Pages

Nuffnang

Friday, April 19, 2013

HANTARAN PERTUNANGAN LAGI...!

Assalamualaikum....

Salam Jumaat yg mulia, penghulu segala hari..
Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi
and follow blog yg tak seberapa ini...
Seorang lagi anak saudara  bertunang...!
kalau di sini anak saudara sebelah suami
kali ini tanggal 13 April 2013..
anak saudara sebelah akak pula iaitu
Sakinah Bt. Yahaya  telah melansungkan pertunangan..
Inilah yg telah disediakan sebagai hantaran dan jamuan utk
para tetamu...

Cupcakes dgn tema biru pink...

Resepi boleh rujuk di sini..

Apam polkadot ~ Resepi di sini


Fruit Tart ~ Resepi di sini

Apam Mentega ~ Resepi di sini

Tuesday, April 16, 2013

CUPCAKES HANTARAN PERTUNANGAN

Assalamualaikum...

Bertemu kembali...
Kali ini dgn resepi coklat cupcake dgn buttercream
utk hantaran pertunangan
anak saudara Nor Fairuz bt Yussof..
dgn tema putih kuning..


KEK CAWAN COKLAT
SUMBER : BUKU KEK CAWAN LYNN HASSAN
BY : Sofea@after6am

110 gm mentega
100 gm gula kastor ~ akak letak 80 gm
2 biji telur
110 gm tepung naik sendiri
4 sudu makan serbuk koko
4 sudu makan susu segar

Cara:
1. Ayak tepung dgn serbuk koko , ketepikan.
2. Putar mentega dgn gula sampai sebati, kemudian masukkan telur satu persatu, pukul sampai kembang.
3. Masukkan campuran tepung tadi selang seli dgn susu segar.
4. Masukkan ke dlm papercup @ souffle dan bakar pada suhu 170'c selama 23 minit.

RESEPI BUTTERCREAM
150 gm krimwell
50 gm mentega
200 gm gula icing (ayak)~ @ akak letak 120gm
esen vanila

Cara:
1. Putar krimwell sampai ringan, masukkan mentega dan putar lagi.
2. kemudian masukkan gula icing dan vanila.
3. Putar hingga semua sebati dan gebu.


Friday, April 5, 2013

FRUIT TART

Assalamualaikum...

Semalam Bluberry Cheese Tart
Hari ini akak kongsi resepi Fruit Tart pula..
Untuk Tart Crust / Shell boleh ikut resepi di SINI..


CREAM CUSTARD
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

1 liter susu segar
130 gm tepung kastard
150 gm gula @ ikut manis
3 biji telur gred A
1 sk esen vanila

CARA:

1. Masukkan 1/2 liter susu ke dalam mangkuk, kemudian masukkan tepung kastard dan telur.
2. Gauk dgn whisk sehingga tepung & telur sebati. kemudian tapis. Ketepikan.
3. Lagi 1/2 liter susu masukkan dalam periuk , panaskan sebentar dan masukkan gula.
4. Kacau hingga gula larut dan masukkan adunan kastard yg telah ditapis tadi.
5. Kecilkan api dan kacau selalu hingga masak.  Part ni kena jaga2 sbb nanti hangus.
6. Angkat & biarkan sejuk. Cream ni masa panas cair sedikit tapi bila sejuk akan pekat.
7. Masukkan cream custard tadi ke dalam pipping bag dgn nozzle yg sesuai dan paip ke dlm tart crust.
8. Susun buah2 spt. strawberry, kiwi, anggur @ buah2 lain yg disukai di atasnya.



Sesuai utk semua majlis, hantaran pertunangan/ perkahwinan, Makan beradab, Birthday, Hari raya etc.

Wednesday, April 3, 2013

BLUBERRY CHEESE TART


Assalamualaikum...
Selamat bertemu kembali..
Setelah sekian lama menyepi..
Terlebih dahulu mohon ampun & maaf
kepada pengunjung2 blog yg kadang2 timbul
kadang2 tenggelam ni sbb dh lama x update..
Ok..jom tgk apa resepi kita untuk hari ini...
T.kasih kepada penyumbang resepi cheese tart yg sungguh sedap! 
Lagi satu resepi yg pernah akak cuba dan x kurang sedapnya boleh tgk di SINI..:)


BLUEBERRY CHEESE TART
Sumber : Sofea@after6am
Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. 
  5.  Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

 Sape2 yg nak cuba buat tart yg sedap ni boleh tgk cara2 & dan tips di SINI
@ Boleh je order dgn akak...hehe