Pages

Nuffnang

Thursday, January 13, 2011

JOM KE MELAKA.......

Zaman sekarang ni jgn cakap x pandai @ x tau nak masak ...search je dlm internet..mcm2 resepi ada...pilih je mana yg berkenan ..resepi hari ni akak skodeng kat Dapur Tanpa Sempadan tu...dari nama resepi tu agak menarik juga.."kari asam nyonya melaka"..guna sedikit rempah kari dan cili kering  ..nak kata kari pun x..nak kata asam pedas..ada la lebih kurang asam pedas tumis..sbb letak bunga kantan & daun kesum...yg pasti dua gabungan yg mantop gitu...tq Cik mat..;)


KARI ASAM NYONYA MELAKA
Resepi : Chef Mat Gebu
sumber: sofea@after6am


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor "Japanese Mackeral", kerat sederhana besar, cuci bersih dan toskan (akak guna ikan tenggiri)
10 batang kacang bendi muda (yang kontot2)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1/2 cawan jus asam jawa
1 1/2 camca besar rempah kari, bancuh dengan sedikit air
3/4 cawan cili kisar
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan

BAHAN TUMBUK HALUS:-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 cm lengkuas
1 cm halia
3 biji buah keras
1/2 biji lada hitam biji (akak letak 1/2 sk)
1 cm belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai, bahan tumbuk halus dan tumis hingga harum, tambah cili kisar, masak hingga cili garing, masuk rempah kari dan biar hingga terbit minyak. Guna api sederhana.
  2. Tuang air secukupnya, bila mendidih, masukkan ikan, bunga kantan dan jus asam jawa. Biar mendidih, Masuk daun kesom dan bendi. Bila bendi lembut, tambah tomato. Biar masak sekejap.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula, sapa2 nak guna serbuk perasa pun boleh. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman... 
  4.  
     

Wednesday, January 12, 2011

PETUA SERIKAN WAJAH...

Alhamdulillah dah sihat...! nak serikan muka  yg pucat sbb sakit, kena la buat seri muka utk menaikkan kembali seri wajah...ikut la petua akak ni, gerenti muka berseri2 bak bulan purnama..hehe, tu petua yg mengarut, tak perlu ikut...utk menaikkan seri perut boleh le...
semlm en hb bawa balik pulut..sbb dia suka mkn kuih ni..so akak buat le utk dia..akak try resepi dari sini, Thank's Lydia ..mmg sedap! 



  
KUIH SERI MUKA
Resepi: Lydia- My kitchen
Sumber: sofea@after6am


Ingredients (8" x 8"): 
Bottom Layer
 250g Glutinous Rice, soaked for 4 hours and drained
170ml Thin Coconut Milk
¼ tsp Salt

Top Layer

 2 no. Eggs
150g Castor Sugar ( akak letak 130gm)
120ml Pandan Water (Blend about 10 pandan leaves with 120ml water-akak guna 5 helai)
400ml Coconut Milk
120g All-purpose Flour
3 tbsp Tapioca Flour
¼ tsp salt
Green Colouring (optional)

Methods:
  1. Bottom Layer: Steam glutinous rice with coconut milk and salt for 30 minutes. Rest for about 10 minutes, then transfer and press steamed rice onto a bottom of a 8" square pan.
  2. Top Layer: Beat eggs with sugar until sugar is dissolved. Add in pandan water, coconut milk, salt and green colouring. Mix well.
  3. Sift in flours and whisk till well combined. Strain the mixture and rest for 10 minutes.
  4. Pour the mixture in the pan with pressed glutinous rice (1) and steam over medium heat for 30 minutes.
  5. Cool completely before serving.



                                                                                                                 

NASI GORENG ANAK DARA SUNTI...

Salam...Alhamdulillah dh semakin sihat skit..lunch hari ni dgn nasi goreng cendawan + ayam goreng berempah..t.kasih la pada anak dara akak yg masak hari ni...sbb tgk mak dia x berapa nak ok lagi ..tu pasal la dia kena masuk dapur...;)

Monday, January 10, 2011

BINGKA UBI KAYU

Salam semua...Tuan rumah x berapa sihat hari ni...cuci2 mata je lah apa yg ada ni...resepi bingka ni akak pernah letak kat Myresipi kakfiza=sofea dan Kongsi resepi kat FB sini

  
BINGKA UBI KAYU
SUMBER: Sofea@after6am

Bahan-bahan ( loyang 4 segi 9"x 9"x 3" )

  • 2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
  • 2 1/2 cawan gula pasir
  • 4 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
  • sagu dari ubi kayu

Cara-cara

  1. ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
  2. Dscn0592
    kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
  3. setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
  4. air dari perahan tadi jangan terus dibuang.biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
  5. setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
  6. kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
  7. tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
  8. bakar dlm oven 180C selama 11/2 jam @ sehingga masak. 
  9. utk mendapatkan potongan kuih yg cantik, biarkan betul2 sejuk dahulu baru dipotong.

Sunday, January 9, 2011

ROTI KAYA

Terajin skit hari ni...selalu malas nak buat roti..nak mkn beli je roti Gardenia sapu la apa yg patut..pas tu makan..!  bila ronda blog kawan2 yg rajin buat roti teringan lak nak cuba..resepi roti ni  dari blog kak nor secubit garam...izinkan adinda c n p ye !




BASIC DOUGH my style 
Resepi: k.nor@secubitgaram
sumber: sofea@after6am


380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.

Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


water roux
: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.

Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


** Doh yg dah siap  dibulat2kan & susun dlm tray, sapu telur, paipkan kaya & tabur bijan di atasnya..
** hasinya mmg memuaskan, roti yg lembut dan gebu..TQ K.Nor.

JANTUNGKU DIROBEK.........

Salam semua...ni la Lunch akak sekeluarga tadi..menu ala-ala kampung...!

                                         Ulam jantung pisang & sambal belacan
                                                  sotong goreng kunyit & daun kari
                                               Masak lemak kuning sayur chayote + daging
Ni la rupa sayur chayote..korang tau x nama sayur nii..akak x tau..lepas search kat google baru tau..sedap sayur ni, bila masak lebih kurang rasa labu air.
** resepi x payah lah ye..sbb masak biasa2 je..!

Friday, January 7, 2011

DARI PENANG TERBANG KE JAWA..

....Salam Jumaat, sekejap je dh seminggu kita berada di thn 2011..Alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di hari ini..semoga kesempatan yg ada kita gunakan sebaik mungkin...Hari ni anak2 sekolah balik awal..so kena la masak cepat skit..setelah berkungfu di dapur tadi maka siap lah lunch utk hari ni...org2 rumah ni x kisah masak ape pun, semua bedal..asalkan ada makanan..hari ni x  masak nasi tapi akak masak mee jawa.

MEE JAWA
ResepiChef Hanieliza
Sumber: sofea@after6am

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan akarnya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris) (guna 1 biji )
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
3 batang serai *
Sedikit halia *
sedikit lengkuas *
100 gm udang kering *
2 s/b cili kisar -( akak tambah 3 sb lagi)
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
(blend halus bahan bertanda *)

 
Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.





Buku yg menjadi rujukan akak kalau nak masak mee, mihun & kay teow..mmg menepati selera ..Tq Chef !