Pages

Nuffnang

Saturday, July 30, 2011

PISANG GORENG BERBIJAN

Assalamualaikum...Tentu ramai yg suka mkn pisang goreng kan! goreng pisang ke pisang goreng ke..sama lah tu..sedap dimkn ketika panas-panas..kebetulan En suami baru ambil setandan pisang raja di kebun..setandan tuu..banyak kan! sebelum pisang ni masak ranum baik digoreng..kalau dh ranum boleh try resepi lain pulak..dengan pisang mcm2 masakan kita boleh buat..kek pisang, pengat, lepat dan yg paling senang jemput2 pisang...tu pun kalau rajin, kalau malas makan je lah pisang yg dh masak tu sebagai pencuci mulut..hari ni kita buat pisang goreng berbijan, esok kita masak lain pula ye..!

PISANG GORENG BERBIJAN

BAHAN-BAHAN:
1 sikat pisang yg belum ranum ~ akak guna pisang raja
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung goreng pisang ADABI
sedikit pewarna kuning
air secukupnya
3 sb bijan
minyak utk menggoreng

CARA:
1. Masukkan tepung beras dan tepung goreng pisang adabi ke dalam mangkuk @ besen. 
2. Tuangkan air sedikit2 sambil dikacau dgn whisk, bancuhan jangan terlalu pekat @ terlalu cair. Masukkan pewarna kuning dan Kacau hingga bancuhan menjadi licin dan tidak berketul. ( boleh juga menggunakan blender)
3. Akhir sekali taburkan bijan dan gaul rata. Siap utk digunakan.
4. Pisang dibuang kulit dan dibelah 2, celup dalam bancuhan tadi dan gorenglah dalam minyak yg panas hingga kekuningan.
5. Angkat dan letakkan di atas piring beralaskan kitchen towel.
 
Campuran tepung beras dan tepung goreng pisang ADABI menjadikan goreng pisang sungguh enak dan berbau harum...

3 comments:

  1. amboi kak pia, mkn pisang gorang nampaknya... kak tipah pon suka kak mkn goreng pisang sambil main mahjong... hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sofea...

    Sedapnya Makan Goreng Pisang Petang2 Begini. Pertama Kali Tgk Goreng Pisang Di Bubuh Bijan...Tentu Ada Kelainan Rasanya..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwbh Sis…
    Ayu ingin mengucapakan selamat menyambut ramadhan. Semoga kita sama2 memanfaatkan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan yg dijanji dijauhkan dari neraka ini oleh NYA. Mohon maaf jika ada tersalah, terusik, terkata dan terbicara yang mungkin ada menyakiti selama ini.:)

    Have a blessed and contented Ramadhan for u and family…Amen.

    ReplyDelete