Pages

Nuffnang

Friday, August 5, 2011

MOIST CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum..Salam jumaat yg mulia, penghulu segala hari @ sayyidul aiyam (hari yg sebaik2 hari) ..selamat meneruskan ibadah puasa pada hari ke 5 ramadhan..Semoga hari ini lebih baik dari hari2 yg telah berlaku...Alhamdulillah sempat juga menyiapkan tempahan Moist Chocolate Cake selapas solat tarawih semalam...Saat semua org enak dibuai mimpi , tinggallah seorang m.cik ni ..terhinggut2 menopping kek..akhirnya siap juga...dh siap ada lagi kerja yg perlu diselesaikan..apa lagi kalau bukan kerja mengemas dapur yg dh mcm di landa garuda..lepas tu nak kena masak utk sahur pula..dalam hati kan best kalau ada bibik...hehe , dan dalam hati juga tertanya2 ada gak org nak mkn kek bulan puasa ni ye! Eh, tapi tu rezeki jgn ditolak, kdg2 rasa x nak buat sbb barang2 mahal, tapi dh ada org order, kena la buat!



Moist choc cake
Resepi: dari kelas masakan
sumber: sofea@after6am
 
Bahan-bahan:

3 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula castor
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung/ minyak masak pun boleh
1/2 cawan susu pekat manis
1 2/3 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

cara:-
1. campur koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak dlm periuk. masak sebentar atas api kecil sehingga semua bahan larut. Angkat dan biarkan suam.
2. Tepung + baking powder + soda bikarbonat - ayak
3. Putar telur hingga kembang, kemudian masukkan no: 1 (Campuran koko).
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kaup balik hingga semua sebati.
5. Tuang dalam acuan yg telah dilengser dgn butter dan alas kertas di dasarnya. Acuan saiz 8".
6. Kukus selama 1 jam @ sehingga masak. Seeloknya penutup kukus dibalut dgn kain utk mengelakkan wap jatuh ke atas kek.
7.  kalau bakar suhu 170'c -50 min @ sehingga kek masak.
8. Sejukkan kek sebelum dihias dgn coklat ganache.


Thursday, August 4, 2011

STRAWBERRY PANNA COTTA

Ni pula dessert semasa berbuka semalam, actually  puasa hari pertama dh buat , punya lah sedap sampai x sempat nak snap gambar..kali ni kena snap awal2 kalau dh berbuka nanti depa mkn sampai x ingat dunia...Selain strawberry , boleh juga kalau nak cuba Mango Panna Cotta by Gert , untuk Lychee Panna Cotta & Kiwi Panna Cotta boleh singgah di dapur  K.Nor @ secubit garam. Strawberry Panna Cotta ni pernah tgk kat dapur Nieza Finland . Macam k.nor juga, akak edit sikit resepi, jgn marah ye empunya resepi ada skit derhaka..:)

STRAWBERRY PANNA COTTA
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram
diedit : Sofea@after6am

Bahan-bahan: 
 
9gm gelatin  ~ ( 1 1/2 sb gelatin Halagel)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk ~ (2 cawan fresh milk + 1/2 cwn susu cair Ideal)
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila ~ (ganti dgn 1/4 st strawberry paste)

Puri strawberry:
5 biji buah strawberry  ~ blend utk dijadikan puri + 2 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah strawberry ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri strawberry ke atasnya dan bolehlah dihidangkan.


MIHUN KUAH TOMATO

Assalamualaikum.. Menu iftar 3 Ramadhan, Eh, masak apa semalam?  Tentu menu yg istimewa kan..! akak seperti biasa la x nak mkn nasi.. rasa nak mkn yg berkuah dan ada rasa masam2 sikit..baru berselera !..so Mihun Kuah Tomato adalah pilihan yg tepat..sebelum ni  akak pernah letak resepi di sini , sape2 yg suka masakan berkuah mcm ni leh cuba buat ye..!



MIHUN KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1/2 bungkus mihun
3 ulas bawang putih~ cincang halus
isi ayam bhgn dada ~ hiris nipis
 2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
Sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
taugeh ~ buang akar & celur sebentar
1 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air secukupnya
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mihun dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air dan biarkan mendidih dan ayam empok. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan kuah reneh.



