Pages

Nuffnang

Tuesday, April 19, 2011

MEE KUAH TOMATO

Assalamualaikum...kalau minggu lepas masak Mihun Kuah Tomato, hari ni try dgn mee pula, resepi lebih kurang mcm kat sini, hari2 makan nasi pun x best gak kan!..sekali sekala nk juga tukar selera..syukur Alhamdulillah dapat hb & anak2 yg  x cerewet bab makan..x kisah masak apa pun janji boleh makan...:)



MEE KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih~ cincang halus
udang@ayam @daging
 2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji kentang (saiz besar) rebus & lecek halus
2 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mee dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air, masukkan kentang yg dilecek halus dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan udang,daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.

Penyediaan hidangan: Masukkan mee ke dlm mangkuk dan tuangkan kuah. Taburkan bawang gorang, daun sup, daun bawang, taugeh dan sedikit hirisan cili merah.


Lepas makan, nyamankan tekak anda dgn segelas lemonade..!

Sunday, April 17, 2011

SPAGHETTI DAUN KESUM

Assalamualaikum..ni juga salah satu makanan fav anak2, tapi hari ni lagi sorang anak yg sgt suka mkn spaghetti x de sbb tinggal kat hostel..Dia x call pl minggu ni, kalau call boleh la bawa bagi makan...x pe lah, bila2 balik boleh masak lagi..Ni la naluri seorang ibu, time nak mkn mesti teringatkan suami dan anak2...spaghetti kat rumah ni mesti rasa pedas skit..biasalah kan tekak melayu! mesti nak yg pedas2...daun kesum tu asalnya sbg hiasan je kat atas spaghetti tu..tapi bila nak mkn hiris 2, 3 helai campur dgn kuah rasa sedap pula..pas ni kita try letak bunga kantan pula ye..

SPAGHETTI DAUN KESUM

Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
sedikit garam
Olive oil @ minyakl jagung @ minyak masak
~rebus spaghetti hingga lembut, toskan dan renjiskan sedikit olive oil.

Utk kuah:
daging @ isi ayam~ cincang halus
3 ulas bawang putih
2 sb cili kering kisar
3 sb sos cili
1 botol sos spaghetti kimball@ Prego
1/2 tin cendawan butang~hiris nipis
garam & gula
sedikit serbuk lada sulah
air
minyak utk menumis
Daun kesum~ utk tabur

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yg telah dicincang halus hingga wangi & masukkan cili kisar.
2. Masukkan isi ayam @ daging & kacau hingga air dari daging tadi kering.Tambah air jika daging masih keras.
3. Tuangkan sos spaghetti, sos cili dan kacau hingga mendidih. jika pekat boleh tambahkan sedikit air. Masukkan garam, gula & lada sulah secukup rasa. Kemudian masukkan cendawan butang dan perlahankan api, biarkah kuah reneh dalam periuk sbb lagi lama lagi sedap.
4. Cara menghidang: Masukkan spaghetti dalam pinggan, sendukkan kuah dan taburlah hirisan daun kesum. Selamat mencuba!


AWARD & POSTCARD ..

Assalamualaikum....terlebih dahulu mohon berbanyak2 maaf atas kelewatan mengambil award yg diberikan..bukan x sudi terima tapi sejak minggu lepas badan kurang sihat dan x larat nak buka blog..ehh berat sangat ka blog ni sampai x larat nak buka...eleh, jgn bagi alasan la...sebenarnya malas nak masak tu pasal x de entry lately...jgn salah faham lak bukan x masak terus tapi masak biasa2 je..dah biasa2 tu malas la nak tunjuk2 kat sini..kang org kata lak masak mcm tu pun nak tayang.....apa kes..! Pe2 pun Terima kasih byk2 pada teman2 blogger yg sudi memberi award dan postcard pada blog yg x seberapa ini...

Award from AzlitaMadiha, dan Khazaini. Jawapan bagi tugas yg diberikan boleh rujuk di sini.

