Pages

Nuffnang

Tuesday, July 12, 2011

LAKSA SARAWAK

ASSALAMUALAIKUM...Eh! org Penang buat laksa sarawak?..ehem2..kita orang baru balik dari holiday kat Kuching Sarawak le..actually  baru je makan laksa ni kat Sarawak..tapi ksian pulak anak 2 orang yg x dapat ikut & kebetulan sabtu baru ni anak2 balik dari hostel so buat la laksa sarawak ni bagi depa rasa, pes tu beli kat kedai Dayang Salhah yg terkenal dgn kek lapis tu..senang  je buat laksa ni, cuma masukkan pes ke dalam air rebusan ayam dan udang kemudian masukkan  santan. Kalau Laksa Penang dimkn dengan laksa yg di celur, laksa Johor dgn spaggetti , laksa Sarawak pula di mkn dgn mihun dan taugeh yg dicelur...bagi sape yg nak try buat tapi x de pes jgn sedih, boleh tgk resepi kat  DapurKu Sayang~Dayang Jack  @ HaSue~I Love My Life . Adik Dayang & Sue , t.kasih dgn resepi yg sedap nii dan akak cnp resepi kat sini ye..!



Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
 mmg sedap sambal udang kering dari Dayang nii..

Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
~ bagi sesiapa yg tak pernah rasa laksa sarawak ni, cubalah sekali ...pasti tidak mengecewakan dan nak lagiiii...!

11 comments:

  1. owhhh dah balik ya.. tak belikan rantai gelang mutiara utk k.nor? hehehe

    ReplyDelete
  2. as-salam
    sedapnyer..menyelerakan ni...

    ReplyDelete
  3. K.nor..dh balik la..mana leh lama2..kang habis gaji bulan niii...hahaha, gelang mutiara tu x de la..x sempat nak nyelam..!

    mimi, ady...sedap tau! ape lagi cuba lah..!

    ReplyDelete
  4. kak sofea...
    mas suka laksa sarawak..
    sedapp kan..
    selalu beli jerk..
    tak pernah lagi buat sendiri..he..he..

    ReplyDelete
  5. salam sofea...Kjee ada paste Hj Manan ni. Cuma masa blum mengizinkan untuk buat. teruja sangat pulak nak try hujung minggu ni.

    ReplyDelete
  6. Mas..lepas ni leh cuba buat sendiri..:)

    ReplyDelete
  7. Kjee..ada masa nanti leh buat..sekali mkn pasti nak lagiii..:)

    ReplyDelete
  8. tengok entry laksa sarawak ni terus rasa lapar...

    ReplyDelete
  9. Sarawak laksa paste is now available in Klang Valley. No more postal order or troubling friends and relatives. Please visit www.facebook.com/LaksaPasteSarawak for more information.

    ReplyDelete