Pages

Nuffnang

Tuesday, July 19, 2011

MEE KARI

Assalamualaikum...Cepatnya masa berlalu, sedar x sedar dh nak masuk bulan ramadhan, dh habis ganti puasa? sbb bulan saaban ni lah ramai yg bergelut nak ganti puasa..sape2 yg dh habis ganti tu, Alhamdulillah boleh juga buat puasa sunat di bulan2 yg mulia ini..Ni menu akak semasa berbuka semalam..dah masak mee x perlu la nak masak nasi lagi sbb dalam mee tu semua dah ada..sayur, ayam, telur dll. Salah satu hidangan yg sesuai utk berbuka di bulan ramadhan nanti...



MEE KARI
sumber: Chef Hanieliza
By : Sofea@after6am

Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tauhu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.


7 comments:

  1. Sedapnya mee kari tu... dah lama diana x buat.. teringin plak nak makan.. nampak sgt sedap

    ReplyDelete
  2. Kak piaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. wahhhh...memang suker sangat mee kari...

    ReplyDelete
  4. my family's feveret. Hehheheh best...best..

    ReplyDelete
  5. Diana, iza, Tun...adik2 akak ni, dh suka tu kena buat k..! :)

    ReplyDelete
  6. nak semangkukkk....
    sedappnya tengokkk....

    ReplyDelete
  7. Ni sorang lagi peminat mee kari dah datang... jgn cakap dah abis, kang nangis guling2 camna nak pujuk....hehe

    ReplyDelete