 From Finland to Penang...Tq Nieza ~Our Journey Begins, Happy 1st Anniversary!

Thanks Mas, Happy 1st Anniversary to blog Duniaku...


From Noorsafone, Thanks mama, sori ye smpai 2 kali tinggal pesan baru nak ambil.

Friday, April 15, 2011

MIHUN KUAH TOMATO

Assalamualaikum..Terlebih dahulu ucapan terima kasih pada kawan2 yg sudi singgah ke blog ini dan mendoakan agar akak segera sembuh dari demam dan batuk yg akak hadapi sejak isnin lalu..nak kata sihat sepenuhnya x jugak sbb kadang2 rasa nak demam semula, batuk pn agak teruk jg..perit rasa tekak ni...Dan sebelum terlupa nak minta maaf byk2 pada Azlita, Madiha, Nieza & Noorsafone kerana x sempat nak ambil award & poskad yg korang berikan..Insyaallah, ada masa nanti akak akan gantungkan, jangan marah ok..Berbalik pada menu hari ni, seperti biasa resepi campak2 je..resepi org sakit pun ye jugak sbb bila demam mulut pahit, rasa nak mkn yg masam2 je..so terciptalah resepi mihun kuah tomato, layan gambar dulu lah ye..esok2 akak letak resepi..dh nak tidur laaa...

MIHUN KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1/2 bungkus mihun
3 ulas bawang putih~ cincang halus
4 ekor sotong @ udang@ayam @daging
1 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mihun dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan sotong serta batang sawi. Tambah 1 cawan air dan biarkan mendidih dan sotong lembut. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.
Penyediaan hidangan: Masukkan mihun ke dlm mangkuk dan tuangkan kuah. Taburkan bawang gorang, daun sup, daun bawang, tauhu goreng dan sedikit hirisan cili merah.

 
Makan time kuah panas2 baru best..sape2 yg demam tu leh terus kebah.. Nieza  yg x sihat tu leh cuba ye, Insyaallah cepat baik..!

Tuesday, April 12, 2011

BUBUR SUP

Assalamualaikum...hari ni masih lagi demam..tapi x seteruk semalam..ziarah dapur K.Nor tgk dia buat bubur sup teringin lak nak makan..dh siap masak..mmg nampak sedap ..tapi biasalah org sakit, suap 2 , 3 sudu dah x lalu nak mkn..yg berseleranya org  yg sihatlah..1 mangkuk x cukup..! nanti sihat nak buat lagi..baru dpt mkn puas2..T.kasih K.Nor, CnP resepi kat sini utk rujukan di masa depan..


BUBUR SUP
sumber:  Sofea@after6am

Bahan:
2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan
daging/isi ayam ~ dipotong kecil~ guna ayam
5 biji bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)
3 sudu besar rempah sup (serbuk)
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk
1 rempah sup bunjut
1 batang celery ~ dipotong kiub
2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub
1 kiub pati ayam/daging
2 1/2 liter air
garam
minyak
tambah : carrot ~ potong kiub

Bahan Penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan tabur:
bawang goreng
daun saderi ~ dihiris

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.
Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.
Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.
Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.
Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.
Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.
Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.

*tambahkan air panas jika bubur agak pekat
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas

Monday, April 11, 2011

VANILA CUPCAKES WITH BLUEBERRY TOPPING

Utk minum petang..asyik buat utk tempahan je..kali ni buat sikit je utk minum petang bersama En Hb dan anak2..Actually nak habiskan bahan2 buat kek so campur2 semua jadi la kek niii...!

CUPCAKES ~ 6

Assalamualaikum..kurang sihat sikit hari ni, batuk dan badan pun rasa mcm nak demam, kepala rasa berat ..harap2 x teruk la.. ubat dah makan, mula la rasa ngantuk nak cari bantal je niii....ni projek semalam, 6 pcs cupcakes order dari anak saudara utk birthday kawannyer..


VANILA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING ~ L SIZE
GREEN & YELLOW THEME