Pages

Nuffnang

Thursday, October 6, 2011

NASI MINYAK BERIANI

Assalamualaikum..korang pernah dengar or makan tak nasi minyak beriani ?  Actually akak pun x pernah makan..hehe, ni ceritanya..mula2 tu nawaitu nak masak nasi minyak , dah siap semua bahan time nak menumis terpandang lak rempah beriani, so ambil 2sb rempah bancuh ngan air terus masukkan dalam tumisan dan masaklah macam kita masak nasi minyak biasa..dan inilah hasilnya..nasi yg sedap, lembut dan berbau harum. Nak resepi? Boleh..ni akak serta gambar dan resepi , cubalah kalau nak tau sedap ke tak ? :)


NASI MINYAK BERIANI

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi ~ rendam 1/2 jam, bilas & toskan
1 cawan fresh milk
air secukupnya
garam & gula 
kismis

utk tumis:
3 sb minyak sapi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 helai daun pandan ~ simpulkan
2 sb rempah beriani ~ bancuh dgn sedikit air

cara:
1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan tumis , kacau hingga wangi.
2. Masukkan rempah beriani dan kacau hingga pecah minyak
3. Kemudian masukkan beras, susu, air ,garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kismis.
4. Cara 1-3 akak masak guna dapur biasa, selepas masukkan kismis, kacau sebentar dan alihkan ke rice cooker.
5. Setelah siap masak bolehlah dihidang dgn lauk2 yg sesuai.

Dalca

Ayam Goreng Berempah

Acar Limau ~ mak bagi..

7 comments:

  1. salam...
    mak aik sedap nyerrrrrrrr tgk lauk pauk akk nie..ayam berempah tuh sgt mengoda ku...

    ReplyDelete
  2. wsalam Aroha..jemput2, ada lagi ni utk dinner nanti..;)

    ReplyDelete
  3. meriah betul lauk hari ni...hehhhe...rempah briani akak guna cap apa?

    ReplyDelete
  4. Q..rempah beriani tu kwn akak dari johor bagi..Rempah Beriani Sharifah.

    ReplyDelete
  5. Saya pun tak pernah makan nasi ni kak. Tapi nampak cantikk jee nasi tu. Akk saya baru perasan rupanya apam mentega akak tu sama dengan apam mentega gulabhangus. Resepi akk juga tapi di halfkan aje. Tak perasan betul.. Dia tak letak resepi asalnya dari sapa. Dandiubah cara membuatnya juga. Saboo jela. Patut la tak de beza sangt rasa ngan apam mentega akak tu. Sebab saya pernah buat dah apam mentega resepi aka tu yg kena perap tu kan. Saboo jela. Maaf ye kak. Saya tak perasan . Nanti saya letak n betulkan link tambah link aka. Tq kak bagitau.. Maaf sangat. Tadi ni baru perasan akak punya komen

    ReplyDelete
  6. Hahaha suka..suka..suka. Kita yang buat dia kan kak

    ReplyDelete