 Cara menghidang : Masukkan mihun ke dalam mangkuk, taburkan taugeh, daun sup & daun bawang, hirisan buah tomato dan bawang goreng kemudian sendukkan kuah. 

Wednesday, August 3, 2011

JENIS-JENIS TEPUNG

Assalamualaikum..Semasa blogwalking tadi terjumpa artikel ini di sini. Dh masuk bulan ramadhan ...x lama lagi nak raya, tentu nak buat kek & biskut utk hidangan raya nanti..bahan utama utk membuat kek & biskut adalah tepung..ada berbagai2 jenis tepung dan fungsinya..so akak cnp di sini utk rujukan bersama.

DARIHAL ANEKA TEPUNG


TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti  self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

TEPUNG HONG KONG

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.
Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA

Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL

Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE

Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI?
Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE?
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONGKONG?
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG GLUTINOUS RICE ?
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK ?
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA ?
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.
Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/ tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.ila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. Anda boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima.

KAY TEOW SUP

Assalamualaikum..Dah tau nk masak apa utk berbuka nanti ?  Apa kata cuba kay teow sup..menu yg cukup ringkas dan mudah disediakan..masak je sup x kiralah sup ayam @ sup daging...kemudian celurkan kay teow, boleh juga diganti dgn mee kuning @ mihun. Sup tu masak banyak pun x pe, boleh makan dgn nasi time sahur nanti...senangkan!




Untuk yg suka pedas boleh mkn dengan sambal kicap..cili padi + kicap!

MEE GORENG BASAH

Assalamualaikum...Ni menu iftar hari pertama berpuasa, orang lain dah habis tayang akak baru  nak update..biasalah kan bz mengalahkan perdana menteri..kita orang berbuka biasanya tak makan nasi , so kenalah masak mee @ mihun dan sedikit kuih @ puding. Nasi makan time sahur...senangkan! x delah  susah2 nak fikir bab2 lauk, untuk mkn sahur biasanya dimasak selepas balik solat tarawih. Alhamdulillah, suami dan anak yg tinggal sorang tu x banyak kerenah bab mkn, masak je apa pun gerenti  habis. ok lah, ni menu 1 ramadhan..Nak masak apa pula hari ni x tau lagiii......!



MEE GORENG BASAH
BY: Sofea@after6am

 BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mee kuning ~ basuh & toskan
3 ulas bawang putih~ tumbuk
3 ulas bawang merah~ tumbuk
3 sb cili kering kisar
daging~ hiris nipis, rebus hingga empok & simpan air rebusan
udang sederhana besar
2 keping fish cake~  hiris nipis
2 pokok sawi pak choy
taugeh ~ buang akar
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb kicap ABC
garam & gula
minyak utk menumis
hiasan: tauhu goreng, daun sup & daun bawang, tomato, cili merah & bawang goreng

cara:
1. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kisar. kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan air rebusan daging, daging, udang dan fish cake.
4. Bila mendidih masukkan sawi , taugeh dan mee. Kacau rata dan bolehlah padamkan api.
5. Semasa menghidang taburkan bahan2 hiasan di atasnya.

...Mee ni kalau dimasak utk berbuka puasa, masak dahulu semua bahan dan biarkan dalam kuali, dh sampai waktu berbuka baru masukkan mee,  tambah air panas jika ingin mee yg basah, kacau sebentar dan bolehlah dihidang. Jika dimasukkan mee terlalu awal mee akan kembang dan x sedap!

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432H

Assalamualaikum..
Seiring terbenam mentari di akhir Sya’ban
tibalah kini bulan Ramadhan
Pesan ini sebagai ganti jabat tangan
untuk memohonkan maaf dari kekhilafan
Marhaban yaa Ramadhan..

 Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin & muslimat tak kira di Malaysia atau di luar negara...Alhamdulillah, Syukur kepadaMu Ya Allah kerana masih berpeluang utk menyambut Ramadhan pada tahun ini..Semoga Ramadhan kali dan tahun2 yg berikutnya menjadi Ramadhan yang paling bermakna dalam hidup kita sebagai hambaNya yg beriman.