Pages

Nuffnang

Friday, June 10, 2011

PUDING TAUHU

Jom segarkan tekak dgn puding tauhu laici yg sejuk dan nyaman ini..dah byk kali buat tapi x sempat nak snap gambar, puding fav seisi keluarga. Resepi dari K.Nor@SecubitGaram. K.nor kita c&p resepi kat sini  ye, utk rujukan di masa depan..kalau nak tau sedap ke tak, kena la buat sendiri ok ! & pasti sekali rasa mesti nak lagi..!



PUDING TAUHU

Bahan-bahan:

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2:
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.

6 comments:

  1. bak sket.. utk sejukkan anak tekak ni :)

    ReplyDelete
  2. uiks mengancamnya ,dah lama kiv tapi asyik lupa nak beli agar2 yg tali tu

    ReplyDelete
  3. sedap sedap.. trasa2 lagi kat tekak

    ReplyDelete
  4. k.nor, mimi, izah..nak mai la ambil, ada lagi dlm p,ais ;)

    ReplyDelete
  5. Salam sofea...
    sedapnya...kat sini pun dingin je cuaca. tambah pulak kalau dpt makan tauhu ni...

    ReplyDelete
  6. akak.....mas suka sangat ngan puding laici tu...
    sedapp kan kak..
    memang terbaik puding ni...

    ReplyDelete