gandum
125 g gula halus
80 g serbuk badam
250 g mentega
110 g susu tepung

Coklat Topping:-
350 g coklat masakkan (mat guna jenama "tulip")
1 camca teh shortening
200 g white cooking choclate

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2 untuk shortbread dalam satu bekas, gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut. Keluarkan alat pemotong dari acuan, alas dasar tin dengan kertas minyak, biar besar dari saiz tin.
  2. Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan2 supaya sama rata dan seimbang. Masukkan kembali alat pemotong dan tekan perlahan hingga rata. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan alat pemotong tadi dan biar shortbread betul2 sejuk.
  3. Panaskan coklat masakan secara double - boiler, bila coklat cair, masukkan shortening dan kacau hingga rata. Angkat coklat tadi dan tuang atas shortbread. Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan shortbread. Ketepikan sebentar.
  4. Cairkan white cooking chocolate secara double - boiler. Bila cair masukkan dalam piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat tadi. Bila siap. Ambil lidi sate atau chopstick, lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih tadi hingga mendapat corak yang diingini.
  5. Kemudian, masukkan kembali alat pemotong tadi dan tekan perlahan2. Sejukkan dalam peti sejuk hingga colat keras, keluarkan alat pemotong dan boleh diasing2kan shortbread tadi sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

4 comments:

  1. perhhh...sedaapnya mas tengok kak...
    mengeliurkan betoii..

    ReplyDelete
  2. sedapnya...tak pernah buat tau bli je sbb takde loyang cutter tu..hehe

    ReplyDelete
  3. betul tu.. memang mahal kalau beli.. sy ada gak loyang cutter tu.. tpkan.. baru sekali jer buat kukis ni.. hehehe.. tengok sofea dok buat ni rasa mcm teringin pulak nak buat lagi...

    ReplyDelete
  4. Salam. Macam sedap je. Rasanya nak buat lepas nie..

    Ada masa jenguklah blog saya. Jangan lupa bagi nama FB yea. Terima kasih.

    ReplyDelete