Pages

Nuffnang

Saturday, February 5, 2011

HOLIDAY SPECIAL~ STEAMBOAT~

Cuti2 ni ramai adik beradik balik kg..so my SIL jemput semua ke rumah barunya utk adakan  majlis doa selamat, dimulai dgn solat maghrib & isya' berjemaah serta bacaan Yaasin. utk majlis tersebuat akak telah menyediakan semua bahan2 utk membuat steam boat, manakala my SIL menyediakan BBQ. Mmg tak pernah buat steamboat nii..makan tu pernah la..la ni kan senang, search je dlm internet..jumpa satu resepi kat sini  ..tgk bahan2 mmg banyak..tapi bila buat x de la susah sgt..just masak sup & tom yam pas tu perapkan daging, ayam, udang & sotong. Jom tgk apa yg akak telah sediakan..! ;)


STEAMBOAT
Souce: IlahJY

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging ~hiris setebal 2cm- perap dgn 2 sb minyak bijan, 1 sk lada sulah & 1 sb tepung jagung
1 ekor ayam ~ ambil isi shj hiris sama besar dgn daging & perap spt daging~tulang buat sup
1/2 kilo udang sederhana besar~ buang kulit & biar bhgn ekor shj-perap spt daging
3 ekor sotong kembang ~ potong & perap dgn 1 sk lada sulah shj.
~semua bahan yg telah siap diperap - masukkan dlm peti ais.

Bebola ikan, bebola sotong, bebola udang, bebola ayam, jejari ketam & fish cake ~ potong ikut suka

Sayur-sayuran spt ~ carrot, saleri, kobis panjang, pak choy , bunga kobis & cendawan
Sos cili merah ~ 10 tangkai cili merah + 8 biji cili padi (resepi asal x letak)- buang biji + 1/2 in halia + 4 ulas bwg putih ~ blend halus- tumis seprti buat sambal tumis + garam & gula secukup rasa- masak hingga pekat. Ikut resepi asal letak air liamu kasturi tapi akak x letak sbb x semua org suka limau. So time makan sape2 yg nak limau boleh letak sendiri.

Minyak bawang ~ 10 ulas bwg merah- hiris nipis, 5 ulas bwg putih- cincang halus. Panaskan kuali, tuangkan 1/2 cwn minyak, gorengkan bwg merah hingga kekuningan- angkat. Minyak yg sama gorengkan bwg putih hingga kekunigan dan tuangkan semuanya dlm bekas tahan panas- biarkan sejuk baru masukkan gorengan bwg merah tadi. kacau rata. Salah satu bahan utama utk menyedapkan steamboat.

 mee, bihun & kay teow.

Sup Ayam
2 rangka ayam ~ potong 4
2 kiub ayam
air secukupmnya- setelah semua masak tapis utk mengasingkan tulang2 ayam.

Sup Tom Yam
1 btg serai
3 kiub tom yam
2 helai daun limau purut
air secukupnya- setelah masak buangkan serai dan daun limau purut.

Cara memasak bahan2 steamboat:
1- Kuah sup yg telah masak dimasukkan dlm bekas steamboat ( kalau xde oleh guna rice cooker)
2- Bila mendidih masukkan 2 sudu minyak bawang & dan bolehlah masukkan daging, ayam, udang sotong , semua bebola dan sayur2 yg telah disediakan.
3- 3-4 minit dh siap utk dimakan. Sedap dimakan bersama sos cili merah. 

Cara memasak mee/bihun/kay teow sup:
1- Bila semua bahan utama tadi habis dimakan, tibalah utk menu terakhir.
2- Guna saki baki kuah dlm bekas tadi + 1 sb minyak bawang & pecahkan 1 iji telur
3- Bila mendidih masukkan mee dan sedikit sayur, tutup sebentar dan siap utk dihidang. Sapa2 yg teringin nak mkn steamboat, jemput kwn2, saudara mara dtg rumah..makan ramai2 baru meriah..! selamat mencuba!


9 comments:

  1. salam kak sofea
    wah tahniah krn dah melaksanakn misi besar niii ilah jy belum pernha try lagi kak..cuma simpan utk tatapn kita jer..
    mengancam ni mcm2 kak masak..makan besaqq sempena CNY la ya hehehe..

    ReplyDelete
  2. wsalam ilah
    tq, tq..mula tu x berani nak buat, sbb tgk bahan2 mak aii byk betul...tapi kalau x try bila lagi kan?...kira mkn besaq la sbb adik beradik ramai..semoga Allah murahkan rezeki org yg menyumbangkan resepi tersebut..;)

    ReplyDelete
  3. bestnya steamboat.....makan ramai2 lak tu...perhh....memang syokk..

    ReplyDelete
  4. fuiyoooooo nih yg best niehhh macam2 ada... tak payah teka2 mmg tau sedapp! kakk... jgn abeskan... simpan semangkuk jd lah! hihi

    ReplyDelete
  5. sadappp weh....lgi² makan reramai ngn famili and kenkawan...😊😊

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Thank you for your post, myself very happy to read it because it can give me more insight, thanks.. Visit my blog..thankyou

    Judi Online

    ReplyDelete