Assalamualaikum.. Rasa nak makan
Lepat Liat, bahan-bahan semua dh ada..daun pisang ambik tepi rumah, kelapa untuk inti dah siap kukur...pengukur tu pinjam kat mak..sebab zaman la ni x byk rumah yg ada pengukur kelapa..termasuk la rumah akak..hehe, Kuih Fav suami dan anak2..lagi pun akak buat kuih sbb esok bercadang nak pi melawat kakak kat matrik..Dia suka sgt kuih ni ! Sebelum buat tanya mak dulu, biasalah kan kuih org dulu2 kena lah tanya pada yg arif...dan mcm biasalah jwpan yg mak kita beri..masuk tu sikit masuk ni sikit...tak de sukatan...Alahaii balik rumah buat sendirilah..Mula tu rasa renyah jg nak buat kuih ni..sbb kena ambil daun pisang pas tu layur, cuci, gunting, sapu minyak..kelapa pl kena kukur..akak guna kelapa tak terlalu tua..yg sedang molek utk buat inti..masak air gula bla bla bla...Alhamdulillah, ini lah hasilnya..lepat liat yg tak liat tapi lembut je masuk mulut, dgn inti yg lemak2 masin..feh! mmg puas hati lah..sape2 yg nak cuba ni akak letakkan resepi ;)
LEPAT LIAT AFTER6AM
Sumber : My Mom
By :
Sofea@after6am
A) 150 gm gula merah
2 sb gula putih ~
nak manis tambah lagi
1 cawan air
1/ 2 cawan santan
1 helai daun pandan ~
simpul
B) 300 gm tepung pulut
1 Biji kelapa parut putih + sedikit garam
(inti)
Daun pisang secukupnya, layur dan sapu minyak
Cara: (A) Masukkan gula merah, gula putih, daun pandan dan air ke dlm periuk, masak hingga semua gula larut dan mendidih, perlahankan api dan masukkan santan, kacau2 sebentar dan bolehlah diangkat. Tapis air gula tadi dan sukat sebanyak 1 1/3 cawan. Jika ada air gula lebih boleh di simpan utk kegunaan lain.
B) Masukkan tepung pulut ke dalam bekas dan tuangkan sedikit2 1 1/3 cawan air gula tadi. Gaul hingga sebati . Adunan nampak lembik sedikit tapi x mengapa sbb kita perlu perap adunan ni selama 1/2 jam.
Adunan akan jadi keras sedikit selepas di perap dan bolehlah di canai di atas daun pisang yg telah disapu minyak. Letakkan inti kelapa dan lipat kemas seperti membuat lepat pisang. Buat sehingga habis dan kukus selama 25 -30 min. Dh siap boleh lah diangkat dan hidangkan utk seisi keluarga. Selamat Mencuba !
Suka letak inti banyak2..
Jemput makan!
ooo La ni baru tau, makan time panas lepat ni rasa lembut, kalau mkn bila dh sejuk baru rasa liat2 skit..mcm rasa dodol, sbb tu namanya lepat liat..;)