Pages

Nuffnang

Friday, August 19, 2011

PIZZA

ASSALAMUALAIKUM...Bersua kembali , Lama juga x update blog..bukan x masak tau,cuma x sempat nak snap gambar.. tuan rumah teramatlah busy dgn kerja2 menjahit yg belum selesai...x nak celoteh pnjg2 , ni menu berbuka semlm ( 18 Ramadhan)..atas permintaan anak dara  yg tinggal seorang kat rumah nii...semalam berbuka berdua je sbb En hb berbuka di hotel..Actually pizza ni guna tepung gandum je, sbb tepung roti dh kehabisan so hentam sajalah..alhamdulillah lembut walaupun dh sejuk..!


PIZZA HENTAM SAJALAH..
BY : Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung roti ~ akak guna tepung gandum cap sauh
1 paket Yis mauripan ~ 11 gm
2 sb gula
1 sk garam
21/2  sb water roux
31/2 sb mentega
air ~ lebih kurang 1 cawan @ ikut lembut

Topping
sos spagetti cendawan
capcicum merah & hijau ~ potong dadu
sosej ayam~ potong serang
isi ketam
mozarella cheese

cara:
1. Yis + 1 st gula + 1/2 cawan air suam ~ kacau dan biar hingga berbuih.
2. Masukkan tepung dlm besen campur semua bahan termasuk yis tadi dan uli sambil letakkan air sedikit2 hingga jadi doh. Kalau nak guna BM pun boleh!
3. Bahagi doh kepada 6 bahagian dan perap 30 min.
4. Ambil sebiji doh  dan leperkan , buat sehingga habis.
5. Letakkan doh yg dileperkan tadi ke dalam try dan cucuk2 bhgn tengahnya  dgn garpu.
6. Bakar 10 minit dalam oven pd suhu 170"c.
7. Keluarkan dari oven dan letakkan topping. kemudian bakar semula pada suhu 180'c - 20 min @ sehingga masak.
8. Selepas dikeluarkan dari oven sapu bahagian tepi pizza dgn olive oil @ mentega.

 

 Ni la crust pizza yg dibakar 10 min sebelum diletak topping..kalau byk masukkan dalam plastik dan simpan dlam p.ais.

2 comments:

  1. Kak Pia sayang.... Sedapnyer kak.... Cantik molek jer kejadian pizza akak.... Anak saya dari awal ramadhan request suruh wat pizza ni.... Ada pizza crust lebih tak.... post 4 kat sini eh..... Terima kasih kak...

    ReplyDelete