Pages

Nuffnang

Monday, February 7, 2011

KEK CHIFFON OREN

Resepi asal dari Cik Mat Gebu ~ kek chiffon coklat~ tapi x nak buat yg coklat, nak buat perasa oren..so memandai sendiri la tukar apa yg perlu..ikut resepi chiffon coklat tu sbb guna 4 biji telur..sesuai la dgn saiz acuan  akak niii..nak jadikan cerita..dh siap semua bahan, start la buat..pas tu bakar..bla, bla, bla...tiba la time nak makan..dah 1,2 ketul masuk mulut baru terpandang minyak dlm cawan...Alamakkkk! lupa nak masukkan minyak le...tapi korang tgk sendiri la hasilnya...!


KEK CHIFFON COKLAT

BAHAN A
4 kuning telur (gred A)
135 ml air
85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/4 camca teh garam halus
100 g gula halus
135 g tepung gandum
15 g serbuk koko 
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder

BAHAN B :-)
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  3. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
  4. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
  5. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang...


KEK CHIFFON OREN ~lupa letak minyak

Bahan A:
4 kuning telur (B)
1 biji oren sunkist~ parut kulit & perah airnya
air + perahan air oren + 2 sb sunquick mandarin = 135 ml
100 gm gula halus
135 tepung gandum 
1 sb parutan kulit oren
1 st baking powder
~next time buat kena letak 85 ml minyak jagung~
 
Bahan B:
4 putih telur (B)
90 gm gula halus

APAM MENTEGA

Apam yg gebu dan sedap...makan pula time panas2...memang x tersasa ..lepas seketul, seketul masuk mulut..resepi akak pernah letak kat Myresipi , lihat lah apa kata mereka yg telah mencuba resepi apam mentega ni...SINI

APAM MENTEGA

Resepi: Sofea@after6am

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 3/4  cawan gula castor 
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. Selamat Mencuba.......

Sunday, February 6, 2011

ROTI JALA (2)

Breakfast tadi...kalau n3 dulu roti jala cicah  kari ayam..hari ni roti jala cicah kari daging..resepi asal boleh rujuk di sini , tapi hari ni akak gandakan bahan-bahannya.


ROTI JALA 

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum~ 4 cawan tepung gandum
2 cawan air~ 4 cawan air
1 bj telur~ 2 biji telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning



Cara:-
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.




Saturday, February 5, 2011

HOLIDAY SPECIAL~ STEAMBOAT~

Cuti2 ni ramai adik beradik balik kg..so my SIL jemput semua ke rumah barunya utk adakan  majlis doa selamat, dimulai dgn solat maghrib & isya' berjemaah serta bacaan Yaasin. utk majlis tersebuat akak telah menyediakan semua bahan2 utk membuat steam boat, manakala my SIL menyediakan BBQ. Mmg tak pernah buat steamboat nii..makan tu pernah la..la ni kan senang, search je dlm internet..jumpa satu resepi kat sini  ..tgk bahan2 mmg banyak..tapi bila buat x de la susah sgt..just masak sup & tom yam pas tu perapkan daging, ayam, udang & sotong. Jom tgk apa yg akak telah sediakan..! ;)


STEAMBOAT
Souce: IlahJY

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging ~hiris setebal 2cm- perap dgn 2 sb minyak bijan, 1 sk lada sulah & 1 sb tepung jagung
1 ekor ayam ~ ambil isi shj hiris sama besar dgn daging & perap spt daging~tulang buat sup
1/2 kilo udang sederhana besar~ buang kulit & biar bhgn ekor shj-perap spt daging
3 ekor sotong kembang ~ potong & perap dgn 1 sk lada sulah shj.
~semua bahan yg telah siap diperap - masukkan dlm peti ais.

Bebola ikan, bebola sotong, bebola udang, bebola ayam, jejari ketam & fish cake ~ potong ikut suka

Sayur-sayuran spt ~ carrot, saleri, kobis panjang, pak choy , bunga kobis & cendawan
Sos cili merah ~ 10 tangkai cili merah + 8 biji cili padi (resepi asal x letak)- buang biji + 1/2 in halia + 4 ulas bwg putih ~ blend halus- tumis seprti buat sambal tumis + garam & gula secukup rasa- masak hingga pekat. Ikut resepi asal letak air liamu kasturi tapi akak x letak sbb x semua org suka limau. So time makan sape2 yg nak limau boleh letak sendiri.

