Pages

Nuffnang

Tuesday, February 1, 2011

LEMAK CILI PADI TENGGIRI DGN BELIMBING BULUH

Sekarang ni musim belimbing buluh, kebetulan ada sepokok kat rumah mak, kali ni buah lebat sungguh..geram tgk! halaman rumah pula ada cili padi dan serai..ikan tenggiri dah beli..pe lagi masak lemak cili padi la hari ni...belimbing tu akak je yg mkn anak2 & En hb x nak..masammm!!  sape suka belimbing buluh boleh jadi geng akak..meh akak bagi semangkuk..! :)



LEMAK CILI PADI TENGGIRI DGN BELIMBING BULUH
Resepi : Sofea@after6am

Bahan-bahan :

3 keping isi ikan tenggiri
3 ulas bwg putih 
3 ulas bawang merah
1 in halia
2 in kunyit hidup
cili padi ~ ikut pedas msing2
1 btg serai ~ dititik
2 caw santan pekat + 1 cwn santan cair
8 biji belimbing buluh ~ belah tgh tapi jgn putus
1 biji cili hijau
1 labu bwg besar ~ potong 4
1 helai daun kunyit  
2 helai daun limau purut
garam 
minyak menggoreng ikan & menumis

Cara:

1. Bersihkan ikan dgn limau nipis dan garam ~ utk buang hanyir ikan - bilas bersih, letakkan garam kunyit dan goreng setengah masak- angkat ketepikan.
2. Tumbuk halus cili padi, bawang putih, bwg merah, halia dan kunyit hidup.
3. Panaskan 3 sb minyak tumis serai &  bahan2 tumbuk hingga naik bau ~ api yg kuat nanti hangit.
4. Kemudian masukkan santan, garam dan kacau2 selalu supaya santan x pecah minyak & berketul.
5. Bila mendidih masukkan ikan, daun limau purut,bawang besar, cili hijau dan belimbing buluh. siap utk dihidang.
~ Jika tiada belimbing buluh boleh gantikan dgn asam keping dan buah tomato.
~ masak lemak cili padi ni setengah org suka rebus terus, akak pula suka tumis dulu bahan2 yg ditumbuk. Ikut style masing2 lah ye..!



SEAFOOD PIZZA

Teringin nak makan pizza lak..bahan2 utk buat roti semua dah ada, kalau buat pizza nak letak topping apa erkk..? ooo ada udang & sotong dlm p.ais..so buat seafood pizza lah..dari satu adunan dapat 3 biji pizza..2 biji dah habis, lagi 1 biji leh bf esok pagi...



SEAFOOD PIZZA
Resepi Doh: Roshayati JohariDiana

Bahan A
350 gram tepung roti/high protein flour
150 gram tepung halus/ tepung superfine ~guna 500gm high protein flour.
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional)
4 sudu teh yis kering
Gaul bahan di atas sebati 

 x letak bread improver & bread softener- ganti dgn 2sb water roux.
 

Bahan B
 Air
1 biji telur kecil (pukul sikit)

Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram


Bahan C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.~letak butter 80 gm~


Topping :
Resepi: Sofea@after6am
250 gm udang sederhana besar~ buang semua kulit
5 ekor sotong~potong bulat nipis
1 st oregano
1 st serbuk cili
1/2 st sebuk lada putih
sedikit garam
olive oil

cara- perap udang dan sotong dgn rempah di atas kecuali  olive oil selama 15 min.
          panaskan sedikit olive oil dan masukkan udang & sotong yg diperap tadi. kacau2
          kan sebentar saja, agak 4-5 minit, angkat.

Bahan2 sampingan:
mozarella cheese
capcicum merah & hijau-potong dadu
bawang holand
sos cili 


- Doh yg telah siap tadi bahagikan 3 bahagian, canaikan dan letak dlm try. Biarkan naik sebentar dan boleh lah letak topping. Bakar - suhu 170'c -15-20 min @ sehingga masak.





 

Monday, January 31, 2011

TETAMU

Salam..semalam ada tetamu datang ke rumah, Abd.Halim Masnan & isterinya Sara Russly  serta 3 hero yg cute2..Actually, Halim ni kenal semasa universiti tempat dia study dulu menganjurkan program anak angkat..boleh jumpa semula sbb search kat FB dan kebetulan sekarang menetap di Penang. Lama betul terpisah, jumpa semalam ank dah nak masuk 4 org..dah datang waktu lunch..so jamu nasi dan apa yg ada lah ye!.. Harap tetamu berpuas hati dgn hidangan yg x seberapa & terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak kami...

