KARI SOTONG
BY : Sofea@after6am
5 ekor sotong sederhana besar
3 ulas bawang putih ~blend
1/2 biji bawang besar ~ blend
1/2 in halia ~ blend
1 paket kecil serbuk kari daging ~ bancuh dgn sedikit air
1 sb cili kering mesin
2 tangkai daun kari
sedikit kulit kayu manis
2 biji ubi kentang
1/2 batang carrot
1 biji tomato
1 biji cili hijau
santan secukupnya
garam
minyak utk menumis
Cara:
1. Bersihkan sotong - buang dakwat serta semua kotoran yg ada dan buang kulitnya. Gaulkan sotong dalam air limau nipis dan sedikit garam kemudain bilas bersih dan toskan. Terpulang pada citarasa masing2 nak masak sotong sekor2 @ nak kerat2.
2. Panaskan minyak dalam pressure cooker dan tumis bahan yg telah blend, daun kari, kulit kayu manis hingga harum dam masukkan rempah kari & 1 sb cili kering mesin . Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan air secukupnya dan tutup pressure cooker tadi. Tunggu lebih kurang 20 minit , buka tutup periuk dan check sotong tu dh lembut @ belum- jika belum boleh teruskan merebus (bergantung pada saiz sotong, kalau kecil may be sekejap sj)
4. Bila sotong dh lembut masukkan ubi kentang dan carrot - tambah air jika perlu. Bila kentang & corrot empok masukkan santan .
5. Masukkan garam dan akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau. Perlahankan api dan biarkan kari mereneh. Siap utk dihidang dgn nasi putih @ dicicah dgn roti.
Ada sape2 suka janggut sotong?
Cicah dgn roti pun best jg !
woww ada kari sotong..leh tumpang lunch kt sini..hehe!
ReplyDeletekari sotong makan dgn nasi kandaq.pasti terangkat.mmmmmm rindu kat nasi kandaq..huhu
ReplyDeleteakak saya nak janggutnya...hehehhe..dari kecik memang suka makan janggutnya....senang ye kak masak dlm pressure cooker nih..kita tak dek la...huhuhu..
ReplyDeletepsst..kak pia..bukan hari tu kata nak tutup blog ke? hahahhahah
hahahah Q kasi racun ,kak nak gulai sotong lamanya tak buat
ReplyDeletehai lamanya tak mkn sutun..kena tggu baby besar dulu ler..
ReplyDelete