Minyak bawang ~ 10 ulas bwg merah- hiris nipis, 5 ulas bwg putih- cincang halus. Panaskan kuali, tuangkan 1/2 cwn minyak, gorengkan bwg merah hingga kekuningan- angkat. Minyak yg sama gorengkan bwg putih hingga kekunigan dan tuangkan semuanya dlm bekas tahan panas- biarkan sejuk baru masukkan gorengan bwg merah tadi. kacau rata. Salah satu bahan utama utk menyedapkan steamboat.

 mee, bihun & kay teow.

Sup Ayam
2 rangka ayam ~ potong 4
2 kiub ayam
air secukupmnya- setelah semua masak tapis utk mengasingkan tulang2 ayam.

Sup Tom Yam
1 btg serai
3 kiub tom yam
2 helai daun limau purut
air secukupnya- setelah masak buangkan serai dan daun limau purut.

Cara memasak bahan2 steamboat:
1- Kuah sup yg telah masak dimasukkan dlm bekas steamboat ( kalau xde oleh guna rice cooker)
2- Bila mendidih masukkan 2 sudu minyak bawang & dan bolehlah masukkan daging, ayam, udang sotong , semua bebola dan sayur2 yg telah disediakan.
3- 3-4 minit dh siap utk dimakan. Sedap dimakan bersama sos cili merah. 

Cara memasak mee/bihun/kay teow sup:
1- Bila semua bahan utama tadi habis dimakan, tibalah utk menu terakhir.
2- Guna saki baki kuah dlm bekas tadi + 1 sb minyak bawang & pecahkan 1 iji telur
3- Bila mendidih masukkan mee dan sedikit sayur, tutup sebentar dan siap utk dihidang. Sapa2 yg teringin nak mkn steamboat, jemput kwn2, saudara mara dtg rumah..makan ramai2 baru meriah..! selamat mencuba!


Friday, February 4, 2011

PUDING ROTI SOS KASTARD

Ni projek dgn anak2 ptg tadi...sessi mengerjakan roti2 yg x habis dimakan..sebelum cendawan tumbuh dan sebelum masuk tong sampah lebih baik buat sesuatu...selamat dan x membazir..puding roti..sapa yg x suka..sedap je bila lalu kat tekak ni tambahan pula dgn sos kastard yg harum tu..! mmg byk kumpul resepi puding roti tapi kali ni cuba resepi dari blog Hana..Puding Roti Sos Kastard



Bahan-bahan:-

  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je ~akak ltk 2 sb
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.~akak tabur badam keping
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastard - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.

Thursday, February 3, 2011

MEE SUP ANEKA BEBOLA

Cuti Tahun Baru Cina 2011..semua cuti, En hubby cuti, anak2 cuti..cuma tukang masak je x cuti..hari ni malas nak masak nasi..seperti biasa bagi menggantikan nasi .. masak la makanan kesukaan org2 kat dalam rumah nii...resepi yg mudah dan amat2 senang..layannnn! ;)



Wednesday, February 2, 2011

KARI IKAN MASIN DGN NANAS

Selalu sgt masak ikan fresh, sesekali teringin jugak nak rasa kari ikan masin dgn nanas. kena pula dgn sambal belacan dan ulam2..x nak cerita panjang lah..nak mkn dah niiii....:) sebelum tu nak bagi pesanan, jgn selalu amalkan mkn ikan masin nanti darah naik susah mau turun..


KARI IKAN MASIN DGN NANAS

Bahan-bahan:-
Beberapa keping  tulang & isi ikan masin ~akak guna ikan talang masin
½ biji nanas – buang kulit dan potong sederhana tebal
1 peket  rempah kari ikan kering  - Akak guna Adabi
3 cawan santan
½  btg carrot
1 biji  terung  panjang @ bulat
3 biji kentang  -potong 2
1 biji cili hijau – potong 2 memanjang
2 tangkai daun kari
Minyak utk menumis
Garam – jika perlu

Bahan  tumbuk :-
3 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 in halia

Cara :

  1. Panaskan minyak  tumis bahan tumbuk  + daun kari hingga  naik bau.
  2. Masukkan rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air- kacau hingga pecah minyak.
  3.  Masukkan  1/4  cawan  air, kacau dan masukkan nenas. Bila mendidih masukkan ikan masin &   kentang.
  4. Perlahan kan api, tutup periuk dan renehkan  hingga kentang empuk.
  5. Tuangkan santan , masukkan carrot  & terung.  Sebelum angkat masukkan cili hijau .




6)