 
Ayam goreng & tauhu poket~resepi leh rujuk di sini

 sotong goreng kunyit

ulam2 & sambal belacan

Fruit cocktail, menu lain yg x sempat nak snap gambar ialah kari kepala ikan & sup tulang.

Leka main toys..baru senang mak bapak nak sembang2..

Hensem boy tgh layan tv..

Tuan rumah menunjukkan cara2 membelah "nyok" muda..!

 Eh..bila depa nak bagi kat aku niii...

Ziarah rumah mak, x jauh..belakang rumah je..!

Sara..nanti mai kita mkn laksa penang lak tau..:)

Friday, January 28, 2011

MEE HAILAM AFTER 6AM

Hari ni x rasa nak mkn nasi..tapi kena juga masak sesuatu..kang kelaparan pulak org dlm rumah nii..ayam, udang, sayur2 semua dh ada ..just gi beli mee kuning ..maka jadilah menu fav.~Mee Hailam After6am. 


MEE HAILAM AFTER 6AM
Bahan-bahan: ( 5 org mkn)
1 bks mee kuning-rendam sekejap dlm air panas & toskan
udang sederhana besar
isi ayam-potong nipis
2 sb lada hitam-tumbuk
2 ulas bwg merah-tumbuk
3 ulas bwg putih-tumbuk
1 kiub pati ayam 
4 sb sos tiram
1 sk kicap pekat mee
1 sb tepung jagung-bancuh dgn sedikit air
garam 

sayur2an-ikut le nak letak byk mn
bunga kobis
kailan
carrot
lada capcicum-hijau
1/2 btg saleri
tomato
5-6 biji cili padi-ketuk

Bahan tabur:
Bawang goreng
cili merah
daun sup/daun bawang

cara:
1. Bersihkan udang, ambil kepalanya-rebus dgn 2 cawan air+garam hingga   mendidih. Tapis ambil ainya utk jadikan stok.
2. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam, carrot dan stok udang tadi.
3. Bila mendidih masukkan sos tiram, kiub ayam & kicap pekat.
4. kemudian masukkan udang dan semua sayur2an. kacau hingga mendidih dan masukkan mee. Tambahkan air panas jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan siap utk dihidang!


Nak sedap lagi..makan dgn cili jeruk..!

JOM MENJALA...

Salam ...alhamdulillah kerna kita masih bisa dipertemukan di arena nie... dipanjangkan sehari lagi umur &  semoga hati dan iman kita ditetapkan kepada NYA nan satu..tgk! apa yg akak masak?..lama juga x buat roti jala..tapi bila dh dapat botol yg diidamkan tu laju je buat..Alhamdulillah dan terima kasih pada adik sorang tu yg susah payah hadiahkan utk akak..katanya hadiah b'day  utk tahun ni..Ehem2 K.Nor & Yani, akak dh dpat hadiah..hehe. Kepada pengirim..budi baik Allah saja yg membalas & jasamu ku kenang selamanya. Ummi kuantan & k.nor, izinkan cnp resepi utk rujukan di masa akan dtg.



ROTI JALA 

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning



Cara:-
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.


 Jemput makan..!

 yg ni khas utk adik yg hadiahkan acuan roti jala tu..

Thursday, January 27, 2011

KERANG REBUS CICAH AIR ASAM

Layan gambar dah ler ye..ni lauk lunch tadi selain sambal cencaru & kacang panjang.



SAMBAL CENCARU & KACANG PANJANG

Salam semua.. menu akak hari ni simple je..ikan cencaru a.k.a ikan jaket masak sambal ..sebelum ni kalau masak ikan cencaru buang semua kulit yg keras tu..tapi kali ni try masak x buang kulit.



SAMBAL CENCARU & KACANG PANJANG
Resepi: SAJI ~Mac 2002

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru
1 labu bwg besar
5 tangkai kacang panjang~ kerat 3cm/ akak guna kcg buncis
garam & gula 
1/2 cawan air asam jawa
minyak utk menumis

blend:
10 tangkai cili kering
3 ulas bwg putih        
5 ulas bwg merah      
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 btg serai

cara:
1) Ikan cencaru dipotong dan dibersihkan tanpa buang kulit. Gaul dgn garam kunyit ~ goreng hingga masak ~angkat.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
3) Masukkan air asam, garam & gula secukup rasa.
4) Bila mendidih masukkan ikan, kacau rata dan akhir sekali masukkan kacang panjang dan bwg besar yg dihiris bulat~ kalau suka berkuah boleh tambah sedikit air panas.